FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Sabtu, 21 Disember 2024
 

JABATAN DERMATOLOGI

       PENGENALAN

                     Jabatan Dermatologi merupakan jabatan yang memberi perkhidmatan  

                     kepada pesakit yang bermasalah dengan penyakit kulit. Ianya terletak  

                     di tingkat satu bangunan DCC, mempunyai sembilan kakitangan yang  

                     bertugas dan seorang Pakar Dermatologi lawatan.

 

 

 OBJEKTIF

 

                     Memastikan pesakit mendapat perkhidmatan dan rawatan  kulit yang

                     berkualiti dari semua aspek.

 

       PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

 

1.     Perkhidmatan Jabatan Dermatologi terdiri daripada pesakit dalam dan 

pesakit luar. Pelanggan pesakit luar merupakan kes -kes yang dirujuk dari Klinik-Klinik Pakar, Klinik Pesakit Luar, Hospital- Hospital Daerah, Klinik Kesihatan dan Klinik Swasta. Pesakit dalam meliputi kes-kes yang dimasukkan ke wad melalui Jabatan Kecemasan dan kes -kes yang dirujuk dari wad-wad.

 

2.   Skop perkhidmatan di Jabatan Dermatologi meliputi:

 

·         Aktiviti Diagnosa

                     Meliputi pemeriksaan klinikal dan pemeriksaan makmal.

 

·         Aktiviti Perawatan

                     Meliputi semua perawatan melibatkan penyakit berkaitan kulit.

                       Antara Procedur yang dijalankan ialah:

                             

i.   Electrocautery.

                              ii.  Intra Lesional Kenacort.

                              iii. Cryotherapy.

                              iv. Skin Biopsy.

                              v.  Slit Skin Smear For Leprosi.

                           vi. Comedone Extraction.

 

     

 

        JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK

 

 

HARI

 

PAGI

(8.00 pagi-1.00 tengahari)

 

PETANG

(2.00 petang-5.00petang)

 

 

Ahad

 

Klinik Am

(Kes Baru dan Ulangan)

 

Cryotherapy (2kali/bulan)

Wad Round

 

 

Isnin

 

Klinik Am

(Kes Baru dan Ulangan)

 

 

Klinik Am

(Kes Baru dan Ulangan)

 

 

Selasa

 

Kilinik Kes-kes Baru

 

CME Klinik

 

 

Rabu

 

Klinik Kusta/STI

 

Klinik Am

(Kes Baru dan Ulangan)

 

 

Khamis

 

Procedures

 

Ward Round

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                    Masa Perkhidmatan:

 

Ø  Ahad hingga Rabu :  8.00 Pagi  - 5.00 Petang.

Ø  Khamis                    : 8.00 Pagi  - 3.30 Petang.

Ø  Jumaat, Sabtu

dan Cuti Umum       : TUTUP

 

 

 

 

 

 

 

 

       FAQ 

 

Soalan:          Saya ada masalah kulit kronik tapi tidak serius. Perlukah saya

                       mendapatkan rawatan?

 

Jawapan:       Encik perlu berjumpa Doktor di Klinik Kesihatan ataupun Jabatan

                       Pesakit Luar (OPD) untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya perlu             

                       barulah encik akan dirujuk kepada kami.

 

            Soalan:          Saya mempunyai masalah kecantikan (contoh: tanda  

                                 lahir/parut/tahi lalat) dan ingin membuang atau membetulkan

                                 keadaan tersebut. Bolehkah saya berjumpa Doktor Pakar Kulit

                                 untuk tujuan tersebut?

 

            Jawapan:       Untuk pengetahuan, Klinik Pakar Kulit merupakan sebuah klinik  

                                 yang mana tujuan utama kami adalah untuk merawat penyakit

                                 penyakit kulit sebenar. Kami bukanlah sebuah “ cosmetic centre”

                                 atau “beautician”. Namun kami boleh merujuk anda ke Klinik

                                 Pembedahan Plastik sekiranya perlu.

 

            Soalan:          Saya mengalami masalah Psoriasis yang agak teruk dimana

                                 hampir seluruh badan mempunyai Plak Psoriasis. Selain ubat

                                 makan, bolehkah saya mendapat rawatan Fototerapi PUVA atau

                                 Biologic?

 

            Jawapan:       Dukacita dimaklumkan bahawa kami masih belum mempunyai

                                 perkhidmatan Fototerapi PUVA. Namun kami sedang berusaha

                                 untuk menyediakan rawatan suntikan Biologic.

 

            Soalan:          Selain ubat ubatan, apakah rawatan lain atau prosedur yang

                                 disediakan di Klinik Pakar Kulit?

 

            Jawapan:       Untuk pengetahuan, kami ada menyediakan rawatan suntikan

                                 ‘Triamcinolon’, rawatan ‘Electrocauntery’,  ‘Cryotherapy’ dan ‘Skin

                                  Biopsy’.

 

 

            Soalan:          Ibu saya dijadualkan procedur ‘Skin Biopsy’ pada minggu hadapan,

                                 perlukah beliau dimasukkan ke wad?

 

            Jawapan:       Untuk prosedur ‘Skin Biopsy’ ataupun prosedur yang lain,

                                 semuanya dilakukan di klinik dan dibenarkan pulang sejurus

                                 selepas procedur. Kebiasaannya perincian akan diberitahu kepada

                                 pesakit sebelum mendapatkan keizinan (consent).

 

            Soalan:          Saya mempunyai alergi kulit. Bolehkah saya menjalankan ujian

                                 darah untuk mengetahui punca alergi?

 

            Jawapan:       Buat masa ini, dukacitadimaklumkan bahawa kami tidak

                                  menyediakan ujian darah atau ‘Patch Test’ untuk mengesan  

                                  punca alergi (allergen). Namun sekiranya perlu kami akan merujuk

                                  anda ke Hospital Pakar Kulit berdekatan yang menyediakan

                                  perkhidmatan tersebut.

 

Soalan:           Saya sudah penat berubat di Klinik Pakar Kulit kerana penyakit

                       saya tetapi tidakpun sembuh, tetapi hanya bertahan. Bolehkah

                       saya mendapat rawatan alternatif / tradisional?

 

            Jawapan:       Penyakit merupakan ujian dari Tuhan untuk hambanya dan setiap

                                  penyakit ada penyembuhnya (Cuma mungkin sains belum

                                  menemuinya). Kita diwajibkan berusaha untuk mengubati setiap

                                  penyakit demi kualiti hidup yang lebih baik.

 

           

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

           

       

    

       AKTIVITI JABATAN

 

         Beberapa aktiviti dijalankan oleh Jabatan Dermatologi antaranya:

 

1.    Aktiviti LaKAR - Aktiviti ini dijalankan bersama Pejabat Kesihatan Daerah

diseluruh Negeri Terengganu. Bertujuan untuk mengesan mereka yang mempunyai masalah penyakit berjangkit seperti penyakit Leprosi / Kusta.

 

2.    Home Visit – Melakukan program ‘HOME VISIT’ kerumah pesakit yang

tercicir rawatan. Tujuan untuk menyambung rawatan dan memberi kaunseling kepada pesakit tersebut.

Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

4.png3.png9.png6.png7.png2.png9.png
Hari Ini :756
Bulan Ini :27133