FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Selasa, 19 Mac 2024
 

 

Pengenalan

Jabatan Kecemasandan Trauma merupakan salah satu jabatan terpenting di sesebuah hospital. Ia beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan bertindak sebagai barisan hadapan dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit yang merangkumi pesakit pesakit kritikal, separa kritikal dan tidak kritikal. 

Perkhidmatan yang disediaka ole jabatan ini temasuk perkhidmatan unit perawatan pra hospital, resusitasi dan penstabilan, diagnosis dan rawatan, One Stop Crisis Centre (OSCC) dan perkhidmatan pasukan perlindungan perubatan (Medical Coverage). Jabatan Kecemasan dan Trauma juga akan mangambil tindakandan mengkoordinasi pergerakan pengurusan jika terjadi bencana atau‘Mass Casualty Incidence’ di dalam lingkungan kawasan hospital. 

Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah NurZahirah terletak di bahagian timur hospital berhadapan dengan Pusat Rawatan Ibu dan Bayi HSNZ.

 

Objektif Jabatan

ObjektifUmum:

Menyediakan perkhimatan perawatan perubatan kecemasan yang berkualiti, cekap dan berkesan kepada semua pelanggan.

Objektif Khusus

1.      Memberikan perawatan kecemasan bersepadu dan berterusan bermula dari perkhidmatan pra hospital sehingga ke hospital

2.      Memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi setiap fasa pengurusan kritikal bermula dari perkhidmatan pra hospital, perkhidmatan triage dan pengurusan pesakit di zon-zon khas iaitu Kritikal, Separa Kritikal danTidak Kritikal

3.      Memastikan perawatan yang tepat ,efisyen, efektif melibatkan resusitasi, pengstabilan, diagnosis dan pelaksanaan prosedur menyelamatkan nyawa

4.      Memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit melalui pendekatan berkumpulan yang terdiri daripada Pakar Kecemasan, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat

 

 

 

Piagam pelanggan:

Di  dalam memenuhi keperluan kecemasan terhadap pesakit, kami adalah komited dengan memberikan rawatan dengan cepat dan tepat berlandaskan perkara-perkara berikut:

1.      Pesakit akan melalui proses penyaringan (triage) mengikut tahap keterukan kecederaan / penyakit

2.      Kes kes kecemasan yang kritikal akan diberi keutamaan perawatan yang cepat dan segera akan dilihat serta merta oleh pegawai perubatan

3.      Kes kes semi kritikal dan stabil akan dilihat oleh pegawai perubatan dan diberi perawatan dalam 30 minit

4.      Kes kes tidak kritikal akan dilihat oleh pegawai perubatan dalam jangka masa 90minit

5.      Setiap panggilan kecemasan akan dilayan dengan segera dalam tempoh 5 minit

 

Misi jabatan:

Memberikan perkhidmatan cemerlang ke seluruh pantai timur dengan menekankan profeionalisma, kerja berpasukan dan perkhidmatan penyayang serta mengambil kira kebudayaan dan keperluan setempat.

Visi Jabatan:

Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Nur Zahirah sebagai pusat rawatan kecemasan yang cemerlang dan efisyen.

 

Perkhidmatan yang disediakan:

1.      Perkhidmatan rawatan kecemasan

·         Memberi perawatan secara holistic dan menyeluruh termasuk Resusitasi dan penstabilan keadaan pesakit, Diagnosis dan rawatan berserta prosedur intervensi Rawatan definitif.

2.      Jabatan Kecemasan dan Trauma dibahagikan kepada 3 zon utama iaitu:

·         Zon Merah (kritikal)

·         Zon Kuning (separa kritikal)

·         Zon Hijau (tidak kritikal)

3.      Unit RawatanPra Hospital / Pre Hospital Care

·         Perkhidmatan ambulans dan unit pra hospital akan terlibat dalam member perkhidmatan di dalam kawasan 25km radius dari hospital. Pergerakan ambulans dari klinik, hospital-hospital lain atau pun agensi-agensi lain akan dikoordinasi melalui MECC (Medical Emergency Coordination Centre).

 

4.      Medical Emergency Coordinating Centre (MECC)

·         MECC adalah salah satu cabang perkhidmatan dibawah unit perawatan pra hospital yang akan menyelaras perkhidmatan ambulans, member respons kepada panggilan kecemasan, menghantar pasukan perubatan ke lokasi, seterusnya membawa pesakit ke hospital atau mana mana fasiliti kesihatan. Pasukan Rawatan Pra Hospital akan beroperasi 24 jam sehari. 

5.      One Stop Crisis Centre (OSCC)

·         Jabatan kecemasan akan berkerjasama dengan jabatan jabatan lain di hospital,agensi agensi di luar dan pihak berkuasa bagi kes kes OSCC seperti kes rogol, penderaan seksual, penderaan kanak kanak, mengandung tanpa nikah, cabul, sodomi dan lain lain.

·          

6.      Klinik Rawatan Pesakit Selepas Waktu Pejabat (KRPSWP)

·         Untuk memenuhi kehendak pesakit dan juga sebagaimana yang di arahkan oleh Kementerian, Jabatan Kecemasan dan Trauma juga mengendalikan klinik- klinik untuk kes kes bukan kecemasan (KesPesakitLuar) selepas waktu pejabat dan juga pada hari-hari kelepasan.

·         Klinik ini dinamakan Klinik Rawatan Pesakit Selepas Waktu Pejabat (KRPSWP)

·         Jadual untuk KRPSWP adalah seperti berikut.

Hari berkerja

6.00 ptg – 11.00 mlm

 

Hari kelepasan am

9.00 pg – 3.00 ptg

3.00 ptg – 6.00 ptg

6.00 ptg – 11.00 mlm

 

7.      Pengurusan bencana

·         Bertindak secara aktif dalam pengurusan bencana dan mengkoordinasi pengurusan bencana dalaman dan luaran.

8.       Perkhidmatan pasukan perlindungan perubatan (medical coverage)

·         Menyediakan pasukan perlindungan perubatan jika terdapat permintaan untuk sesuatu acara samada tunggu sedia di jabatan kecemasan atau di lokasi atau untuk acara yang dihadiri oleh VVIP seperti termaktub dalam pekeliling KPK 2/2007.

Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

3.png9.png7.png7.png9.png4.png9.png
Hari Ini :1037
Bulan Ini :27914