CARA MEMOHON
Permohonan laporan perubatan boleh dibuat seperti berikut:
- Hadir terus ke kaunter Jabatan Rekod Perubatan dan kemukakan borang permohonan berserta dokumen serta butiran lengkap.
(Borang permohonan boleh dimuat turun di sini atau diperoleh di Jabatan Rekod Perubatan) - Hantar permohonan bertulis bersama dokumen serta butiran lengkap.
DOKUMEN/BUTIRAN LENGKAP YANG DIPERLUKAN
- Maklumat nama, no. kad pengenalan, alamat, tarikh rawatan, tempat terima rawatan
- Salinan kad pengenalan pesakit
- Salinan sijil kematian (jika pesakit meninggal dunia)
- Salinan kad temujanji klinik / nota discaj
- Surat keizinan pesakit
- Jika pesakit berumur 18 tahun ke atas: perlu surat keizinan daripada pesakit sendiri.
- Jika pesakit berumur < 18 tahun: perlu surat keizinan daripada ibu/bapa.
- Jika pesakit meninggal dunia: perlu surat keizinan daripada waris terdekat.
- Bayaran dalam bentuk wang tunai atau wang pos/kiriman wang/cek atas nama Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah
- Borang tuntutan Insurans/KWSP/PERKESO (jika berkenaan)
TEMPOH SIAP LAPORAN PERUBATAN
Laporan perubatan yang dipohon akan disiapkan dalam tempoh 28 hari bekerja dari tarikh terima permohonan lengkap.
KADAR BAYARAN (Tertakluk kepada Akta Fee 1972)
| Jenis Laporan | Warga | Warga Asing |
|---|---|---|
| Laporan biasa / Insurans / PERKESO / KWSP | RM 40 | RM 120 |
| Laporan ringkas disediakan oleh pakar | RM 80 | RM 240 |
| Laporan lengkap disediakan oleh pakar | RM 200 – RM 1,000 bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat |
RM 400 – RM 2,000 bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat |
* Bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/kiriman wang/wang pos atas nama Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah.







