FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Selasa, 19 Mac 2024
 

Jabatan Pergigian Pediatrik

PENGENALAN

Jabatan Pergigian Pediatrik adalah sebuah jabatan di bawah naungan Direktorat Pembedahan. Merupakan pusat rujukan bagi kes-kes trauma pergigian serta kes-kes lesi oro-fasial bagi kanak-kanak berumur 0 hingga 16 tahun. Secara amnya, terbahagi kepada Perkhidmatan Pesakit Dalam, meliputi rawatan kepada pesakit di wad-wad dan Perkhidmatan Pesakit Luar. Klinik ini terletak di sayap kiri Aras bawah, Kompleks Rawatan Harian bersebelahan dengan unit Pengimejan Dan Diagnostik dan Farmasi Utama. Jabatan Pergigian Pediatrik diketuai oleh Dr Yushaini binti Ahmad.

Klinik Pakar Pergigian Pediatrik mula ditubuhkan pada tahun 2010, sebumbung bersama-sama Jabatan Bedah Mulut. Menempatkan 2 buah kerusi pergigian dan satu unit mesin X-ray. Waktu operasi klinik ini bermula dari pukul 7.30 pagi dan ditutup pada pukul 5.00 petang setiap hari kecuali pada hari Khamis ditutup pada pukul 3.30 petang. Klinik ini perperanan memberi rawatan kepakaran dalam kes-kes kecederaan mulut dan muka, perubatan mulut, kanser mulut dan membekalkan prostesis untuk kes-kes maksilofasial dan rawatan pergigian komprehensif untuk kanak-kanak keperluan khas.

VISI JABATAN

Jabatan Pergigian Pediatrik mampu memberi persekitaran pergigian yang berkualiti dengan mengutamakan teknologi yang bersesuaian dan terkini di dalam persekitaran kerja yang selamat.

MISI JABATAN

Untuk memberi perkhidmatan pergigian yang cemerlang kepada semua pelanggan dengan mengamalkan sikap penyayang, kerja berpasukan dan profesionalima sebagai budaya kerja

OBJEKTIF

     1. Objektif umum

Memberi perkhidmatan kepakaran pergigian kepada semua pelanggan secara professional bagi membolehkannya menjalani kehidupan yang sihat, sejahtera dan harmoni.

  1. Objektif khusus

ü  95% pesakit yang datang akan didaftarkan dalam masa 15 minit.

ü  85% pesakit akan diperiksa oleh Peagawai Pergigian dalam masa 30 minit.

ü  Tidak kurang dari pesakit berpuas hati dengan rawatan yang diberikan.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan di Jabatan Pergigian Pediatrik di bahagi kepada :

1)      Perkhidmatan Pesakit Dalam

Menerima rujukan daripada disiplin-disiplin lain di Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi kes-kes trauma oro-fasial dan perubatan serta patologi mulut. Pesakit dalam adalah pesakit yang dimasukkan ke hospital melalui Jabatan Kecemasan, Klinik Pakar Pergigian Pediatrik atau dari mana-mana Klinik Pakar. Rondaan wad dilakukan pada setiap hari (bergantung kepada kes) bermula jam 8.00 pagi. Rondaan wad pada hari minggu atau pada hari cuti am dilakukan oleh Pegawai Pergigian yang bertugas atas panggilan (on call). Pegawai Pergigian di klinik ini bertanggungjawab ke atas kes-kes kecemasan yang dirujuk semasa waktu pejabat sahaja, manakala Pegawai Pergigian yang bertugas atas panggilan akan dihubungi sekiranya kes kecemasan diterima selepas waktu pejabat.

