FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Sabtu, 21 Disember 2024
 

JABATAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

1. PENGENALAN

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) adalah salah sebuah jabatan klinikal terbesar di Hospital Sultanah Nur Zahirah yang berfungsi dan beroperasi untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan terkini serta berteknologi yang bersesuaian bagi melahirkan komuniti wanita dan keluarga yang sihat.

Jabatan ini mempunyai satu Pusat Penilaian Pesakit, tujuh wad Antenatal dan Postnatal, satu wad Ginekologi, sebuah Dewan Bersalin, sebuah bilik Pre-Eklampsia, dua buah Dewan Bedah Materniti, satu Klinik Pakar Obstetrik dan satu Klinik Pakar Ginekologi.


2. OBJEKTIF JABATAN
Memastikan pesakit mendapat perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi yang berkualiti dan terkini dalam semua aspek yang meliputi sensitiviti penyaringan, ketepatan diagnosis, keberkesanan pengurusan perawatan dan pencegahan yang sistematik.

 

3. PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

3.1 Pelanggan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) terdiri daripada:

3.1.1 Pesakit Dalam
Kes-kes di wad yang masuk melalui Jabatan Kecemasan, Klinik Pakar O&G, Bilik Penilaian Pesakit dan Hospital Kluster Utara.

3.1.1 Pesakit Luar
Kes-kes yang dirujuk Klinik Pesakit Luar, Hospital Daerah, Klinik Kesihatan dan Klinik Swasta serta kes-kes wad yang datang untuk rawatan susulan.

3.2 Skop perkhidmatan di Jabatan O&G boleh dibahagikan kepada 4:

3.2.1 Aktiviti Penyaringan.
Contohnya: Penyaringan sitologi servik, penyaringan infektif for prosedur reproduktif, penyaringan endokrin untuk neonat dan penyaringan pendengaran untuk bayi pramatang.

3.2.1 Aktiviti Diagnosa.
Merangkumi pemeriksaan klinikal dibantu oleh pemeriksaan makmal (contoh: darah, urin dan cairan badan yang lain), pengimejan (contoh: ultrasound) dan prosedur spesifik yang berkaitan (contoh: kolposkopi, pemeriksaan urodinamik, laparoskopik diagnostik dan lain-lain).

3.2.2 Aktiviti Perawatan.
Merangkumi perawatan Obstetrik dan perawatan Ginekologi seperti berikut:
• Perawatan antenatal
• Perawatan feto-maternal
• Perawatan `intrapartum`
• Pembedahan `caesarean` kecemasan dan elektif
• Perawatan postnatal dan immunisasi awal
• Perawatan menopos
• 'Bereavement counseling`
• Perawatan EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit)
• Perawatan ginekologi am
• Perawatan fertility dan reproduktif
• Perawatan gine-onkologi
• Perawatan uro-ginekolog
• Sokongan penyusuan ibu

3.2.3 Aktiviti Pencegahan

• Klinik pra kehamilan
• Klinik perancangan keluarga
• Pemberian pil hematinik dan asid folik kepada ibu mengandung.

3.3 Dewan Bersalin

3.3.1 Beroperasi 24 jam sehari.
3.3.2 Terdapat 24 bilik yang lengkap dengan kemudahan yang terkini.

3.4 Pembedahan kes-kes elektif obstetrik dilakukan setiap hari bekerja. Sementara pembedahan kes-kes elektif ginekologi dijalankan pada hari Ahad dan Selasa dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang (kecuali cuti umum). Pembedahan dijalankan secara pembedahan elektif pesakit dalam dan pembedahan elektif jagaan harian.

3.5 Pembedahan kecemasan Obstetrik dan Ginekologi dijalankan bila-bila masa dan keutamaan adalah mengikut keparahan kes.

3.6 Unit Perawatan Reproduktif (UPR)
3.6.1 Mula beroperasi sejak tahun 2009 di Klinik Pakar Ginekologi, kompleks rawatan rarian (ACC), HSNZ. Merupakan pusat rujukan bagi kawasan pantai timur (Terengganu, Kelantan dan Pahang).

