BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
Bahagian Sumber Manusia - Hospital Sultanah Nur Zahirah
Bahagian Sumber Manusia
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
PENGENALAN
Bahagian Sumber Manusia adalah bahagian sokongan kepada Jabatan Pengurusan. Bahagian ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (Sumber Manusia) Gred M48. Unit-unit yang berada dibawah Bahagian Sumber Manusia adalah :
- Unit Tatatertib
- Unit Perjawatan
- Unit Perkhidmatan
- Unit Latihan
- Unit HRMIS / LNPT
1.1 Unit Tatatertib
Mewujudkan satu sistem kawalan / penyelenggaraan Tatatertib yang berkesan dan menimbulkan rasa kesedaran tentang perlunya kawalan Tatatertib dalam jentera pentadbiran untuk menghasilkan kadar prestasi kerja yang tinggi dan mencapai objektif organisasi.
- Bertanggungjawab menguruskan hal-hal tatatertib kakitangan dan keseluruhannya termasuk melakukan siasatan dalaman secara terperinci.
- Mengurus segala urusan tindakan tatatertib ke atas kakitangan HSNZ yang melanggar tatakelakuan yang ditetapkan mengikut peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 DU. (A) 246.
- Membuat pemantauan secara berterusan bagi memastikan pelaksanaan secara teratur dan berkesan.
- Menyediakan dan mengemukakan laporan urusan tatatertib secara berkala kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
1.2 Unit Perjawatan
Menyediakan perancangan sumber manusia di peringkat jabatan yang strategik dan efisien melalui proses pengambilan dan pelantikan kakitangan yang berkualiti, mengurus penempatan, pertukaran, penetapan gaji, pemakaian dan penyemakan skim perkhidmatan.
- Perancangan sumber manusia melalui penyediaan inventori ramalan dan unjuran keperluan sumber manusia di HSNZ.
- Melaksanakan perancangan tenaga manusia di peringkat agensi mengikut Garis Panduan Perancangan Tenaga Manusia Sektor Awam 1985 yang dikeluarkan oleh JPA.
- Menyemak dan memastikan kekosongan jawatan yang perlu diisi dengan segera
- Pemilihan dan pengambilan kakitangan baru termasuk pemilihan prosedur tawaran jawatan, penyediaan spesifikasi tugas dan senarai tugas.
- Pelaksanaan skim perkhidmatan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
1.3 Unit Perkhidmatan
Unit Perkhidmatan di Bahagian Sumber Manusia bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal perkhidmatan pegawai. Antaranya ialah :
- Mengurus segala urusan perkhidmatan kepada pegawai
- Pelantikan
- Pengesahan Dalam Perkhidmatan
- Pemberian Taraf Berpencen
- Kenaikan Pangkat/Pemangkuan/Tanggung Kerja
- Permohonan Ke Jawatan Baru
- Pergerakan Gaji Tahunan dan Pelarasan Gaji
- Permohonan Cuti Tanpa Gaji dan Separuh Gaji
- Faedah persaraan dan kematian pegawai
- Hal-hal lain berkaitan dengan urusan perkhidmatan pegawai
1.4 Unit Latihan
Hospital Sultanah Nur Zahirah telah mewujudkan Unit Latihan secara rasminya pada tahun 2006. Ia bertujuan untuk memantau pelaksanaan setiap latihan dan kursus-kursus semua pegawai di hospital ini. Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan, tujuannya adalah untuk melatih dan melaksanakan kursus-kursus mengikut kriteria-kriteria tertentu, seterusnya menjana modal insan yang lebih cemerlang.
- Menyelaras perancangan dan pelaksanaan latihan dalaman serta luaran bagi peningkatan diri dan kerjaya pegawai serta dalam usaha untuk memastikan setiap anggota menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
- Unit Latihan juga bertanggungjawab dalam mengendalikan latihan untuk pembangunan sumber manusia kepada anggota HSNZ samada kursus dalaman dan luaran HSNZ.
- Menguruskan permohonan dan penempatan untuk pelajar-pelajar di institusi awam dan swasta yang ingin menjalani latihan industri dan posting elektif di HSNZ.
- Unit Latihan juga bertanggungjawab untuk menguruskan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan latihan subkepakaran untuk kenaikan pangkat serta menyelaras urusan pelaksanaan dan pengecualian Program Transformasi Minda (PTM) untuk anggota HSNZ.
1.5 Unit HRMIS / LNPT
Menyelaras dan memantau pelaksanaan HRMIS peringkat agensi, khususnya aktiviti-aktiviti prapelaksanaan, semasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan sesuatu modul/submodul HRMIS.
