FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Sabtu, 21 Disember 2024
 

BAHAGIAN KEWANGAN

 

 

Pengenalan

Bahagian Kewangan merupakan bahagian sokongan kepada Jabatan Pengurusan. Bahagian ini diketuai oleh Akauntan Gred WA44. Bahagian ini bertanggungjawab dalam pengurusan belanjawan, kewangan dan kutipan hasil.

Bilangan kakitangan yang bertanggungjawab di bawah Bahagian ini adalah seramai 46 orang.

Bahagian ini terbahagia kepada tiga unit iaitu:

  1. Unit Bayaran
  2. Unit Gaji
  3. Unit Hasil

Objektif

Tadbir urus kewangan dan akaun yang cekap, amanah dan ekonomik serta membantu Pengurusan dalam membuat keputusan yang berkesan kearah pencapaian visi dan misi hospital selaras dengan peraturan kewangan yang berkuatkuasa.

Perkhidmatan yang disediakan

Unit Bayaran

  1. Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
  2. Mengurus dan mengawal peruntukan.
  3. Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
  4. Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
  5. Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri dan pendahuluan pelbagai.
  6. Menyediakan baucer bayaran pembelian secara terus, sebut harga, tender dan kontrak.
  7. Mengemaskini laporan bil dan invois yang telah dibayar.
  8. Menyediakan bayaran balik kasut dan upah jahit uniform kakitangan
  9. Mengurus tuntutan elaun perjalanan kakitangan
  10. Mengurus bayaran tuntutan elaun kerja lebih masa.
  11. Mengurus bayaran yuran menghadiri kursus.
  12. Menguruskan permohonan pinjaman kenderaan atau komputer

Unit Gaji

  1. Mengurus pembayaran gaji kakitangan tetap/sementara/kontrak/sambilan.
  2. Mengurus pembayaran tunggakan atau pelarasan gaji.
  3. Mengurus pelbagai potongan gaji.
  4. Mengurus pengesahan hutang untuk staf berhenti/bersara/tamat kontrak.
  5. Menyediakan sijil gaji akhir bagi pegawai yang bertukar.
  6. Menyediakan dan membuat perkiraan pinjaman peribadi kakitangan.

  Unit Hasil

1.Menjalankan kutipan hasil.

  1. Menerima segala kutipan caj-caj rawatan wad.
  2. Mengurus penerimaan kutipan hasil.
  3. Mengurus pembatalan resit rasmi.

 Jadual Perkhidmatan

UNIT

HARI

MASA

Bayaran & Gaji

Ahad Hingga Rabu

7.30 pg – 1.00 ptg

1.00 ptg – 2.00 ptg (Rehat)

2.00 ptg – 5.30 ptg

Khamis

7.30 pg – 1.00 ptg

1.00 ptg – 2.00 ptg (Rehat)

2.00 ptg – 4.00 ptg

Hasil

(Kaunter Hasil, Kaunter ACC & Kaunter PRIBA)

Ahad Hingga Rabu

7.30 pg – 5.00 ptg

Khamis

7.30 pg – 3.30 ptg

Hasil

(Kaunter BDM)

Ahad Hingga Sabtu

24 Jam

 

 

Peta Lokasi

Unit Bayaran dan Unit Gaji terletak di tingkat bawah bangunan utama, bersebelahan dengan Bahagian Sumber Manusia.

Unit Hasil terletak di tingkat bawah bangunan utama, berhadapan dengan bilik penyelia jururawat.

Kaunter Hasil dan Kaunter BDM terletak di tingkat bawah bangunan utama berhadapan bilik penyelia jururawat.

 

Kaunter PRIBA terletak di tingkat bawah bangunan PRIBA bersebelahan dewan bersalin.

Kaunter ACC terletak di tingkat bawah bangunan ACC berhadapan pintu masuk utama.

