FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Selasa, 19 Mac 2024
 

Jabatan Otorinolaringologi

 

PENGENALAN

Jabatan Otorinolaringologi HSNZ Kuala Terengganu adalah salah satu jabatan yang beroperasi di bawah direktorat perkhidmatan pembedahan. Operasi Klinik Pakar Otorinolaringologi terletak di Aras 1, Kompleks Rawatan Harian (ACC). Sepanjang tahun 2011, jabatan ini telah beroperasi dengan diketuai oleh Ketua Jabatan dan dibantu oleh 3 Pakar Bedah ORL, 5 Pegawai Perubatan (2 daripadanya terdiri calon Sarjana Perubatan Otorinolaringologi), 3 orang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) dan 2 orang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan).

Kakitangan sokongan lain terdiri daripada seorang Pen. Peg Perubatan kanan (U32), dua Pen. Peg. Perubatan U29, Empat Jururawat U29, seorang Pembantu Tadbir dan tiga Pembantu Perawatan Kesihatan U3.

 

VISI/MISI/OBJEKTIF

 

Visi Jabatan ORL.

Jabatan Otorinolaringologi sebagai Jabatan yang memberi perkhidmatan kepakaran yang cemerlang, selamat dan penyayang berteraskan persekitaran kerja mesra dan budaya yang menepati prinsip-prinsip kualiti.

 

Misi Jabatan ORL.

Jabatan Otorinolaringologi menyediakan perkhidmatan kepakaran yang mesra pelanggan, cemerlang dan inovatif dengan menggunakan teknologi terkini yang berteraskan kerja berpasukan dan profesionalisme kepada semua pesakit di kawasan Pantai Timur terutamanya di Negeri Terengganu, dalam persekitaran kerja yang kondusif bersesuaian dengan kebudayaan dan keperluan masyarakat setempat, sejajar dengan polisi kesihatan kebangsaan.

 

Objektif Jabatan ORL.

1.       Mengesan penyakit dengan cepat dan tepat terutamanya kes-kes kanser di bahagian kepala dan leher.

2.       Melakukan penyaringan seawal mungkin kepada bayi-bayi dan kanak-kanak yang berisiko tinggi mendapat masalah pendengaran dan memberi intervensi seawall mungkin bagi kes-kes yang dikenalpasti mengalami masalah pendengaran.

3.       Memberikan perkhidmatan perubatan, perawatan san pemulihan yang berkesan dengan menggunakan teknologi terkini yang bersesuaian.

4.       Memberi penerangan dan maklumat kesihatan yang terkini dan mudah difahami supaya pesakit bersetuju menjalani rawatan hospital terutamanya untuk kes-kes kanser.

5.       Menawarkan perkhidmatan yang sentiasa mengutamakan keselesaan dan kepuasan pelanggan.

 

FUNGSI (Jenis Perkhidmatan Yang Disediakan)

Jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut :-

1.       Perkhidmatan pesakit luar.

2.       Perkhidmatan pesakit dalam.

3.       Perkhidmatan pembedahan.

4.       Perkhidmatan pemulihan perubatan (pendengaran).

5.       Perkhidmatan pemulihan perubatan (pertuturan).

Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

3.png9.png7.png7.png4.png0.png8.png
Hari Ini :496
Bulan Ini :27373