UNIT KESIHATAN AWAM
1. PENGENALAN
|
|
||
Unit Kesihatan Awam adalah salah satu unit dibawah direktorat sokongan klinikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Lokasi kedudukan di tingkat bawah Bangunan Utama , HSNZ. Diterajui oleh Timbalan Pengarah Klinikal II dengan kerjasama Pegawai Pengurusan & Profesional Gred UD 44/52/54 dan Pegawai Pelaksana Gred U 36/32/29/12.
|
|
||
2. |
OBJEKTIF |
||
|
2.1 |
|
|
Memastikan persekitaran hospital bebas dan terkawal dari sebarang punca jangkitan penyakit berjangkit serta menjadikan suasana yang selesa, ceria, dan selamat kepada pesakit, keluarga pesakit dan masyarakat. |
|||
2.2 |
Memastikan Jawatankuasa Bebas Denggi di HSNZ mengadakan pemeriksaan secara berkala setiap minggu dan menjalankan kajian aedes mengikut zon yang telah ditetapkan. |
||
2.3 | Memastikan 100% kes penyakit berjangkit dibuat notifikasi mengikut masa yang telah ditetapkan. | ||
2.4 | Memastikan semua premis makanan di HSNZ sentiasa bersih dan selamat serta tidak menjadi punca keracunan makanan. | ||
2.5 | Memastikan bekalan air di HSNZ mematuhi piawaian KKM ( water quality standard). | ||
2.6 | Menguatkuasakan Akta Kawalan Hasil Tembakau di HSNZ. | ||
3. SKOP PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
3.1. Kesihatan Persekitaran
- Kawalan Vektor
- Pemantauan Khas
- Kawalan Mutu Air
- Keselamatan dan Kualiti Makanan
- Perundangan dan Kawalan Hasil Tembakau
- Kawalan Penyakit
- Survelen
- Notifikasi Penyakit Berjangkit
3.2 Daftar Kanser
3.3 Healthy Hospital
3.4 Program Sihat Cergas Cantik Hebat
3.5 Program Perdana Bebas Denggi Dan Pembasmian Tikus
3.6 Pengurusan Wabak
4. |
Unit Kesihatan Awam memberi perkhidmatan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|