FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Selasa, 19 Mac 2024
 

Jabatan Rekod Perubatan

JABATAN REKOD PERUBATAN

 

Pengenalan

Jabatan Rekod Perubatan merupakan salah sebuah jabatan di bawah direktorat Perkhidmatan Sokongan Bukan Klinikal hospital. Jabatan ini terletak di Aras bawah, Kompleks Rawatan Harian HSNZ, iaitu bersebelahan Klinik Pakar Pembedahan dan Otopedik. Jabatan Rekod Perubatan dinaungi oleh Pengarah Hospital, diikuti dengan Timbalan Pengarah (Perubatan) dan diketuai oleh Pegawai Rekod Perubatan.

Jabatan Rekod Perubatan bertanggungjawab dalam mentadbir urus rekod perubatan pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital ini.. Selain itu, jabatan ini juga berperanan dalam mengumpul, menganalisa dan seterusnya menjana statistik berkaitan penjagaan dan perawatan pesakit di hospital. Dari aspek perundangan pula, jabatan ini bertangunggjawab dalam mempastikan kerahsiaan maklumat rawatan pesakit dijaga dan dilindungi secara maksima. Maklumat pesakit hanya boleh dikeluarkan melalui permohonan Laporan Perubatan/Post-Mortem setelah semua syarat dan peraturan dipatuhi.

Visi
Jabatan Rekod Perubatan sebagai Pusat Mengurus Maklumat Pesakit Yang Berkualiti.

Misi
Jabatan Rekod HSNZ memberi perkhidmatan membekalkan maklumat pesakit dengan cara yang berinovatif dan menggunakan teknologi bersesuaian melalui profesionalisme, kerja berpasukan dalam suasana kerja yang kondusif dengan mengambil kira kebudayaan dan keperluan setempat.


Objektif Kualiti
Sekurang-kurangnya 85% Rekod Perubatan Pesakit Fizikal didaftarkan

ke dalam sistem HIS dalam masa 3 hari bekerja selepas tarikh penerimaan 

 

Fungsi
Jabatan Rekod Perubatan bertanggungjawab dalam menyimpan dan mengurus semua rekod pesakit dalam dan pesakit luar yang mendapat rawatan di hospital ini. Selain itu, Jabatan ini bertanggungjawab dalam proses pengeluaran data statistik Hospital dan pengurusan Laporan Perubatan pesakit serta menguruskan data-data Sistem Casemix.

Piagam Pelanggan
Laporan Perubatan akan disiapkan dalam tempoh 4 minggu (28 hari bekerja) dari tarikh permohonan lengkap diterima.

 

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN


Perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Rekod Perubatan adalah :

  1. Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit
  • Menyelaras Digital Record / Electronic Medical Record (EMR) pesakit melalui

Hospital Information System (HIS).

  • Penerimaan Rekod Perubatan pesakit daripada wad dan klinik (Manual Rekod )
  • Penyelenggaraan Rekod Perubatan pesakit (pendaftaran dalam sistem, pelabelan kod warna dan penyimpanan ke ruangan simpanan)
  • Pelupusan Rekod Perubatan
  • Menguruskan permohonan rekod pesakit bagi tujuan kajian dan siasatan.
  1. Pengurusan berkaitan Laporan Perubatan dan Lembaga Perubatan
  • Memproses permohonan Laporan perubatan daripada pesakit, Polis, Peguam, Insurans, Majikan dan sebagainya.
  • Mengurus penubuhan Jemaah Doktor PERKESO, KWSP.dan Lembaga Perubatan Jabatan Kerajaan (Akta Pencen dan Ex-Gratia)
  1. Pengurusan Statistik Hospital
  • Penyediaan kod diagnosis bagi pesakit dalam berdasarkan ICD-10 dan prosedur berdasarkan ICD9-CM
  • Penyediaan Statistik Pesakit Dalam, Pesakit Luar, Klinik Pakar, Rawatan Harian dan sokongan klinikal.
  • Pengeluaran Statistik bagi Laporan Tahunan
  1. Pengurusan berkaitan Kes Perundangan (Medico-Legal)
  • Mengurus dan menyelia rekod-rekod berkaitan perundangan seperti rekod bedah siasat dan rekod-rekod Pusat Khidmat Krisis Setempat (OSCC).
  • Menyediakan dokumen berkaitan untuk Pegawai Perubatan hadir ke mahkamah.
  • Menyediakan salinan rekod perubatan kes potensi Medico-Legal dan Medico Legal untuk panel siasatan dalaman dan bebas.
  • Menyediakan salinan rekod perubatan pesakit kepada Jabatan Peguam Negara
  1. Pengurusan data-data Sistem Casemix
    Menguruskan kemasukan data-data klinikal pesakit yang discaj
    • Menyemak ketepatan koding ICD10 untuk diagnosis dan ICD 9-CM untuk prosedur.
    • Menjana ‘Diagnostic Related Group (DRG)’ setiap kes dan menyempurnakan

status ‘closed’ setiap kes.
• Melakukan audit kesempurnaan dokumentasi (diagnosis) dan ketepatan koding.
• Menyediakan data kewangan dan laporan tahunan Casemix.

WAKTU OPERASI
Ahad - Rabu    :           8.00 pagi – 1.00 tengahari

                                  2.00 petang - 5.00 petang


Khamis            :          8.00 pagi – 1.00 tengahari

                                  2.00 petang – 3.30 petang

Tutup               :           Jumaat - Sabtu dan Cuti Umum

 

Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

3.png9.png7.png7.png9.png2.png0.png
Hari Ini :1008
Bulan Ini :27885