2)      Perkhidmatan Pesakit Luar

Rawatan Pesakit Luar seperti konsultasi, rawatan kepakaran pergigian di bawah ubat sedasi oral atau anesthesia setempat serta rawatan patologi mulut. Semua kes baru yang dilihat di Klinik Pakar dikehendaki mempunyai surat rujukan. Klinik ini menerima kes-kes rujukan dari jabatan-jabatan lain di hospital, Klinik Pergigian Kerajaan, Klinik Kesihatan Kerajaan, Hospital-hospital Daerah Dan Rujukan dari Klinik Swasta. Rawatan / konsultasi serta perbincangan multi-displin bidang kepakaran pergigian yang terdiri daripada orthodontik, restoratif, bedah mulut, periodontik dan pergigian pediatrik yang diadakan pada hari Selasa petang minggu kedua setiap bulan.

3)      Perkhidmatan Pesakit Untuk Pembedahan

Pesakit akan menjalani pemeriksaan pra-pembedahan beberapa hari sebelum pembedahan. Antara perkara-perkara yang harus dilakukan semasa pemeriksaan pra-pembedahan adalah pengambilan sejarah dan pemeriksaan, keizinan pembedahan, pengambilan specimen darah, filem radiografi, surat arahan masuk wad dan rujukan ke klinik Anestesia untuk dinilai tahap kesihatan pesakit oleh Pakar Anestesia.

JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK

HARI

PAGI

PETANG

AHAD

TEMUJANJI / RUJUKAN

TEMUJANJI / RUJUKAN

ISNIN

TEMUJANJI / RUJUKAN

TEMUJANJI / COMBINE CLEFT

SELASA

HARI PEMBEDAHAN / TEMUJANJI

CDE / COMBINE CLINIC

RABU

HARI PEMBEDAHAN / TEMUJANJI

TEMUJANJI

KHAMIS

PERUNDINGAN PAKAR / RUJUKAN

TAKLIMAT / PERBINCANGAN

 

FAQ

  1. Kesihatan Pergigian Kanak-kanak

Adakah gigi susu penting seperti gigi kekal?

Ya, kerana:
• Kanak-kanak perlu gigi yang sihat dan kuat untuk mengunyah makanan mereka dengan mudah, untuk bercakap dengan jelas, dan untuk penampilan yang baik kepada diri sendiri dan rakan-rakan mereka.
• Gigi susu  juga membantu mengekalkan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal, dan apabila gigi kekal hilang awal, ia  boleh menimbulkan komplikasi ortodontik pada masa hadapan.
• kesihatan anak anda boleh terjejas jika gigi susu yang berpenyakit dan rosak tidak dirawat pada peringkat awal.

Adakah saya perlu untuk membersihkan mulut bayi saya walaupun masih belum ada gigi lagi?

Mula membersihkan mulut bayi anda beberapa hari pertama selepas lahir. Selepas menyusu, lap gusi bayi dengan tuala kecil yang bersih dan  lembap untuk menanggalkan plak.

Adakah bayi boleh mendapat gigi berlubang?

Kerosakan gigi boleh berlaku sebaik sahaja gigi tumbuh di dalam mulut.  Satu keadaan kerosakan gigi yang serius di kalangan kanak-kanak kecil adalah "karies botol susu" yang berlaku apabila bayi itu dibiarkan menyusu secara berterusan dari botol susu, formula, air gula, atau jus buah-buahan semasa tidur atau pada waktu malam.

Adakah tumbuh gigi menyakitkan?

Semasa gigi tumbuh, biasanya antara umur empat bulan dan 2 ½ tahun, bayi sering mengalami sakit dan pedih pada gigi . Kesakitan biasanya boleh diredakan dengan menggosok perlahan-lahan gusi bayi menggunakan jari yang bersih, sesuatu yang sejuk, sudu teh atau tuala yang basah. Gegelang bagi tujuan gigitan yang bersih untuk bayi mengunyah juga boleh membantu.

Bilakah sepatutnya saya membawa anak saya berjumpa doktor gigi?

