FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Selasa, 19 Mac 2024
 

Privasi & Keselamatan

NOTIS PRIVASI

Hospital Sultanah Nur Zahirah (”HSNZ”) faham bahawa Dasar Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda. Sehubungan dengan itu, ruangan ini akan memberikan informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi kami. Kami sentiasa mengemaskini polisi ini dan mengalu-alukan sebarang cadangan atau persoalan berkaitan dengan dasar privasi ini dan boleh dialamatkan terus kepada:

Bahagian Teknologi Maklumat
Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Rangkuman

Menerangkan cara pengendalian maklumat kenal pasti diri yang dikumpulkan apabila pengunjung menggunakan aplikasi HSNZ, dan apabila anda menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Dasar ini juga merangkumi pengendalian maklumat kenal pasti diri yang mungkin dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

 

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat

Pengumpulan maklumat kenal pasti diri dilakukan semasa anda menggunakan aplikasi myAttendance, eLatihan, Hospital Mesra Ibadah, Aplikasi Smart Mesra Ibadah, Semasa pendaftaran, anda mungkin diminta melengkapkan maklumat peribadi seperti nama, no kad pengenalan, alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, poskod dan lain-lain maklumat peribadi.

Maklumat pengunjung juga direkodkan secara automatik pada log pelayan secara menyemak imbas pengunjung, termasuk alamat IP dan cookies.

Tujuan maklumat ini direkod dan dikumpulkan bagi membolehkan statistik capaian ke laman web dapat dibuat agar penyampaian perkhidmatan dapat dipenuhi dengan lebih berkesan dan efektif.

 

Perkongsian dan Pendedahan Maklumat

Pihak HSNZ  tidak akan menyebarkan maklumat kenal pasti pengunjung kepada mana-mana pihak atau agensi awam.

Pihak kami akan berkongsi maklumat kenal pasti diri kepada mana-mana pihak atau agensi awam apabila;

  1. Mendapat kebenaran berbuat demikian.
  2. Dikehendaki berbuat demikian atas perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
  3. Pihak HSNZ mendapati tindakan pengunjung/pengguna laman web melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan khusus.

 

Cookie

Cookie ialah sejumlah kecil data, yang selalunya mengandungi pengenal pasti unik tanpa nama, yang dikirimkan ke penyemak imbas anda daripada komputer sesuatu tapak web dan disimpan dalam careka keras komputer anda.

Setiap tapak web boleh mengirimkan cookienya sendiri kepada penyemak imbas anda jika pilihan utama penyemak imbas anda membenarkannya, tetapi (untuk melindungi privasi anda) penyemak imbas anda hanya membenarkan sesuatu tapak web untuk mengakses cookie yang telah dikirimkan oleh tapak web tersebut kepada anda, bukannya cookie yang dikirimkan kepada anda oleh tapak lain.

  

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

 

Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

3.png9.png7.png7.png5.png5.png8.png
Hari Ini :646
Bulan Ini :27523