 

 

Standard Operating Procedure (SOP)

Bayaran

  1. Menerima pesanan tempatan dan invois.
  2. Merekod terimaan dokumen berserta cop terima dan pastikan dokumen sokongan diakui sah oleh pegawai berkaitan.
  3. Memastikan PT, invois dan dokumen sokongan lengkap berdasarkan senarai semak.
  4. Membuat penjanaan invois dan buat padanan bayaran.
  5. Menyediakan baucer bayaran.

Tuntutan

Perjalanan

  1. Menerima borang tuntutan beserta maklumat akaun bank dari pegawai berkenaan yang disahkan oleh ketua unit.
  2. Merekod terimaan dokumen berserta cop terima.
  3. Memastikan dokumen yang dihantar lengkap.
  4. Membuat semakan dokumen yang dihantar berdasarkan butir-butir berikut :
  5. Kelayakan dan kadar-kadar
  6. Dokomen sokongan, resit-resit dan surat panggilan

iii. Jumlah perkiraan tuntutan

  1. Menyediakan baucer bayaran.

EKLWBB

  1. Menerima borang tuntutan beserta maklumat akaun bank dari pegawai berkenaan yang disahkan oleh ketua unit.
  2. Merekod terimaan dokumen berserta cop terima.
  3. Memastikan dokumen yang dihantar lengkap.
  4. Membuat semakan dokumen yang dihantar berdasarkan butir-butir berikut :
  5. Kelayakan dan kadar-kadar
  6. Dokomen sokongan, thumb print  berserta jadual on call.

iii. Jumlah perkiraan tuntutan

  1. Menyediakan baucer bayaran.

Kerja Lebih Masa

  1. Menerima borang tuntutan beserta maklumat akaun bank dari pegawai berkenaan yang disahkan oleh ketua unit.
  2. Merekod terimaan dokumen berserta cop terima.
  3. Memastikan dokumen yang dihantar lengkap.
  4. Membuat semakan dokumen yang dihantar berdasarkan butir-butir berikut :
  5. Surat rasmi yang menyatakan arahan dari jabatan
  6. Memastikan pilihan kerja lebih masa berdasarkan kadar yang telah ditetapkan

iii. Pengiraan dengan betul

  1. Menyediakan baucer bayaran.

Penyediaan Gaji

  1. Menerima Kew 8 dari Unit Sumber Manusia.
  2. Merekod terimaan dokumen berserta cop terima.
  3. Membuat pengesahan maklumat kew 8 yang dihantar adalah betul berserta dokumen-dokumen sokongan.
  4. Memastikan kandungan kew 8 berdasarkan tindakan-tindakan berikut :
  5. Pegawai bertukar keluar – menyediakan sijil gaji akhir
  6. Perubahan gaji – menyediakan SG 20 untuk dihantar kepada akauntan negara

iii. Gaji harian – menyediakan baucer bayaran

  1. Lebihan bayaran – selaras bayaran dan menyeluarkan surat kutipan balik

Kutipan Hasil

  1. Menerima kepingan caj daripada pesakit.
  2. Menyemak kepingan caj pada butir-butir wad, cagaran & kod-kod rawatan dan memastikan keterangan betul.
  3. Menyediakan pengiraan bil dan input nombor.
  4. Menyemak setiap kemasukan butir-butir pada kepingan caj yang terdapat dalam data komputer adalah benar.
  5. Cetak bil dan menyerahkan bil kepada pesakit bagi tujuan pembayaran.

FAQ (Soalan Lazim)

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan kerja lebih masa?

Kerja lebih masa adalah kerja-kerja rasmi / hakiki seseorang pegawai atau Jabatan yang dijalankan atas arahan Ketua Jabatan di luar waktu bekerja biasa yang telah ditetapkan, atau pada hari rehat mingguan atau pada hari kelepasan am.

 

  1. Siapakah yang layak diberi Bayaran Lebih Masa?

Semua pegawai dalam Kumpulan Sokongan layak dibayar Bayaran Lebih Masa.