3.6.2 Perkhidmatan yang disediakan di unit ini termasuklah `ovulation induction (OI) & control ovarian hyperstimulation (COH), intra-uterine insemination (IUI), in-vitro fertilization (IVF), intra-cytoplasmic sperm injection (ICSI) dan Ujian `seminal fluid analysis`

 

4. JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK

Terdapat 2 klinik yang beroperasi di bawah perkhidmatan ini iaitu:

4.1 Klinik Pakar Obstetrik

Waktu perkhidmatan klinik ini adalah:

Hari

Klinik

Masa

Ahad

Antenatal (Booking)

Antenatal (Ulangan)

Maternal Fetal Medicine (MFM)

Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU)

8.00 pg-1.00 ptg

8.00 pg- 4.15 ptg

Isnin

Antenatal (Booking)

Antenatal (Ulangan)

Maternal Fetal Medicine (MFM)

Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU)

8.00 pg-1.00 ptg

8.00 pg- 4.15 ptg

Selasa

Antenatal Staff

Kesihatan Wanita

Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU)

8.00 pg-1.00 ptg

8.00 pg- 4.15 ptg

Rabu

Pra-Kehamilan

Postnatal

Kontraseptif

Maternal Fetal Medicine (MFM)

Ultrasound (Rujukan/Ulangan)

Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU)

8.00 pg-1.00 ptg

8.00 pg- 4.15 ptg

Khamis

Antenatal (Ulangan)

Ultrasound (Rujukan/ Ulangan)

Antenatal (Combine)

Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU)

8.00 pg-1.00 ptg

8.00 pg- 4.15 ptg

 

4.2 Klinik Pakar Ginekologi

Hari

Klinik

Masa

Ahad

Klinik Ginekologi Am (Ulangan)

Prosedur Reproduktif

8.00 pg-1.00 ptg

Rawatan Harian Reproduktif

8.00 pg-5.00 ptg

Rawatan Harian Kolposkopi

Kaunseling IVF

Prosedur Uroginekologi (PTNS)

2.00 - 5.00 ptg

Isnin

Klinik Menopos & Terapi Gantian Hormon (Baru & Ulangan)

Klinik Molar (Baru & Ulangan)

Klinik Uroginekologi (Baru & Ulangan)

Klinik Repro-Endokrin (Baru & Ulangan)

Klinik Reproduktif

Kaunseling Pelvic Floor Exercise

8.00 pg-1.00 ptg

Rawatan Harian Reproduktif

8.00 pg-5.00 ptg

Kaunseling IVF

2.00-5.00 ptg

Selasa

Klinik Perineal (Baru & Ulangan)

Klinik Reproduktif (ART)

Prosedur Reproduktif

Ujian Seminal Fluid Analysis

Prosedur Reproduktif

8.00 pg-1.00 ptg

Rawatan Harian Reproduktif

8.00 pg-5.00 ptg

Kaunseling IVF

Prosedur Uroginekologi (CMG)

Ujian Seminal Fluid Analysis

2.00 pm – 5.00 pm

Rabu

Klinik Gine-Onkologi (Baru & Ulangan)

Klinik Rehabilitasi Gine-Onkologi

Klinik Infertiliti (Baru & Ulangan)

Prosedur Reproduktif

8.00 pg-1.00 ptg

Rawatan Harian Reproduktif

8.00 pg-5.00 ptg

Kaunseling IVF

2.00 - 5.00 ptg

Khamis

Klinik Ginekologi Am

Prosedur Reproduktif

Ujian Seminal Fluid Analysis

8.00 pg-5.00 ptg

Rawatan Harian Reproduktif

2.00 - 5.00 ptg

 

5. POLISI OPERASI / GARISPANDUAN / PROSEDUR OPERASI STANDARD JABATAN

5.1 Kemasukan Pesakit ke Wad Materniti

5.1.1 Pesakit diterima masuk melalui Pusat Penialian Pesakit samada datang sendiri atau kes yang dirujuk
5.1.2 Pemeriksaan awal dilakukan oleh Jururawat Kebidanan atau Jururawat Masyarakat bertugas yang merangkumi pemeriksaan tanda vital, timbang berat badan dan sejarah kandungan yang lalu diambil dan dicatit di dalam nota klinikal HIS
5.1.3 Pemeriksaan seterusnya dilakukan oleh doktor yang bertugas dan mengarahkan pemeriksaan, penyiasatan dan perawatan mengikut keperluan.
5.1.4 Pesakit akan dihantar ke Dewan Bersalin dengan segera selepas pemeriksaan dilakukan jika memerlukan rawatan khusus contohnya:
5.1.4.1 Pesakit di dalam fasa aktif bersalin dengan pembukaan os sekurang - kurangnya 4 cm.
5.1.4.2 Semua kes `suspected or confirm placental abruption` dan sebahagian kes-kes `Antepartum Hemorrhage`.
5.1.4.3 Kes `Preterm Labour`.
5.1.4.4 Kes `Hypertensive Disease in Pregnancy` yang memerlukan rawatan khusus contohnya eklampsia, `hypertensive crisis` dan lain-lain.
5.1.5 Jika tiada masalah dan pesakit di dalam fasa `latent`, pesakit akan dihantar ke Wad Antenatal untuk rawatan dan pemerhatian.

