FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Selasa, 19 Mac 2024
 

PENGENALAN
Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial adalah salah satu jabatan dibawah Direktorat Pembedahan. Ia diketuai oleh KetuaPakar Bedah Mulut dan Maksilofasial iaitu Dr. Alauddin bin Muhamad Husin dan dibantu oleh Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial, Pakar Patologi Mulut dan Perubatan Mulut, Pegawai Pergigian, Jururawat Pergigian, Juruteknologi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Tadbir.

 

VISI JABATAN
Menjadi jabatan yang mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti dengan mengutamakan pelanggan melalui proses kerja unggul, menggunakan teknologi yang bersesuaian dan terkini di dalam persekitaran kerja yang kondusif.

 

MISI JABATAN
Memberikan perkhidmatan oral dan maksillofasial yang cemerlang dan komprehensif kepada semua pelanggan dengan mengamalkan sifat penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisma sabagai budaya kerja.

 

OBJEKTIF JABATAN
Memberi perkhidmatan kepakaran bedah mulut dan maksilofasial dan kepakaran patologi dan perubatan mulut kepada semua pelanggan secara profesional bagi membolehkannya menjalani kehidupan yang sihat, sejahtera dan harmoni.

 

FUNGSI DAN SKOP JABATAN:
Secara umumnya jabatan ini memberikan perkhidmatan kepakaran kepada pesakit melalui rawatan pesakit luar, rawatan pesakit dalam dan rawatan pembedahan elektif serta pembedahan kecemasan. Skop perkhidmatan adalah seperti yang berikut:

1. Kecemasan dan trauma pada kawasan oral dan maksilofasial
2. Pembedahan dentoalveolar dan gigi terimpak
3. Infeksi yang melibatkan kawasan oral dan maksilofasial
4. Patologi dan kanser pada kawasan oral dan maksilofasial
5. Rawatan kes klef bibir dan lelangit termasuk graf tulang alveolus (Cleft lip and palate management including alveolar bone grafting)
6. Pembedahan bagi pembetulan tulang rahang (Orthognathic surgery)
7. Implant pergigian
8. Patologi Mulut dan Perubatan Mulut
9. Rawatan pergigian kepada pesakit dengan masalah perubatan yang tertentu.
10. Odontologi forensik - Pengenalan mayat / pemeriksaan muka dan mulut mayat untuk mengenalpasti orang yang meninggal, punca/sebab kematian
11. Masalah sendi tulang rahang (Temporomandibular joint)
12. Prostesis maksilofasial termasuklah prostesis mata, hidung dan telinga (mata, hidung dan telinga palsu)

Klinik Bedah Mulut terletak di aras bawah Kompleks Rawatan , bersebelahan dengan Unit Pengimejan Diagnostik dan berdekatan dengan Farmasi. Klinik ini beroperasi pada setiap hari bekerja mengikut waktu kerja anjal yang telah ditetapkan.

 

 

 JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK

HARI

8.00 PG – 1.00 TGH

2.00 PTG – 5.00 PTG

AHAD

RUJUKAN BARU

 TEMUJANJI SUSULAN

ISNIN

TEMUJANJI SUSULAN / PEMBEDAHAN HARIAN

 TEMUJANJI SUSULAN

SELASA

TEMUJANJI KES TRAUMA

CDE

RABU

RUJUKAN BARU / HARI PEMBEDAHAN ELEKTIF

HARI PEMBEDAHAN

KHAMIS

TEMUJANJI SUSULAN

PERBINCANGAN KES

 

Klinik ini dilengkapi dengan 7 bilik rawatan pergigian, 5 daripadanya adalah bagi kegunaan Jabatan Bedah Mulut, dan 2 lagi adalah bagi kegunaan pesakit pergigian pediatrik.

 

 

Bagi melancarkan pengurusan pesakit, klinik ini dilengkapi dengan satu unit xray pergigian, bilik sucihama dan makmal pergigian.

 

AKTIVITI JABATAN

1. Radio Talk bersama Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial
2. Radio Talk bersama Pakar Perubatan Mulut dan Patologi Mulut
3. Lawatan Pakar Bedah Mulut ke Klinik Pergigian Jerteh dua kali sebulan dan ke Klinik Pergigian Kuala Berang sekali bulan.
4. Lawatan Pakar Perubatan Mulut dan Patologi Mulut ke Klinik Pergigian Jerteh, Klinik Pergigian Dungun, Klinik Pergigian Kemaman dan ke Klinik Pergigian Kuala Berang setiap dua bulan.
5. Audit SIRIM untuk MS ISO 2001:2015
6. Audit Dalaman untuk EKSA
7. CME Hospital
8. Pengerusi Perhimpulan Bulanan Hospital untuk bulan September 2018
9. Menganjurkan Kursus Basic Life Support kepada kakitangan Jabatan Bedah Mulut
10. Menganjurkan kursus berkaitan kepakaran Bedah Mulut dan Maksilofasial kepada Pegawai Pergigian Negeri Terengganu
11 Menganjurkan kursus berkaitan kepakaran Perubatan Mulut dan Patologi Mulut kepada Pegawai Pergigian Negeri Terengganu.
12. Menganjurkan kursus berkaitan kepakaran Perubatan Mulut dan Patologi Mulut kepada Pegawai Pergigian Peringkat Zon Timur.
13. Penempatan Latihan Klinikal untuk New Dental Oficer Programme, Juruteknologi pergigian dan Pembantu Pembedahan Pergigian.Pelatih.
14. Terlibat dengan Penyaringan Kanser Mulut sempena Kempen Kesedaran Barah Payudara di Dataran Batu Buruk
15. Terlibat dengan Hari Terbuka HSNZ

Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

3.png9.png7.png7.png5.png9.png6.png
Hari Ini :684
Bulan Ini :27561