  1. Adakah pegawai yang berkelayakan diberi Bayaran Lebih Masa boleh memilih untuk ditukar dengan Cuti Gantian?

Pegawai yang berkelayakan boleh memilih untuk diberi Bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian. Jika pegawai memilih untuk mendapatkan Cuti Gantian, pegawai perlu mempunyai 9 jam kerja lebih masa untuk melayakkan diberi 1 hari Cuti Gantian.

  1. Adakah pegawai yang menjalankan kerja lebih masa di luar kawasan ibu pejabat boleh menuntut Bayaran Lebih Masa dan Elaun Bertugas Rasmi di Luar Ibu Pejabat?

Pegawai yang diarah menjalankan kerja lebih masa di luar kawasan ibu pejabat adalah layak menuntut Bayaran Lebih Masa dan juga elaun bertugas rasmi seperti Elaun Makan, Bayaran Sewa Hotel dan Elaun Perjalanan Kenderaan.

  1. Adakah pegawai yang menjadi peserta kursus / seminar / bengkel yang diadakan di luar waktu bekerja boleh dibayar Bayaran Lebih Masa?

Pegawai yang menjadi peserta kursus / seminar / bengkel tidak layak dibayar Bayaran Lebih Masa atau Cuti Gantian kecuali pegawai yang menjadi urusetia yang mengendalikan kursus / seminar / bengkel tersebut.

  1. Seorang Pekerja Sambilan Harian telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya untuk membuat kerja lebih masa, adakah beliau layak menuntut Elaun Lebih Masa?

Seorang Pekerja Sambilan Harian tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa

7.Adakah pegawai yang diarahkan bertugas lebih masa pada hari-hari kelepasan am / rehat mingguan / rehat sabtu boleh dibayar tuntutan perjalanan dari rumah ke pejabat?

Pegawai layak membuat tuntutan perjalanan jika diarah secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk datang ke Pejabat atau ke mana-mana selepas waktu bekerja / hari rehat mingguan / hari kelepasan am

8.Adakah pegawai yang menghadiri temuduga untuk ke jawatan lain boleh dibayar tuntutan seperti bertugas rasmi? 

Tidak, hanya pegawai yang menghadiri temuduga kenaikan pangkat atau kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) sahaja layak dibayar tuntutan tersebut.

9.Adakah seorang Pemandu yang menggunakan kenderaan sendiri untuk mengambil kenderaan di rumah Pegawai Atasan/ penyelia dan seterusnya memulakan tugasnya dari situ boleh dibayar tuntutan perjalanan?

Tuntutan perjalanan dari rumah ke pejabat atau ke tempat pegawai biasa melapor diri untuk bertugas tidak boleh dibayar kepada pegawai.

  1. Adakah pegawai yang berkhidmat di luar negeri layak menuntut elaun-elaun seperti bertugas rasmi untuk menghadiri peperiksaan PTK?

Menjalankan tugas rasmi kepada pegawai yang dikehendaki atau dibenarkan mengambil Peperiksaan Jabatan (termasuk PTK) di luar kawasan ibu pejabatnya sekiranya peperiksaan tersebut tidak disediakan di negara penempatannya. 

  1. Apakah kelayakan bagi seorang anggota untuk menuntut Elaun harian?

Menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabat bagi tempoh 8 jam tetapi tidak melebihi 24 jam dengan kadar 50% dari Elaun Makan.

  1. Apakah kelayakan bagi seorang anggota untuk menuntut Elaun makan?

Menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabat bagi tempoh 24 jam atau lebih dikira dari waktu bertolak dan kemudahan makanan tidak disediakan.

  1. Adakah seseorang pegawai layak mendapat tuntutan perjalanan bagi menghadiri acara rasmi Kerajaan?

Seseorang pegawai itu layak mendapat tuntutan perjalanan bagi menghadiri acara rasmi Kerajaan seperti berikut:

  1. Majlis merupakan acara rasmi Kerajaan bagi sambutan hari-hari kebesaran yang diisytiharkan sebagai kelepasan am di peringkat Kebangsaan / Negeri sahaja. Cth Sambutan Hari Pekerja, Hari Merdeka, Hari Malaysia dan sebagainya;dan
  2. Mendapat arahan bertulis dari Ketua Jabatan.
  1. Adakah pegawai layak menuntut elaun pertukaran ke luar stesen sekiranya jarak antara pejabat lama dengan pejabat baru adalah 12 km sahaja. Manakala jarak antara rumah lama ke rumah baru adalah 160km?

