JABATAN PATOLOGI
Pengenalan
Jabatan Patologi adalah merupakan jabatan yang menawarkan perkhidmatan diagnostik dan transfusi darah kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah, hospital daerah dan klinik kesihatan seluruh negeri Terengganu. Jabatan ini terdiri daripada 5 disiplin utama yang dianggotai oleh pelbagai kategori jawatan. Jabatan ini telah mendapat persijilan akreditasi MS ISO 15189:2014 (Makmal Perubatan – Keperluan khusus untuk Kualiti dan Kecekapan) dari Jabatan Standard Malaysia (DSM) bermula dari 2015 sehingga sekarang.
Objektif
1)Memberikan perkhidmatan diagnostik yang memenuhi keperluan pelanggan
2)Memberikan perkhidmatan diagnostic mengikut prinsip Good Laboratory Practice (GLP) dan memenuhi piawaian MS ISO 15189:2014 dan atau lain-lain piawaian yang berkaitan.
3)Memenuhi indicator kualiti seperti National Indicator Approach (NIA)
4)Mengutamakan pembangunan sumber manusia yang berilmu, cekap dan mahir melalui latihan dan pembelajaran berterusan.
5)Menyediakan suasana pekerjaan yang harmoni dan kondusif dan memenuhi kehendak akta-akta tertentu.
Struktur organisasi
Jabatan Patologi terdiri daripada 5 unit iaitu:
1)Unit Patologi Kimia & Dadah
2)Unit Mikrobiologi (Bakteriologi, Serologi, Molekular dan TB)
3)Unit Anatomikal Patologi (Histopatologi dan Saitologi)
4)Unit Hematologi
5)Unit Transfusi Darah
Unit Patologi Kimia, Mikrobiologi, Anatomikal Patologi dan Hematologi diketuai oleh Pakar Patologi dan Perkhidmatan Transfusi Darah diketuai oleh Pakar Transfusi.
Selain menawarkan perkhidmatan diagnostik, jabatan ini juga bertindak sebagai pusat latihan untuk pelbagai peringkat dan kategori kakitangan termasuk Juruteknologi Makmal Perubatan, Pegawai Sains, dan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi dalam bidang-bidang tertentu.
Perkhidmatan yang disediakan
Perkhidmatan makmal patologi dilaksanakan secara profesional, berinovasi, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan yang merangkumi disiplin-disiplin berikut:
1)Patologi Kimia (Ujian Kimia Rutin, Hormon, Tumor marker, Body fluid analysis, Drug of Abuse analysis dan Therapeutic Drug Monitoring)
2)Mikrobiologi perubatan (Bakteriologi, Serologi, Immunologi, Molekular, TB)
3)Hematologi
4)Anatomikal Patologi (Histopatologi dan Saitologi)
5)Transfusi darah
Jadual Perkhidmatan
Lokasi Penerimaan Spesimen |
Masa Penerimaan |
Jenis-jenis spesimen yang diterima |
Kaunter Makmal Integrasi Samb. 2120 |
24 jam termasuk hari minggu dan cuti umum |
Routine / URGENT (Patologi Kimia, Hematologi, Serologi, Mikrobiologi) |
Kaunter Makmal Dadah |
Ahad – Rabu: 8.00 pagi – 4.45 ptg |
Rutin |
Kaunter Histopatologi / Saitologi |
Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 ptg |
Rutin / URGENT |
Kaunter Makmal UPL |
Ahad – Khamis : 7.30 pagi - 9.30 mlm |
Spesimen dari UPL |
Kaunter Makmal Transfusi Darah |
24 jam termasuk hari minggu dan cuti umum |
Rutin / URGENT |
Bilik Pendermaan Darah |
Ahad - Rabu : 8.00 pagi - 4.30 ptg |
Pendermaan Darah |
Lokasi
Unit-unit di Jabatan Patologi Hospital Sultanah Nur Zahirah terletak di lokasi-lokasi berikut:
a) Makmal Utama
Ia terdiri daripada Unit Integrasi (Patologi Kimia dan Hematologi), Mikrobiologi, Histopatologi, Sitologi dan Unit Transfusi Darah. Unit-unit ini terletak di tingkat bawah blok utama Hospital Sultanah Nur Zahirah.
b) Makmal Satelit
Ia terdiri daripada Makmal Molekular, Makmal PRIBA, Makmal Jabatan Pesakit Luar, Bilik Pendermaan Darah dan Makmal Dadah.
i) Makmal Molekular - Terletak di Kompleks Rawatan Harian (DCC)
ii) Makmal Jabatan Pesakit Luar - Terletak di tingkat bawah Jabatan Pesakit Luar, 250 meter dari makmal Utama
iii) Bilik Pendermaan Darah - Terletak di tingkat 1, Jabatan Pesakit Luar, 250 meter dari makmal Utama
iv) Makmal Dadah - Terletak di bangunan Makmal Dadah, 50 meter dari makmal utama
SOP Jabatan
Klik pautan ini ( Link to handbook pathology ) untuk maklumat lanjut mengenai unit dan perkhidmatan yang disediakan.
Aktiviti Jabatan
1)Hari Penderma Darah peringkat kebangsaaan telah diadakanpada 14 Julai 2018 bertempat di Wisma Persekutuan Kuala Terengganu,
2)Konvensyen Inovasi peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 2018 pada 24 – 26 Julai 2018 bertempat di Bahagian teknologi Pendidikan Marang. Tajuk Projek: Mengurangkan peratus platelet Concentrate (PC) Luput Tarikh. Pencapaian: Saguhati bagi Jabatan Patologi
Galeri
Penerbitan 2018
1)Prevalence and antimicrobial susceptibility of Acinetobacter baumanii and non-baumanii Acinetobacter from Terengganu, Malaysian and their carriage of carbapenemase genes. Farahiyah Mohd Rani, Nor Iza A. Rahman, Salwani Ismail, Fatimah Haslina Abdullah, Norlela Othman, Ahmad Ghazi A Iattraqchi, David W. Clearly, Stuart C. Clarke and Chew Chieng Yeo. Journal of Medical Microbiology. 2018
2)Compound Heterozygous Haemoglobin E and Haemoglobin D-Punjab: A Case Report, Azly Sumanty Ab Ghani, Wan Amal Hayati Wan Hassan, Alawiyah Awang Ab Rahman, Nur Aisyah Aziz, Yuslina Mat Yusoff, Asean Journal of Medicine and Biomedicine Universiti Sultan Zainal Abidin. 2018.