Masa yang ideal, bagi lawatan pergigian pertama anak anda sepatutnya dilakukan sebelum ulang tahun pertama atau kedua. Selain untuk memeriksa kerosakan gigi dan masalah-masalah lain, doktor gigi akan mengajar anda teknik yang betul untuk membersihkan gigi anak anda serta menilai sekiranya ada tabiat negatif seperti menghisap ibu jari. Anda juga dapat membina tabiat penjagaan gigi yang baik sepanjang hayat.

Bilakah tabiat menghisap ibu jari perlu dihentikan?

Kanak-kanak sepatutnya berhenti menghisap ibu jari semasa gigi kekal sedang tumbuh. Biasanya, kanak-kanak berhenti ketika berumur di antara dua dan empat tahun. Menghisap ibu jari sehingga berumur enam boleh menyebabkan  keadaan gigi tidak teratur. Tekanan dari rakan sebaya menyebabkan ramai  kanak – kanak  yang telah  bersekolah memberhentikan tabiat tersebut.

Bagaimana saya boleh memastikan kebersihan mulut yang baik untuk anak saya?

Sebagai ibu bapa, anda perlu:
• Mewujudkan rutin pembersihan mulut yang baik di peringkat awal usia.
• Menyelia pemberusan gigi kanak-kanak sehingga berumur enam tahun.
• Gunakan ubat gigi bersaiz kacang hijau untuk mengelak anak anda menelan secara berlebihan.
•Bagi membantu anak anda memberus gigi, berdiri di belakang mereka dan condongkan kepala ke atas supaya semua permukaan gigi boleh diberus menggunakan kaedah gosokan yang lembut.

  1. Kesihatan Mulut Bagi Orang Dengan Keperluan Khas

    Adakah anak istimewa saya lebih terdedah kepada kepada masalah gigi?
    Ya, kanak-kanak istimewa selalunya dikaitkan dengan –
    •    Tahap plak gigi dan tahap kebersihan mulut yang kurang memuaskan
    •    Kadar penyakit gusi dan kehilangan gigi yang lebih tinggi
    •    Mempunyai lebih gigi berlubang yang tidak dirawat

    Apakah masalah unik yang timbul yang menghalang kumpulan ini daripada mempertingkatkan kesihatan mulut?
  •  Dalam sesebuah keluarga yang terlibat dengan masalah kurang upaya, kesihatan mulut mungkin kurang diberikan keutamaan.
    •    Rawatan gigi mungkin terhad disebakan oleh sikap diri dan kesukaran untuk pergi ke klinik gigi.
    •    Rawatan mungkin menjadi lebih sukar dijalankan kerana  rasa takut dan resah, kurang kefahaman, tidak mampu untuk member kerjasama atau tingkah laku kanak-kanak istimewa tersebut yang sukar ditangani.
    •    Pergerakan secara tidak terkawal menghadkan rawatan gigi yang boleh diberikan.
    •    Kesukaran komunikasi merumitkan situasi.
    Sebagai seorang penjaga, bagaimana caranya saya boleh meningkatkan tahap kesihatan mulut kanak-kanak dengan keperluan khas?
    Sebagai seorang penjaga, anda hendaklah-
    •    Mengamalkan kaedah pencegahan yang mudah seperti memberus gigi termasuk menggunakan berus gigi yang telah diubahusuai, teknik yang efektif,  posisi yang sesuai dsb.
    •    Menjalankan pemeriksaan gigi yang mudah menggunakan lampu suluh untuk mengesan sebarang masalah mulut.
    •    Mengamalkan kawalan pemakanan yang tertentu khususnya dari segi pengambilan gula kanak-kanak tersebut.

    Di mana saya boleh mendapatkan maklumat dan latihan untuk mempertingkatkan kesihatan mulut anak saya?
    Sila bertanya lanjut pada doktor gigi anda atau anggota pergigian di mana-mana klinik pergigian kerajaan.
  1.  Kesihatan Pergigian bagi Pesakit dengan Keperluan Khas

    Pemberusan gigi

Mengapa memberus gigi itu penting?
•    Plak gigi hanya dapat dikeluarkan dengan memberus dan memflos gigi.
•    Sekiranya plak gigi tidak dikeluarkan secara berkala, ia akan berkumpul dan membentuk karang gigi.
•    Memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi yang berfluorida juga dapat menguatkan gigi dan mengurangkan kerosakan gigi.  

