FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Selasa, 19 Mac 2024
 

Jabatan Forensik

Pengenalan

Perubatan   Forensik   adalah   satu   perkhidmatan     merangkumi   perspektif pengetahuan serta kepakaran perubatan dan saintifik yang digunakan dalam urusan perundangan   dan   kehakiman.   Aplikasi   kepakaran perubatan   forensik digunakan bagi menentukan segala aspek kes- kes bercorak medikolegal seperti kes   bunuh,   bunuh   diri,   kes   penderaan   dan   pengabaian   kanak-kanak,   kes keganasan domestik, kes jenayah seksual, kes kemalangan yang berbagai, kes ramai mangsa (mass disaster) dan lain-lain kes yang berhubung kait dengan perundangan perubatan. Ianya merangkumi bidang Perubatan Forensik dan Sains Forensik. Perubatan Forensik melibatkan aplikasi bidang perubatan untuk menentukan punca, manner dan mode kematian manakala Sains Forensik adalah bidang yang menggunakan aplikasi pengetahuan sains untuk membantu badan perundangan menegakkan keadilan dengan pengumpulan dan analisis bahan bukti.

Pada awal penubuhan, Unit Forensik di bawah Jabatan Kecemasan HSNZ. Kemudian Unit Perubatan Forensik di bawah Jabatan Patologi HSNZ. Bermula 3 Januari 2013, Jabatan Perubatan Forensik telah diketuai oleh seorang Pakar Perubatan Forensik dan jabatan ini mempunyai struktur organisasi sendiri.

Objektif

  • Mengendalikan perkhidmatan perubatan forensik meliputi seluruh negeri Terengganu, iaitu pengurusan kematian, bedahsiasat, pemeriksaan di tempat kejadian dan siasatan kes-kes kecederaan jenayah yang bersangkutan dengan kanun keseksaan yang bermutu tinggi dan berkualiti dengan memberi fakta kes dan laporan yang betul dan cepat.
  • Mengendalikan perkhidmatan pasukan tindakan forensik ketika bencana ramai mangsa dan kematian bencana serta menyediakan pasukan bertindak bencana peringkat Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk mengendalikan mangsa dengan cepat dan berkesan
  • Menyediakan khidmat kaunseling yang bermutu serta sedia membantu waris si mati dan berhubung dengan NGO’s yang berkaitan untuk sesi Khidmat Susulan dalam aspek ‘Viktimologi’ dan ‘Grief Counseling’
  • Menyediakan segala kelengkapan saintifik untuk menganalisis sampel/spesimen yang diambil semasa postmortem atau atas permintaan pihak perundangan serta memastikan rantaian bahan bukti terjamin.

Perkhidmatan yang disediakan

  • Penerimaan dan penyerahan mayat dari wad
  • Postmortem
  • Siasatan di tempat kejadian
  • Perdermaan organ dan tisu

Jadual perkhidmatan

24 jam, 365 hari setahun

SOP Jabatan

Rujuk AKPK Jabatan

FAQ

  1. Adakah pihak hospital menyediakan perkhidmatan mengurus jenazah?

TIDAK. Pihak hospital tidak menyediakan perkhidmatan mengurus jenazah tetapi pihak hospital hanya menyediakan tempat bagi proses pengurusan jenazah islam dan bukan islam secara percuma manakala segala kos berkaitan pengurusan jenazah berkenaan adalah di bawah tanggungjawab waris yang berususan terus dengan pengurus jenazah yang dihubungi.

  1. Adakah penyimpanan mayat di peti sejuk forensic dikenakan bayaran?

Tidak, tiada sebarang bayaran dikenakan.

 

 Jabatan Perubatan Forensik
 
 Autospy Table    Grossing Station
     
 Aktiviti-aktiviti Jabatan    
 Terengganu Forensik Conference 2018    
     
 Kursus Pengurusan Jenazah 2018    
     

 

 

Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

3.png9.png7.png7.png8.png3.png3.png
Hari Ini :921
Bulan Ini :27798