Tidak layak atas asas seperti berikut:

  1. Stesen membawa taksiran tujuan pertukaran bermakna satu lingkungan kawasan 25km dari pejabat lama ke pejabat baru / rumah lama ke rumah baru. Dalam kes ini pegawai bertukar dalam stesen mengambikira jarak 12 km dari pejabat lama ke pejabat baru, kelayakan hanya Elaun Perjalanan Kenderaan / Tambang Pengangkutan Awam kerana melapor diri ke tempat bertugas baru.
  2. Penuntut boleh dibayar Elaun Perpindahan sekiranya rumah yang baru diduduki (jarak 160km) merupakan rumah Kerajaan / sewa Kerajaan / rumah baru yang dibeli melalui Pinjaman Perumahan.

15.Apakah kemudahan Elaun kerana hadir ke mahkamah / menghadiri Istiadat Pengurniaan?

Seorang pegawai yang disapina oleh mahkamah untuk memberi keterangan bagi pihak Kerajaan atau keterangan pakar atau yang dikurniakan Pingat atau Darjah Kebesaran Persekutuan atau negeri adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran lain seperti bertugas rasmi.

  1. Apakah tuntutan yang boleh dituntut bagi pegawai selepas Lantikan Pertama?
  2. Pegawai Lantikan Pertama kali ke dalam Perkhidmatan Kerajaan layak menuntut tambang perjalanan / pengangkutan awam / kapal terbang dari rumah kediaman ke tempat berkursus dan seterusnya ke tempat dia melapor diri bertugas secara tetap.
  3. Bagi keluarga pegawai hanya layak menuntut tambang perjalanan / pengangkutan awam / kapal terbang dari tempat peginapan ke tempat penempatan tetap pegawai sahaja.
  1. Adakah pegawai yang memohon untuk menduduki Rumah Kerajaan layak dibayar bayaran perpindahan?

Tidak, bayaran perpindahan hanya diberi kepada pegawai yang diarahkan menduduki Rumah Kerajaan. Surat tawaran memasuki Rumah Kerajaan bukanlah merupakan surat arahan untuk berpindah. Oleh itu, pegawai yang memohon untuk menduduki Rumah Kerajaan tidak diperuntukkan bayaran perpindahan.

18.Adakah pesara yang memilih untuk bersara awal layak menuntut bayaran perpindahan selepas bersara?

Pegawai yang bersara atas pilihan sendiri boleh diberi bayaran perpindahan ke mana-mana tempat yang dipilihnya dalam Malaysia.

  1. Adakah layak bagi seorang Pegawai Sambilan yang diarahkan untuk menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya menuntut segala elaun, kemudahan dan bayaran lain seperti pegawai tetap yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabat?

Pegawai Sambilan yang diarahkan untuk menjalankan tugas rasmi di luar stesen adalah layak dan dibenarkan membuat tuntutan elaun dan kemudahan yang sama sepertimana pegawai-pegawai tetap yang setaraf. Kadar tuntutan elaun dan kemudahan yang dibayar hendaklah mengikut kadar yang telah ditetapkan.

  1. Sekiranya seseorang pegawai belum menyelesaikan pendahuluan diri perjalanan, adakah layak untuk membuat permohonan baru?

Pegawai berkaitan perlu menyelesaikan pendahuluan diri perjalanan yang terdahulu sebelum membuat permohonan baru.

  1. Berapakah kadar pendahuluan diri perjalanan bagi pegawai yang bertugas dalam atau luar negeri?

Kadar bagi pendahuluan diri perjalanan boleh dipertimbangkan ialah 100% bagi luar negeri dan 90% di dalam negeri.