Berapa kerap saya perlu memberus gigi?
•    Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, sebaik-baiknya pagi dan sebelum tidur malam atau selepas makan yang terakhir.
•    Bersihkan celah-celah gigi sekali sehari dengan menggunakan flos atau alat pencungkil celah gigi yang disyorkan oleh doktor gigi (pencungkil kayu, berus celah gigi dsb).

Apakah cara memberus gigi yang paling berkesan?
•    Tiada satu  cara pun yang jelas lebih baik dari yang lain. Apa yang penting adalah memastikan setiap permukaan gigi diberus berulang-kali.
•    Pastikan teknik pemberusan tersebut bersesuai dengan anda dan dapat membersihkan gigi anda secara menyeluruh dan selesa.
•    Jangan lupa memberus lidah anda untuk mengeluarkan bakteria dan menyegarkan nafas mulut. 

Bagaimana memilih berus gigi yang betul?
•    Pilih berus gigi yang saiznya bersesuaian dengan mulut anda. Berus gigi yang kepalanya kecil adalah lebih baik kerana ia dapat capai ke kawasan yang sukar dibersihkan berhampiran belakang mulut dan antara lidah dengan gigi molar bawah.
•    Berus gigi perlu mempunyai pegangan yang teguh dan selesa.
•    Bulu berus  perlulah berbentuk bulat di hujungnya dan bertekstur lembut hingga sederhana.


Berapa kerap saya perlu menukar berus gigi?
Selepas tiga bulan digunakan, berus gigi akan mula menjadi haus dan tidak dapat memberus secara efisen lagi. Umumnya, berus gigi perlu ditukar baru apabila bulu berusnya mengembang atau terkepak keluar.

Memflos Gigi
Bagaimanakah saya memflos gigi saya?
•    Putuskan flos dan lilitkan sebahagian besar flos pada jari tengah kiri dan kanan. Pegang erat flos antara jari ibu dan jari telunjuk dengan meninggalkan benang floss antara 2 jari tersebut.
•    Gerakkan Flos secara perlahan-lahan antara dua gigi. Jangan sentap /tarik flos pada gusi. 
•    Sebaik saja flos sampai ke garis gusi, lengkungkan flos itu pada gigi sebelah untuk menjadi bentuk C.  Perlahan-lahan luncurkan floss di ruang antara gusi dengan gigi. Pegang flos rapat-rapat pada gigi. Gesek tepi gigi semasa menggerakkan flos keluar dari gusi dengan gerakan ke depan dan ke belakang. 
•    Ulangi untuk semua gigi.

Makanan dan Makan Secara Sihat

Apakah jenis makanan yang terbaik untuk kesihatan gigi dan gusi?
Pastikan pengambilan makanan yang seimbang dan pelbagai jenis setiap hari mengikut panduan Piramid Makanan. Ini termasuk:
•    Makan pelbagai jenis makanan dari setiap aras Panduan Piramid Makanan.
•    Hadkan pengambilan makanan yang banyak  lemak .
•    Hadkan jumlah pengambilan  gula kurang kepada 10 hingga 12 sudu teh setiap orang sehari.
•    Elakkan minuman berbuih (fizzy drink) atau berkarbonat.
Pilihlah kebanyakan makanan dari sumber tanaman:
•    Makan lima atau lebih sajian sayur-sayuran setiap hari
•    Makan makanan lain dari sumber tanaman seperti roti, bijirin, produk  bijirin, nasi, pasta atau kekacang beberapa kali sehari.

