Senarai Kata Singkatan (Abbreviation) di Fasiliti KKM
Senarai Kata Singkatan (Abbreviation) di Fasiliti KKM
Rujukan Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (Bil. 1/2024)
Dalam persekitaran perkhidmatan kesihatan, penggunaan kata singkatan (abbreviation) amat penting bagi memudahkan dokumentasi, komunikasi klinikal dan pengurusan pesakit.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan Senarai Kata Singkatan di Fasiliti KKM Bil. 1/2024 sebagai rujukan rasmi untuk semua warga kesihatan.
Senarai ini merangkumi singkatan yang digunakan dalam bidang klinikal, diagnostik, rawatan, kejururawatan serta pengurusan hospital bagi memastikan penggunaan yang seragam dan selamat.
- Menyeragamkan penggunaan singkatan dalam dokumentasi perubatan
- Mengurangkan risiko salah tafsir dalam rawatan pesakit
- Menjadi rujukan rasmi kepada semua warga hospital
Pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menggalakkan semua warga hospital untuk merujuk dan mematuhi senarai ini selaras dengan amalan keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan kesihatan.