5.2 Pengurusan Pesakit dan Pelawat di Dewan Bersalin

Dewan Bersalin beroperasi 24 jam sehari.
5.2.1 Suami yang ingin menyertai program Hospital Rakan Suami perlu mendapat kebenaran dari Pegawai Perubatan atau jururawat yang bertugas. Suami perlu mambawa Kad Pengenalan untuk menemani isteri semasa di dewan bersalin.
5.2.2 Waris perlu mendapat kebenaran dari Pegawai Perubatan atau jururawat yang bertugas untuk menemani pesakit di dewan bersalin. Suami / waris mesti mematuhi peraturan dewan bersalin / hospital yang ditetapkan. (contoh: tidak boleh menggunakan telefon bimbit semasa menemani isteri)
5.2.3 Semua pesakit akan diberi orientasi mengenai kemudahan Dewan Bersalin.
5.2.4 Semasa suami menemani isteri, suami hanya boleh keluar untuk makan dan sembahyang sahaja (ikut keperluan).
5.2.5 Untuk kelahiran yang memerlukan bantuan peralatan seperti forcep/vacuum dan kelahiran breech, suami juga akan diminta untuk menunggu di luar dewan bersalin.
5.2.6 Proses kelahiran akan dikendalikan oleh Pakar / Pegawai Perubatan / jururawat mengikut keperluan ibu (penilaian bergantung kepada faktor risiko).
5.2.7 Bagi pesakit yang tenat, keadaan mereka akandiberitahu kepada suami / penjaga dengan segera. Sekiranya suami / penjaga tiada mereka akan dihubungi melalui telefon, melalui anggota kesihatan di Pusat Kesihatan atau polis.


5.3 Keselamatan Pesakit

5.3.1 Keselamatan Pesakit dan Harta Benda Pesakit
• Pesakit / ibu tidak digalakkan membawa barang-barang kemas /berharga semasa datang untuk perawatan bersalin.
• `Privacy` pesakit akan sentiasa dijaga.
• Wanita / ibu berhak ditemani oleh seorang jururawat sekiranya diperiksa oleh seorang doktor lelaki.
• Apabila berlaku kebakaran, pesakit akan dipindahkan mengikut prinsip pemindahan seperti yang ditetapkan dalam pelan tindakan kebakaran.


5.3.2 Keselamatan Bayi
• Selepas kelahiran, bayi dan ibu akan dilekatkan tag pengenalan di pergelangan tangan dengan catatan seperti nama ibu, nombor kad pengenalan ibu, jantina bayi, tarikh dan masa kelahiran.
• Sebelum ibu dan bayi yang tiada masalah dipindahkan ke wad postnatal, bayi diperiksa dan disahkan betul berpandukan kepada dokumen-dokumen berikut:

o Borang pengesahan kelahiran/borang pendaftaran kelahiran .
o Kad antenatal KIK 1(a)/96
o Tag nama ibu dan bayi .
o Tag nama pada ibu dan tag nama pada bayi akan dipastikan betul semasa penyerahan ibu dan bayi ke wad postnatal.

• Semasa penerimaan bayi di wad postnatal, staf wad sekali lagi memeriksa dokumen-dokumen tersebut. Staf wad akan merekod dalam ‘Borang Penerimaan Bayi Postnatal’ dan di tandatangani oleh staf.
• Sepanjang bayi berada bersama ibu didalam wad, tag bayi akan diperiksa oleh staf wad setiap syif dan direkod dalam buku ‘passing over’.
• Sekiranya tag bayi dalam keadaan tulisan pudar/ketat/longgar- tag perlu ditukar dengan tag yang baru. Tag yang telah dipotong akan dilekatkan pada ‘Borang Penerimaan Bayi Postnatal’ dan perlu tulis tarikh, masa dipotong, oleh siapa, saksi dan sebab.
• Semasa jururawat melakukan prosedur wad seperti mengambil tanda vital, pemberian susu atau memberi suntikan, anggota tersebut juga mesti membuat pemeriksan bayi termasuk memastikan tag nama yang betul berada pada bayi sebelum prosedur dilakukan.
• Cot bayi perlu berada di sisi ibu semasa penyusuan. Ini bertujuan mengelakkan berlakunya ibu tersalah meletakkan bayi selepas penyusuan.