- Bertindak sebagai Meja Bantuan HRMIS iaitu menyelesaikan masalah pengguna di agensi berkaitan pengoperasian aplikasi HRMIS dan menguruskan latihan serta membangunkan kepakaran untuk menggunakan aplikasi HRMIS di agensi.
- Melengkapkan data peribadi dan profil perkhidmatan anggota HSNZ dalam aplikasi HRMIS untuk mencapai KPI (Key Performance Indicator) Pengarah HSNZ dan Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Mengemaskini data perjawatan dalam HRMIS berdasarkan perjawatan sebenar termasuk sambut sandang dan putus sandang anggota yang bertukar masuk dan bertukar keluar (penempatan dan pertukaran pegawai).
- Menguruskan dan menyelia urusan prestasi LNPT anggota HSNZ keseluruhannya mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002.
- Menubuhkan Urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) di peringkat Jabatan dan memastikan pelaksanaan peranan serta fungsinya.
- Menyediakan data dan maklumat anggota HSNZ untuk pemilihan Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) dan kenaikan pangkat serta pergerakan gaji tahunan mengikut Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil.2 Tahun 2002.
OBJEKTIF
Objektif Bahagian Sumber Manusia adalah :
- Memastikan urusan perkhidmatan dan latihan secara professional diberi kepada 3645 pegawai
- Memastikan semua rekod dan kebajikan serta urusan disiplin setiap pegawai dan kakitangan yang terlibat dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- Memastikan pengurusan Unit Sumber Manusia berjalan dengan cekap, teratur dan berkesan.
- Mempertingkatkan pengetahuan dan menanamkan sikap positif dikalangan anggota di Unit Sumber Manusia.
FAQ (SOALAN LAZIM)
1. Bagaimana caranya untuk saya memohon latihan industri di HSNZ, Kuala Terengganu?
Pelajar yang berminat untuk menjalankan latihan industri di HSNZ perlu membuat permohonan rasmi bertulis kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Pelajar perlu menyertakan:
- Resume pelajar,
- Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan,
- Sijil-sijil yang telah disahkan (yang berkaitan), dan
- Surat pengesahan pelajar IPTA/IPTS/Kolej berkenaan
Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum latihan bermula.
2. Bagaimana pula caranya untuk saya memohon menjalani Posting Elektif di HSNZ, Kuala Terengganu?
Permohonan rasmi boleh dibuat secara bertulis kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan menyertakan:
- Resume pelajar;
- Borang Permohonan Menjalani Posting Elektif Di Fasiliti KKM yang boleh didapati di www.moh.gov.my – Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 16/2008;
- Surat pengesahan atau sokongan dari Dekan IPTA/IPTS yang berkenaan;
- Salinan Kad Pengenalan atau Pasport (bagi bukan warganegara) yang telah disahkan.
Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum latihan bermula.
3. Bagaimanakah akan saya ketahui jika permohonan saya berjaya?
Surat kelulusan untuk menjalankan latihan industri/Posting Elektif akan dihantar oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kepada:
- IPTA/IPTS/Kolej yang berkenaan;
- Pelajar yang memohon;
- HSNZ;
Atau
Pelajar boleh menghubungi Unit Latihan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di talian 09-6222866
AKTIVITI-AKTIVITI
Laporan-laporan aktiviti dikemukakan oleh jabatan/unit yang menganjurkan aktiviti-aktiviti tersebut. Ini dapat menilai kelicinan dan perkembangan status latihan dan kursus yang telah dilaksanakan oleh jabatan/unit berkenaan yang mana laporan perjalanan aktiviti-aktiviti tersebut akan dikemukakan ke JKNT. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk :
- Kursus-kursus klinikal di peringkat hospital dan negeri (e.g Kursus Sembelihan, Latihan Dalam Perkhidmatan, Orientasi dan Soft Skill)
- Kursus-kursus anjuran luar bagi institusi awam (e.g INTIM,ILTIM,Pejabat Agama Negeri Terengganu, Puspanita)
- Kursus-kursus anjuran swasta
- Kursus-kursus induksi (Program Transformasi Minda)
- Latihan teori dan praktikal IPTA dan IPTS
- Latihan attachment pelajar-pelajar perubatan dalam dan luar Negara
- Task Force HRMIS berperingkat untuk pengisian LNPT bagi semua anggota HSNZ
- Hari Bersama Pelanggan Unit Perkhidmatan untuk penyemakan buku servis anggota bagi integriti data
- HRMIS & Tatatertib bekerjasama dengan Unit Kaunseling untuk memanggil dan mengadakan sesi kaunseling berasingan untuk anggota yang mendapat markah 70 kebawah.
<![endif]-->





