FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Selasa, 19 Mac 2024
 

UNIT KESIHATAN PEKERJA

UNIT KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH KUALA TERENGGANU

 

PENGENALAN

Unit Kesihatan Pekerjaan adalah salah satu unit dibawah direktorat sokongan klinikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Lokasi kedudukan di Tingkat Bawah Kompleks Rawatan Harian, HSNZ. Diterajui oleh Timbalan Pengarah Perubatan IV dengan kerjasama Pegawai Pengurusan & Profesional Gred UD 44/52/54 dan Pegawai Pelaksana Gred U 36/32/29/12.

 

VISI

Memberikan perkhidmatan terbaik kepada kakitangan HSNZ.

 

MISI

Untuk mewujudkan kakitangan hospital yang memahami kepentingan keselamatan dan kesihatan tempat kerja bagi membantu mewujudkan kakitangan yang sihat, produktif serta mampu menyumbang kepada peningkatan mutu perkhidmatan kesihatan keseluruhan bagi Negeri Terengganu Darul Iman.

 

OBJEKTIF UMUM PERKHIDMATAN

a. Mempromosikan dan mengekalkan keadaan fizikal, mental dan sosial ke tahap tertinggi serta memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja HSNZ adalah terjamin.

b. Mempromosikan dan mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat dan tidak berisiko melalui proses pemantauan yang dilakukan dari semasa ke semasa.

 

OBJEKTIF KHUSUS PERKHIDMATAN

1. Menjalankan program promosi kesihatan yang khusus mengikut keperluan persekitaran kerja bagi meningkatkan tahap kesihatan pekerja.

2. Menjalankan saringan kesihatan termasuk saringan kesihatan mental dan saringan tibi secara berkala kepada semua anggota.

3. Mengenalpasti penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan dan memastikan kesemua kes-kes kecederaan, penyakit pekerjaan dan keracunan di tempat kerja dibuat notifikasi seperti tertakluk di dalam Seksyen 32 Bahagian VIII Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

4. Memastikan semua kes-kes keganasan terhadap anggota kesihatan di hospital dibuat notifikasi.

5. Mengenalpasti punca bahaya dan mencadangkan langkah-langkah yang boleh dikekalkan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan setiap anggota yang bertugas di hospital.

6. Memastikan anggota hospital yang berisiko dan baru dilantik menjalani ujian Hepatitis B dan suntikan vaksin tertentu apabila perlu.

7. Memastikan semua anggota diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan mengenai tugasan yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan diri.

 


OBJEKTIF KUALITI PERKHIDMATAN

1. Memastikan semua kes-kes kecedaran akibat tusukan alatan tajam dibuat penyiasatan dalam masa 1 minggu.

Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

3.png9.png7.png8.png0.png1.png6.png
Hari Ini :1104
Bulan Ini :27981