5.4 Pelawat Dan Waktu Melawat

• Pelawat tidak dibenarkan melawat ibu yang hendak bersalin di Dewan Bersalin kecuali dalam keadaan tertentu dengan kebenaran Pakar Obstetrik / Pegawai Perubatan / Ketua Jururawat.
• Waktu Melawat di wad antenatal/postnatal 12.00 - 2.00 petang dan 5.00 – 7.00 petang. Untuk Hari Minggu dan Cuti Am, waktu melawat adalah jam 11.00 pagiam – 2.00 petang dan 4.00 - 7.00 petang.
• Dua pas lawatan untuk seorang pesakit akan diberi bagi membenarkan suami/waris masuk melawat secara bergilir.
• Semua beg barangan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam wad semasa waktu melawat. Hanya beg tangan yang bersesuaian sahaja boleh dibenarkan. Pelawat dinasihatkan untuk meninggalkan beg di luar bersama ahli keluarga yang lain.

5.5 Pengurusan Discaj Pesakit dan Bayi

• Pesakit materniti dibenarkan discaj melalui Wad Antenatal dan Postnatal sahaja. Discaj secara terus melalui Dewan Bersalin adalah tidak dibenarkan.
• Hanya ibubapa sahaja dibenarkan membawa bayi pulang (kecuali kes-kes tertentu sahaja)
• Dokumen penting (ASAL) wajib ada/dibawa semasa discaj. Pemeriksaan hendaklah dibuat oleh jururawat terlatih/ jururawat masyarakat yang menguruskan discaj berpandukan:
o Kad Pengenalan Ibu/Pasport Ibu
o Kad Antenatal KIK 1(a)/96
o Dokumen warganegara asing (jika berkenaan)
• Jururawat terlatih/ jururawat masyarakat akan menyediakan borang membawa bayi pulang dan senarai nama ibu discaj bersama bayi.
• Pengesahan dilakukan dengan borang membawa bayi pulang bersama bayi dan ibu berdasarkan nama, K/P dan jantina bayi. (pengesahan jantina dilakukan dengan membuka lampin bayi) .
• Pengawal Keselamatan di pintu wad dan di pintu utama bangunan Pusat Rawatan Ibu dan Bayi (PRIBA) akan membuat semakan sekali lagi tag nama bayi dan Borang Membawa Bayi Pulang (serahkan kepada pengawal di kaunter pintu utama PRIBA.
• Pengawal bertugas di pintu keluar wad/pintu utama PRIBA perlu menyemak:
o Kad Pengenalan/pasport Ibu
o Borang Membawa Bayi Pulang
o Tag nama pada bayi – semak nama/KP ibu/jantina bayi.

• Setelah semakan dibuat, ibu perlu tandatangan dalam buku rekod maklumat. Bagi bayi yang ibu bawah umur yang tidak berkahwin, penjaga yang sah mesti mendapat kebenaran bertulis dari Pegawai Kebajikan atau Pengarah Hospital sebelum bayi dibenarkan pulang.
• Kes tidak berisiko tinggi, rawatan susulan diteruskan oleh anggota kesihatan di klinik kesihatan berhampiran. Kes berisiko tinggi, temujanji diberi kepada pesakit untuk rawatan susulan di HSNZ.
• Pastikan tag nama ibu dan bayi dipakai sehingga sampai ke rumah dan pemotongan tag nama hanya dilakukan oleh ibubapa/waris apabila bayi dan ibu sampai di rumah.

 

6. SOAL JAWAB

 

6.1 Persoalan yang sering ditanya mengenai perkhidmatan Obstetrik adalah seperti berikut:
6.1.1 Bilakah waktu melawat bagi wad antenatal di bangunan Pusat Rawatan Ibu dan Anak?
Sila lihat polisi melawat hospital https://hsnzkt.moh.gov.my/images/InfoIct/POLISI-MELAWAT-DI-HOSPITAL-SULTANAH-NUR-ZAHIRAH.pdf

6.1.2 Siapakah yang dibenarkan menemani isteri ketika dalam wad?
Suami atau waris tidak dibenarkan menunggu atau menemani ketika isteri berada di dalam wad antenatal, postnatal dan ginekologi. Larangan ini adalah untuk menjaga privasi pesakit (wanita). Oleh itu, pelawat (suami dan waris) hanya dibenarkan masuk ketika waktu melawat seperti ketetapan polisi hospital.

