FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Selasa, 10 Disember 2024
 

UNIT NEFROLOGI

PENGENALAN

Unit Nefrologi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu telah beroperasi sejak tahun 1987. Unit Nefrologi juga memberikan rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) dan Penjagaan Post-Renal Transplan. Unit ini juga membuat kajian dan aktiviti klinik yang memfokuskan kepada pencegahan.

Unit kedua telah beropersi pada tahun 2005, unit ini adalah untuk pesakit self care, di mana pesakit akan melakukan sendiri prosedur rawatan hemodialisis dengan bantuan yang minima daripada anggota.

Pada akhir tahun 2006, perkhidmatan Interventional Nefrologi telah dimulakan di mana antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan ultrasound buah pinggang, pemasangan Tunnel Cuff Hemodialysis Catheter. Tenchkoff Insertion mula dilakukan sendiri oleh Unit Nefrologi pada tahun 2006. Rawatan hemodialisis untuk pesakit akut daripada wad telah dijalankan di Wad 7CD dengan menggunakan dua buah mesin hemodialisis bermula Mei 2008.

 

OBJEKTIF

 

OBJEKTIF AM

Memberi perkhidmatan rawatan Nefrologi di Negeri Terengganu.

 

OBJEKTIF KHAS

1.       Memberi rawatan optimum kepada pesakit “End Stage Renal Failure” Negeri Terengganu.

2.       Meningkatkan tahap kemampuan dan mutu rawatan hemodialisis.

3.       Meningkatkan kemampuan dan kualiti rawatan CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis).

4.       Menggalakkan perawatan pemindahan buah pinggang serta member perkhidmatan penjagaan selepas pembedahan buah pinggang.

5.       Melaksanakan langkah-langkah pencegahan penyakit kegagalan buah pinggang dengan cara meningkatkan mutu rawatan dan jumlah pesakit yang dirawat di Klinik Nefrologi Am.

6.       Meningkatkan tahap pengetahuan oang ramai dan kakitangan terhadap penyakit buah pinggang.

7.       Mengambil bahagian dalam beberapa kajian penyakit buah pinggang demi menambah pengalaman dan pengetahuan.

8.       Menyelaras kesemua pusat hemodialisis satelit di daerah Kemaman, Dungun, Besut dan Hulu Terengganu.

Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

4.png3.png8.png1.png9.png0.png7.png
Hari Ini :1395
Bulan Ini :12311