  1. Berapa harikah seseorang pegawai yang mengiringi pesakit (keluarga) mendapatkan rawatan luar stesyen dibenarkan menuntut tambang perjalanan?

Tidak melebihi 5 hari.

  1. Apakah kelayakan yang boleh diberi kepada seseorang pegawai yang dirujuk untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar stesen pegawai bertugas?

Pegawai yang dirujuk untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar stesen pegawai bertugas boleh diberi elaun dan kemudahan yang berkelayakan sebagaimana pegawai sedang menjalankan tugas rasmi seperti Elaun Makan, Bayaran Sewa Hotel dan Tambang Pengangkutan Awam.

24.Siapakah yang layak untuk dirujuk bagi mendapatkan kemudahan rawatan di luar stesen?

Pegawai Perkhidmatan Awam dan keluarganya layak untuk dirujuk untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar stesen pegawai bertugas. Keluarga pegawai bermaksud, bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya, dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak terpakai. Istilah anak adalah termasuk anak tiri dan anak angkat yang diambil mengikut undang-undang.

  1. Bolehkah perjalanan pergi dan balik dari tempat penginapan ke tempat berkursus dituntut?

Sekiranya tempat penginapan tidak disediakan atau tiada keperluan untuk penginapan, perjalanan pergi dan balik dari tempat penginapan ke pusat pengajian boleh dituntut sekali sehari tidak melebihi 6 hari.

  1. Apakah kaedah bayaran bagi tuntutan bayaran balik tempat letak kereta dan berapa tuntutan maksimum yang boleh dituntut?

Tuntutan boleh dituntut melalui tuntutan perjalanan bulanan pegawai dan had maksimum tuntutan adalah RM90.00.

  1. Apakah kelayakan tuntutan bagi seseorang pegawai yang menghadiri kursus pendek dalam negeri?
  2. Luar kawasan Ibu Pejabat

i.Tuntutan Pejalanan / Tambang Pengangkutan Awam

  1. EM / EH / BSH (sekiranya tidak disediakan)
  2. Dalam Kawasan Ibu Pejabat
  3. Elaun Sara Hidup RM15.00 sehari sepanjang kursus sekiranya kemudahan makan tidak disediakan oleh Kerajaan / Penganjur dan kursus diadakan di luar kompleks / bangunan tempat biasa pegawai bertugas.
  4. Tuntutan Perjalanan / Tambang Pengangkutan Awam.
  1. Apakah kelayakan tuntutan bagi seseorang pegawai yang menghadiri kursus panjang dalam negeri?
  2. Luar kawasan Ibu Pejabat
  3. Elaun sara hidup RM25.00 sehari sepanjang kursus tertakluk sekiranya pegawai tidak menerima arahan pertukaran dan kemudahan makan dan penginapan tidak disediakan;

Sekiranya salah satu disediakan (makan & penginapan), elaun yang layak adalah 50% dari RM25.00;

  1. Tuntutan perjalanan / Tambang Pengangkutan Awam;

iii. BSH / EL / EM / EH bagi 2 hari iaitu sehari sebelum dan sehari selepas.

 

  1. Dalam kawasan Ibu Pejabat
  2. Elaun Sara Hidup RM15.00 sehari sepanjang kursus sekiranya kemudahan makan tidak disediakan oleh Kerajaan / Penganjur dan kursus diadakan di luar kompleks / bangunan tempat biasa pegawai bertugas;
  3. Tuntutan perjalanan / Tambang Pengangkutan Awam.
  1. Adakah Pekerja Sambilan Harian (PSH) layak menuntut Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri?         

PSH hanya layak menuntut Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri seperti berikut:

  1. Elaun Perjalanan Kenderaan;
  2. Bayaran Sewa Hotel/ Elaun Lojing;

iii. Elaun Harian; dan

  1. Elaun Makan.
  1. Adakah PSH layak dibayar Imbuhan Tetap dan Bantuan Sara Hidup?      

PSH tidak layak dibayar Imbuhan Tetap dan Bantuan Sara Hidup.