6.1.3 Bolehkah saya membawa bayi bersama ke dalam wad jika saya dimasukkan ke wad postnatal atau sakit puan (ginekologi)?
Tidak dibenarkan.

6.1.4 Rawatan antenatal saya dilakukan di luar daerah Kuala Terengganu, bolehkah saya bersalin di Pusat Rawatan Ibu dan Anak?
Boleh.

6.1.5 Berapakah caj rawatan bagi bersalin biasa dan pembedahan?
Sila rujuk laman ini https://hsnzkt.moh.gov.my/index.php/en/caj-dan-bayaran

6.1.6 Berapakah caj rawatan bagi warga asing?
Sila rujuk laman ini https://hsnzkt.moh.gov.my/index.php/en/caj-dan-bayaran

6.1.7 Bolehkah saya mendapatkan rawatan daripada doktor wanita sahaja?
Kami tidak dapat memberikan jaminan untuk pesakit mendapatkan rawatan daripada perawat wanita sahaja. Ini bergantung kepada tugasan dan jadual tugasan atas panggilan pakar, pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah.

6.1.8 Adakah wad antenatal dan postnatal PRIBA HSNZ mempunyai bilik kelas kedua dan pertama?
Kami mempunyai 48 katil wad kelas kedua dan 20 katil bagi wad kelas pertama di bangunan PRIBA. Kemasukan pesakit adalah bergantung kepada kekosongan.

6.2 Pertanyaan yang sering ditanya mengenai perkhidmatan dewan bersalin
6.2.1 Siapakah yang dibenarkan untuk menemani saya semasa proses bersalin?
Hanya suami sahaja dibenarkan menemani semasa proses bersalin di dewan bersalin tingkat 6 PRIBA. Sungguhpun begitu dalam kes-kes tertentu ibu mungkin dibenarkan untuk menemani pesakit.

6.2.2 Mengapakah gambar tidak dibenarkan diambil semasa di dalam bilik bersalin mahupun wad?
Pengambilan gambar adalah dilarang sama sekali di mana-mana kawasan hospital. Setiap maklumat dan rawatan pesakit adalah sulit. Pengambilan gambar melanggar polisi hospital dan“privacy” penyakit pesakit.

6.2.3 Adakah HSNZ menawarkan perkhidmatan bius epidural sebagai ubat tahan sakit semasa bersalin?
Boleh tetapi keutamaan diberikan kepada kandungan berisiko tinggi dan sekiranya jumlah staf mencukupi pada satu-satu masa.

6.2.4 Bolehkah saya makan semasa di dewan bersalin?
Pesakit dinasihatkan untuk makan sebelum masuk ke dewan bersalin. Walaupun polisi mesra ibu membenarkan makanan/minuman ringan tertentu di dewan bersalin bagi kes yang memenuhi kriteria sahaja tetapi ianya memerlukan penilaian oleh doktor yang merawat terlebih dahulu.

6.2.5 Adakah pesakit dibenarkan solat semasa di dewan bersalin?
Boleh, Sila dapatkan bantuan daripada staf kami.

6.2.6 Bolehkah saya menolak episiotomi?
Boleh tetapi ini tertakluk kepada keadaan. Semasa kecemasan, episiotomi mungkin akan dilakukan untuk membantu proses kelahiran.

6.3 Pertanyaan yang sering ditanya mengenai perkhidmatan subkepakaran
6.3.1 Adakah HSNZ mempunyai perkhidmatan IVF-ICSI?
Ya. HSNZ merupakan pusat rawatan kesuburan di Pantai Timur. Sehingga akhir tahun 2018, unit reproduktif HSNZ telah berjaya membantu pasangan hamil mencecah hampir 100 bayi IVF sejak servis ini dimulakan pada akhir tahun 2009.

6.3.2 Apakah subkepakaran yang ditawarkan di Jabatan O&G HSNZ?
Jabatan O&G di HSNZ mempunyai subkepakaran Reproduktif, Maternal Feto Medicine, Uro-ginekologi dan Gine-onkologi.

6.3.3 Bolehkah saya pulang pada hari yang sama sekiranya menjalani pembedahan ginekologi minor?
Boleh. Kami menawarkan kemudahan ‘daycare’ bagi pembedahan kes minor di bangunan `ambulatory care centre` (ACC). Walaubagaimanapun servis ini terhad kepada pesakit yang berisiko rendah, kes minor dan tinggal berdekatan Kuala Terengganu.

