FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Selasa, 06 Jun 2023
 

JABATAN PENDIDIKAN KESIHATAN

LOKASI:

  • Unit Pendidikan Kesihatan yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Kesihatan merupakan salah satu unit sokongan bukan klinikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Pejabat utama unit ini adalah berada di Tingkat 2 Aras 3 ,Kompleks Rawatan Harian , Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
  • Unit ini berhadapan dengan Auditorium , Perpustakaan , Pejabat Pakar dan Unit Kualiti dan Piawaian.

 

FUNGSI:

  • Menyediakan pesakit dan orang ramai dengan pengetahuaan dan maklumat yang tepat dan bersesuaian melalui kelas pendidikan kesihatan untuk menguruskan penyakit mereka , menghalang kemudaratan dan berulang semula penyakit.
  • Menyediakan bantuan sokongan kepada anggota HSNZ dalam menjalankan aktiviti-aktivit pendidikan kesihatan dan kursus dalam perkhidmatan di dalam dan di luar HSNZ

 

STRUKTUR ORGANISASI:

  • Seorang Pegawai Pendidikan Kesihatan S48 yang bertanggungjawab selaku Ketua Unit Pendidikan Kesihatan, beliau turut dibantu oleh seorang Pegawai Pendidikan Kesihatan S41.
  • Seorang pereka Grafik B22 bertugas bagi membantu Pegawai Pendidikan merencanakan semua aktiviti-aktiviti pendidikan di HSNZ.
  • Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3 bertugas bagi membantu tugas-tugas di Unit Pendidikan Kesihatan
  • Seorang Jururawat Terlatih KUP U32 di tempatkan di Unit Pendidikan Kesihatan HSNZ bagi melakukan tugas-tugas yang berkaitan dengan Pendidikan Kesihatan kepada pesakit.
  • Seorang Pembantu Pegawai Perubatan di tempatkan bagi membantu dalam menguruskan kerja-kerja berkaitan dengan Pendidikan Kesihatan kepada pesakit.

 

WAKTU KERJA:

  • Unit Pendidikan Kesihatan beroperasi pada waktu pejabat.

 

OBJEKTIF:

  • Objektif Am – Menyelaras dan menguruskan semua aktiviti pendidikan kesihatan di HSNZ
  • Objektif Khusus – Menyediakan pesakit dan waris pesakit dengan pengetahuan dan maklumat yang tepat dan bersesuaian melalui kelas Pendidikan Kesihatan Pesakit untuk menguruskan penyakit mereka , menghalang kemudaratan dan berulang semula penyakit yang di alami. Juga menyediakan bantuan sokongan kepada anggota HSNZ dalam menjalankan aktiviti-aktivit pendidikan kesihatan di dalam dan di luar HSNZ.

 

VISI:

  • Menjadikan Unit Pendidikan Kesihatan sebagai unit sistematik dan berkualiti dalam mengurus dan menyelaraskan aktiviti pendidikan kesihatan kepada pesakit dan waris pesakit, orang awam dan anggota HSNZ.

 

MISI:

  • Menguruskan dan menyelaraskan semua aktivit pendidikan kesihatan kepada anggota HSNZ , pesakit dan orang awam di Negeri Terengganu dalam suasana kerja yang selesa dan teknologi yang bersesuaian dengan mengambil kira sensitiviti awam yang berteraskan aspek “Mesra dan Membantu”.

 

PERKHIDMATAN DAN AKTIVITI:

  • Sesi Pengajaran Pendidikan Kesihatan kepada pesakit dan waris
  • Pengedaran bahan-bahan pendidikan bercetak:
  • Pamplet
  • Booklet
  • Poster
  • Flyer
  • Brochure
  • Penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan.
  • Perkhidmatan pinjaman alatan dan multimedia kepada anggota HSNZ:
  • Televisyen
  • PA System
  • Board Pameran
  • LCD Projector
  • Notebook / Laptop
  • Layar putih
  • Direct Projector
  • Rakaman gambar / slide / digital
  • Rakaman video

 

AKTIVITI PENDIDIKAN KESIHATAN:

  • Program Kempen cara Hidup Sihat
  • Klinik Berhenti Merokok
  • Pameran Pendidikan Kesihatan
  • Latihan Komunikasi Berkesan
  • Latihan Pendidikan Kesihatan
  • Kuiz pendidikan
  • Ceramah Kesihatan
  • Promosi Pendermaan Organ
  • Media Sosial

Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

3.png5.png7.png9.png3.png6.png9.png
Hari Ini :1336
Bulan Ini :15299