  1. Adakah PSH layak menuntut bayaran lain berkaitan dengan Elaun Perjalanan Kenderaan?     

Bayaran lain yang layak dituntut oleh PSH adalah bayaran tol atau sewa parking dengan disokong oleh resit.

           

  1. Adakah pegawai yang berasal dari Sabah boleh dibayar Elaun Gangguan sepenuhnya di Sabah sebelum beliau bertukar ke Semenanjung? 

Sekiranya perlu, Elaun Gangguan boleh dibayar secara pendahuluan sebanyak separuh daripada gaji yang diterima pegawai ketika diarahkan bertukar ke wilayah baru (Semenanjung). Bakinya akan dibayar sejurus pegawai bertukar ke wilayah asal.

  1. Bolehkah Pegawai menuntut Elaun Gangguan di wilayah asalnya (Sabah) setelah kembali dari wilayahnya berkhidmat (Semenanjung)?

Bagi pegawai yang bertukar dari Sabah ke Semenanjung, hanya akan dibayar sebelum ia bertukar semula ke wilayah asalnya (Sabah) dan pembayaran baki bayaran Elaun Gangguan hendaklah dibuat di Semenanjung kecuali dalam keadaan tertentu dimana pembayaran terpaksa dibuat setelah pegawai kembali ke wilayah asalnya.

  1. Adakah pemberhentian Bayaran Insentif Wilayah melibatkan kursus (bercuti belajar jika tergolong dalam takrifan kursus) di luar negeri sahaja yang tempohnya melebihi 3 bulan?

Bagi pegawai yang berkursus lebih dari tiga (3) bulan, sama ada di dalam atau di luar negeri, Bayaran Insentif Wilayah ini akan diberhentikan.

  1. Adakah pegawai yang telah diberi Bayaran Insentif Wilayah juga layak diberi Bayaran Bantuan Sara Hidup?

Pegawai yang dibayar Bayaran Insentif Wilayah tidak layak Bantuan Sara Hidup..

  1. Bilakah tarikh yang sebenar diambilkira bagi Bayaran Insentif Tugas Kewangan dari RM40.00 kepada RM80.00 selepas seseorang pegawai itu lulus peperiksaan?

Seseorang pegawai yang telah lulus peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan, kenaikan kadar bayaran tersebut dari RM40.00 ke RM80.00 adalah diambilkira pada bulan berikutnya selepas keputusan peperiksaan tersebut dikeluarkan.

  1. Adakah pegawai yang sedang cuti bersalin layak menerima Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK)?

Tidak Layak. Seseorang pegawai yang menerima BITK tetapi telah meninggalkan tugasnya selama 28 hari atau lebih secara berturutturut, bayaran tersebut hendaklah dihentikan dalam tempoh berkenaan. Walaubagaimanapun, pengecualian adalah diberikan bagi pegawai yang meninggalkan tugas bagi tempoh tidak melebihi 92 hari berturut-turut termasuk cuti mingguan dan hari kelepasan am dalam keadaan berikut :

  1. Menghadiri kursus yang diarahkan oleh Ketua Jabatan
  2. Menjalankan tugas rasmi atas arahan Ketua Jabatan

iii. Bercuti sakit yang disokong oleh Siji Sakit mengikut Perintah Am Bab C Dalam hal yang dibangkitkan, BITK hendaklah dihentikan kerana Cuti Bersalin bukan dianggap sebagai cuti sakit tetapi Cuti Pemulihan.

  1. Apakah yang dimaksudkan Penanggungan Kerja ?

Penanggungan Kerja bermaksud sebagai pelaksanaan tugas suatu jawatan lain oleh seseorang pegawai disamping tugas hakikinya sendiri bagi suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang berkenaan.

