LATAR BELAKANG HSNZ
SEJARAH & PROFIL HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH (HSNZ) Kuala Terengganu • Pantai Batu Buruk
Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) terletak di daerah Kuala Terengganu di atas tapak seluas 21.09 hektar di persisiran Pantai Batu Buruk, dahulunya dikenali sebagai Hospital Kuala Terengganu. Kedudukannya strategik—berhadapan Stadium Negeri (Barat), bersebelahan Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Utara), Stadium Hoki & Kompleks Akuatik Negeri Terengganu (Selatan) dan hamparan Laut China Selatan (Timur). Penamaan semula diperkenankan dan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 Disember 2006 (11 Zulkaedah 1427H).
HSNZ merupakan
- Negeri Hospital Negeri
- Rujukan Hospital rujukan bagi Hospital Daerah & Klinik Kesihatan di seluruh Terengganu
Sejarah perkhidmatan & perkembangan HSNZ
Tahun | Perkembangan |
---|---|
1920 | Hospital pertama memulakan perkhidmatan dengan 3 buah bangunan kayu. |
1924 | Perkhidmatan diperluaskan dengan pembinaan 5 buah bangunan baharu. |
1983 | Bangunan baharu 8 tingkat dibina secara projek “turnkey” dengan kos RM 92.4 juta. |
2003 | Kompleks Rawatan Harian siap dibina dengan kos RM 39.3 juta. |
PROFIL HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH
Ringkasan Profil | |
---|---|
Keluasan | 21.09 hektar |
Jumlah wad | 45 |
Jumlah katil | 1,127 katil |
Bilangan Klinik Pakar | 23 |
Bilangan Dewan Bedah | 20 |
Bilangan Bilik (Dewan) Bersalin | 25 |
Pakar / Sub-pakar | 58 |