6.4 Pertanyaan yang sering ditanya mengenai perkhidmatan kontraseptif
6.4.1 Saya ingin mendapatkan perancang keluarga jangka panjang seperti IUCD dan implanon. Adakah HSNZ menawarkan perkhidmatan ini?
Ya. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi dengan keutamaan diberikan kepada pesakit berisiko tinggi. Bagi pesakit berisiko rendah, anda dinasihatkan untuk berkunjung ke LPPKN atau klinik kesihatan berdekatan untuk mendapatkan servis ini.

7 PENERBITAN

 

7.1 Jurnal Artikel
a. Intrafetal Alcohol Ablation of an Acardiac Twin, Zahar Azuar Z, Roziana R, Idayu M, Maheran R, International Journal of Reproduction, Contraception, Obstetrics and Gynaecology. 2016 July 5(7): 2421-2424

b. Parasitic Fibroid: Case Report & Novel Approach in Reducing Incidence of Future Cases, Sukainah S, Nasir Tk, Zulkifli K, Roziana R, International Journal Of Reproduction, Contraception, Obstetrics And Gynaecology. 2016 Aug 5(8): 2836-2839

c. Giant Ovarian Tumour: Case Report and Literature Review, Shazwani A, Wan Rosmidah Wa, Nasuha Y, Karimah M, Roziana R, International Journal of Reproduction, Contraception, Obstetrics and Gynaecology. 2016 Oct 5(10): 3601-3604

d. Idiopathic Spontaneous Haemoperitoneum in Pregnancy, Mazrin Nur M. A., Rohana I., Hamidah H., Syauki H., Roziana R International Journal of Reproduction, Contraception, Obstetrics and Gynaecology. 2017 Sep 6(9): 4120-4122

e. Pregnancy in A Uterine Anomaly: A Case Report, Siti Nur Dina Ahmad Khairuddin, Iza Emilia Ibrahim Mohamed, Roziana Ramli. International Journal of Reproduction, Contraception, Obstetrics and Gynaecology. 2018 Sep 7(9):3873-3876

7.2 Konvensyen Penyelidikan

 

Konvensyen

Tajuk Penyelidikan

Peserta Penyelidikan

26 – 29 July 2018

Malaysia International Scientifc Congress of Obstetrics and Gynaecology 2018, Kuala Lumpur

Review of Management of Misscarriage at the Early Pregnancy Assessment Unit, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu

Dr.Muhammad Hafiz Ishak

The Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU) in Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu: A Clinical Audit of First Year of Service

Puan Siti Hajar Muda

Management of Ovarian Hyperstimulation Syndrome (OHSS) in HSNZ Kuala Terengganu: A One Year Clinical Audit

Dr Nasuha Yaacob

Predictor of Successful Live Birth in Assissted Reproduce Technology (ART): Analysis of 7 Years Treatment Cycles in Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu

Puan Kamariah Yahya

The Management and Outcome of Morbidity Adherent Placenta in HSNZ Kuala Terengganu: A Two Year Experience

Dr Siti Nordiana Ayub

Does Dehydroepiandrosterone (DHEA) Improve IVF Outcomes in Poor Responders?

Dr Malini Napes

23 - 25 November 2018

26th World Congress on Controversies on Obstetrics, Gynaecology & Infertility, London UK

Is Stimulation Day 6 (S6) Estradiol a Predictor of Treatment Outcomes in IVF/ICSI Cycles? A Malaysian Public Fertility Clinic Experiences

Dr Nasuha Yaacob

Is Body Mass Index (BMI) an Important Predictor of Art Treatment Outcomes? A Malaysian Public Fertility Clinic Experience

Cik Siti Nabilah binti Ab Rahman

7-10 Mac 2018

Gynaecological Endocrinology – 18th World Congress, Florence, Italy

Right or Left Ovary: Which Has Better Ovarian Response? A Study of ART Outcome in IVF Patients in HSNZ Kuala Terengganu

Dr Nasuha Yaacob

Cik Siti Nabilah Ab Rahman

The Influence of Serum Estradiol Levels on The Day of Ovulation Trigger on Assisted Reproductive Outcome in HSNZ Kuala Terengganu, Malaysia

Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

4.png3.png9.png6.png8.png2.png4.png
Hari Ini :851
Bulan Ini :27228