 

  1. Berapakah kadar bagi pengiraan Elaun Penanggungan Kerja?

Kadar Elaun Penggungan Kerja adalah 25% daripada gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja.

Contoh :

Elaun Penanggungan kerja = Gaji permulaan Jawatan Yang Ditanggung Kerja X 25/100

  1. Apakah kriteria yang diambil kira dalam pengiraan Potongan Cukai Berjadual (PCB) selepas pembayaran gaji setiap bulan diproses?

Kriteria yang diambil kira dalam pengiraan Potongan Cukai Berjadual (PCB) adalah kategori status perkahwinan dan jumlah tanggungan sepertimana yang digariskan dalam panduan Akta Hasil yang digazetkan. Sekiranya pegawai ada membuat potongan zakat, pengiraan cukai tersebut akan berkurangan kerana diberi rebat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pengiraan cukai dibuat secara automatik apabila pembayaran gaji dilaksanakan setiap bulan.

  1. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya seseorang pegawai menerima gaji dan elaun yang tidak layak diterima di atas sesuatu sebab seperti tidak hadir bertugas?

Sekiranya seseorang pegawai telah menerima sebarang lebihan bayaran emolumen, beliau perlu pada kadar segera memulangkan balik lebihan bayaran tersebut kepada Jabatan dalam 2 kaedah iaitu secara tunai sekaligus atau bayaran ansuran melalui pendahuluan diri. Bagi permohonan pendahuluan diri hendaklah melalui Ketua Jabatan dan permohonan tersebut dimajukan kepada Pegawai Pengawal untuk kelulusan.

  1. Bagaimana kelayakan bagi pegawai yang telah diberi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal yang telah cuti tanpa gaji. Apakah kedudukan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal yang telah diterimanya?

Bagi pegawai yang menerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal yang telah mengambil cuti tanpa gaji, bayaran tersebut hendaklah dihentikan dalam tempoh berkenaan. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal hendaklah dihentikan kerana tidak layak diterima.

  1. Apabila pegawai bertukar masuk, bilakah bayaran gaji akan dibuat di tempat baru bertugas?

Pembayaran gaji/emolumen bagi pegawai yang bertukar masuk daripada pusat perakuan lain/luar negeri akan dibuat setelah pihak jabatan menerima sijil gaji akhir , buku perkhidmatan daripada tempat bertugas terdahulu dan bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan lengkap.

  1. Berapakah kadar pinjaman boleh diluluskan oleh pihak jabatan? Bagaimana cara pengiraan kadar peratusan potongan pinjaman?

Kadar peratusan pinjaman yang dipohon oleh pegawai adalah maksimun 55% potongan daripada gaji di peringkat kewangan dan had maksimun 57% di peringkat pengurusan.

Contoh :

Kadar % = Jumlah Potongan(Potongan Lama+ Potongan Baru) / Jumlah Pendapatan

*Jumlah Pendapatan dikira setelah ditolak tunggakan.

Aktiviti

Lawatan Kerja Ke Hospital Klang, Selangor

Tarikh : 22 & 23 September 2016

kew1.jpg

kew2.jpg

 

 

Majlis Persaraan Pn. Atikah Binti Salleh

Tarikh : 7  Februari 2017

kew3.jpg

kew4.jpg

Kejohanan Bowling Peringkat Kewangan HSNZ

Tarikh : 11 Mei 2017

kew5.jpg

kew6.jpg

Galeri & Fasiliti

Unit Bayaran & Gaji

 

kew7.jpgkew8.jpg

 

kew9.jpg

 

 

 

 

 

Unit Hasil

 

 

kew10.jpg

 

kew11.jpgkew12.jpg

 

 

 

 

 

Kaunter Hasil

kew13.jpg

kew14.jpg

Kaunter ACC

kew15.jpg

kew16.jpg

Kaunter PRIBA

kew17.jpg

kew18.jpg

 Updated : 31st May 2017

Save

Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

4.png3.png9.png6.png8.png0.png5.png
Hari Ini :832
Bulan Ini :27209