FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Jumaat, 19 September 2025
 

Kemasukan Pesakit, Caj Dan Bayaran

Kaunter Daftar Masuk Wad & Kaunter Hasil Beroperasi 24 jam.

Dokumen Diperlukan Bayaran – Warganegara Bayaran – Warga Asing Pegawai Kerajaan Pesara Kerajaan Pekerja Swasta

Dokumen Yang Diperlukan

  • Borang Rujukan Masuk Wad
  • Kad Pengenalan/Passport atau Surat Beranak
  • Nombor Telefon (jika ada)
  • Alamat semasa
  • Surat Jaminan / Dokumen berkaitan

Bayaran – Orang Awam (Warganegara Malaysia)

i. Bayaran Deposit

Jenis RawatanKelas 3
Perubatan RM 20
Pembedahan RM 30
Ortopedik RM 30
ENT (Telinga, Hidung & Tekak) RM 20
Obstetrik RM 15
Ginekologi RM 20
Pediatrik RM 20

ii. Bayaran Wad & Rawatan (Akta Fee 1951)

KelasCaj Wad / HariCaj Rawatan / Hari
Kelas 3 RM 3 Percuma

Bayaran – Orang Awam (Warganegara Asing)

i. Bayaran Deposit

Jenis RawatanKelas 3
Perubatan RM 400
Pembedahan RM 800
Ortopedik RM 800
Obstetrik RM 800
Ginekologi RM 400

ii. Bayaran Wad & Rawatan (Akta Fee 1951)

KelasCaj Wad / HariCaj Rawatan / Hari
Kelas 3 RM 40 RM 10

* UNHCR/Pelarian: caj separuh daripada deposit dan jumlah bil.
** Kes obstetrik melibatkan pasangan warganegara asing: sertakan Surat Nikah yang didaftarkan di mana-mana Pejabat Agama di Malaysia untuk kadar warganegara Malaysia.

C. Pegawai Kerajaan

  1. Sila bawa Surat Jaminan.
  2. Keluarga pegawai kerajaan yang boleh mendapat rawatan percuma:
    • Isteri/Suami
    • Ibu bapa kandung
    • Ibu bapa tiri/angkat – bukti diperlukan (surat nikah / pengesahan anak angkat)
    • Anak kandung – bawah 18 tahun atau < 21 tahun jika masih belajar (sertakan surat pengesahan)
    • Anak tiri/angkat – sijil nikah ibu bapa atau surat pengesahan anak angkat
    • Anak-anak OKU

D. Pesara Kerajaan

  1. Sila bawa Kad Pesara asal dan salinan untuk pengesahan.
  2. Keluarga yang layak rawatan percuma:
    • Nama yang tertera pada Kad Pesara sahaja
    • Anak berumur < 18 tahun atau < 21 tahun jika masih belajar (sertakan surat pengesahan)

E. Pekerja Swasta

  1. Sila bawa Surat Jaminan daripada majikan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Caj mengikut kadar orang awam Warganegara Malaysia atau Warga Asing (mengikut status pesakit).

Nota: Maklumat ini bertujuan sebagai panduan umum. Tertakluk kepada pindaan semasa pihak hospital/KKM.

Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan 24 jam setiap hari
Waktu Lawatan Wad Ahad – Khamis: 12.00 tgh – 2.00 ptg, 5.00 – 7.00 mlm
Jumaat / Cuti Umum: 11.00 pg – 2.00 ptg, 4.00 – 7.00 mlm

➤ Klik sini untuk maklumat lanjut

 

Statistik Pengunjung

4.png8.png3.png4.png8.png2.png5.png
Hari Ini :992
Bulan Ini :27470