Apa itu sealan fisur?
•    Sealan fisur adalah bahan plastik khas yang digunakan oleh doktor gigi untuk melindung celah-celah dan fisur pada permukaan kunyahan gigi belakang daripada dimasuki bakteria dan makanan di dalam mulut. 
Biasanya rawatan dijalankan pada kanak-kanak melibatkan gigi geraham
•    kekal yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi. Sealan fisur  bersama-sama pemberusan gigi yang betul  serta mengawal makanan yang diambil membantu mencegah kerosakan gigi yang bermula dari dalam fisur gigi.
•    Penyapuan sealan fisur adalah mudah dan tidak menyakitkan. Gigi tidak perlu dipotong. Gigi dibersihkan, dirawat, dikeringkan dan disapu dengan sealan. Apabila sealan mengeras, ia akan membentuk satu lapisan pelindung pada permukaan gigi. 

Fluorida
Apa itu penyapuan fluorida topikal?

Bahan yang mengandungi fluorida dalam bentuk cecair atau gel disapu secara sistematik pada permukaan gigi untuk menguatkan gigi yang berisiko tinggi kepada kerosakan gigi.
Ia mungkin boleh dilakukan semasa temujanji rawatan gigi pencegahan.

Bagaimanakah fluorida mencegah kerosakan gigi?

-Fluorida mengurangkan enamel gigi daripada larut oleh asid.
- Ia mengurangkan penghasilan asid oleh bakteria dari plak gigi.
- Fluorida juga menggalakkan pembaikan enamel gigi di permukaan yang telah dilarutkan oleh asid.

Apakah sumber-sumber lain fluorida untuk kita?

Pemfluoridaan Air
Pemfluoridaan air melibatkan penyelarasan paras fluorida semulajadi dalam bekalan air komuniti ke paras yang optima untuk kesihatan pergigian.
Semenjak tahun 1972, Kerajaan Malaysia telah meluluskan pemfluoridaan bekalan air awam sebagai satu program utama pencegahan karies gigi. 
Sekitar 75.5% populasi Malaysia telah mendapat manafaat melalui kaedah kesihatan awam ini.
Pemfluoridaan bekalan air komuniti adalah kaedah yang paling selamat dan kos efektif mengurangkan kerosakan gigi.
Penyertaaan aktif dari individu atau komuniti tidak diperlukan – hanya menggunakan air paip untuk diminum dan dimasak.
Fluorida disampaikan kepada setiap orang di dalam komuniti yang menggunakan bekalan air awam, termasuk individu yang amat memerlukannya. Ia memberi manafaat kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
Ia membekalkan fluorida dalam mulut pada kepekatan yang rendah dan secara berterusan. Ini adalah penting untuk mencegah dan mengawal karies gigi.

 Apakah rawatan yang diberikan semasa pemeriksaan ini? 
•    Pemeriksaan gigi rutin
•    Penyapuan sealan fisur sekiranya perlu
•    Panyapuan fluorida topical sekiranya perlu
•    Arahan penjagaan kebersihan mulut dan khidmat nasihat

 

AKTIVITI JABATAN (AKTIVITI SEMASA)

- Lawatan ke Klinik Pediatrik sebulan sekali bagi menjalankan pemeriksaan pergigian, ceramah kesihatan pergigian dan sapuan florida

- Lawatan ke Taman Sinar Harapan 2bulan sekali bagi menjalankan pemeriksaan pergigian dan sapuan florida

- Lawatan Pakar Pergigian ke daerah-daerah di negeri Terengganu

- Program Outreach bersama Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial

- Program kemasyarakatan bersama PGMES untuk menjalankan pemeriksaan pergigian

- Hari Terbuka HSNZ

- Program Pink Run anjuran badan NGO

- Program di Pusat Dalam Komuniti anjuran Kesihatan Pergigian Primer

 

GALERI (GAMBAR FASILITI DAN AKTIVITI JABATAN)

Program Kemasyarakatan bersama PGMES di Pulau Redang

 

 

Hari Terbuka HSNZ

Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

3.png9.png7.png7.png5.png2.png4.png
Hari Ini :612
Bulan Ini :27489