FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Selasa, 08 Julai 2025
 

Permohonan Laporan Perubatan

 
CARA MEMOHON

Permohonan laporan perubatan boleh dibuat seperti berikut :

i. Hadir terus ke kaunter Jabatan Rekod Perubatan dan kemukakan borang permohonan berserta dokumen dan butiran lengkap.

     (Borang permohonan boleh dimuat turun disini atau diperolehi di Jabatan Rekod Perubatan)

ii. Hantar permohonan bertulis bersama dokumen serta butiran lengkap.

 

DOKUMEN/BUTIRAN LENGKAP YANG DIPERLUKAN


 

i. Maklumat nama, no. kad pengenalan, alamat, tarikh rawatan, tempat terima rawatan

ii. Salinan kad pengenalan pesakit

iii. Salinan sijil kematian (jika pesakit meninggal dunia)

iv.  Salinan kad temujanji klinik/nota discaj

v. Surat keizinan pesakit

•  jika pesakit berumur 18 tahun ke atas, perlu surat keizinan dari pesakit sendiri

•  jika pesakit berumur < 18 tahun, perlu surat keizinan dari ibu/bapa

•  jika pesakit meninggal dunia, perlu surat keizinan dari waris terdekat

vi. Bayaran dalam bentuk wang tunai atau wang pos/kiriman wang/cek atas nama Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah

vii. Borang Tuntutan Insuran/KWSP/PERKESO (jika berkenaan)

 

TEMPOH SIAP LAPORAN PERUBATAN


 

Laporan perubatan yang dipohon akan disiapkan dalam tempoh 28 hari bekerja dari tarikh terima permohonan lengkap.

 

KADAR BAYARAN (Tertakluk kepada Akta Fee 1972)


 

Jenis LaporanWargaWarga Asing
  Laporan biasa/ insuran/PERKESO/KWSP RM 40 RM 120
  Laporan ringkas disediakan oleh pakar RM 80 RM 240
  Laporan lengkap disediakan oleh pakar RM 200 - RM 1000
bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat
RM 400 - RM 2000
bergantung kepada kerumitan menyediakan pendapat

 

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/ kiriman wang/wang pos yang perlu dibuat atas nama Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah.


Print

Waktu Lawatan Dan Kaunter

 

WAKTU LAWATAN


Hari Waktu
Ahad - Khamis 12.00 tengahari - 2.00 petang
5.00 petang - 7.00 malam
Hari Minggu/Kelepasan Am 11.00 pagi - 2.00 petang
4.00 petang - 7.00 malam

 * Bayi/Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit di wad.

WAKTU KAUNTER FARMASI PESAKIT DALAM


Hari Waktu
  Ahad - Khamis 8.00 pagi - 10.00 malam
 Hari Minggu/Kelepasan Am 8.00 pagi - 3.00 petang

* Waktu perkhidmatan akan dilanjutkan sehingga urusan anda selesai

WAKTU KAUNTER UNIT HASIL


Hari Kaunter Pendaftaran Masuk Wad Kaunter Bayaran
Setiap hari Dibuka 24 jam Dibuka 24 jam

Print

Caj Dan Bayaran

 
KAUNTER DAFTAR MASUK WAD DAN KAUNTER HASIL

Kaunter Daftar Masuk Wad dan Kaunter Hasil bagi bayaran beroperasi 24 jam.

Dokumen Yang Diperlukan

Borang Rujukan Masuk Wad, Kad Pengenalan/Passport atau Surat Beranak, NomborTelefon (jika ada),

Alamat semasa dan Surat Jaminan / Dokumen berkaitan.

BAYARAN

A.  Orang Awam (Warganegara Malaysia)

i.  Bayaran Deposit

    Jenis Rawatan Kelas 3
    Perubatan RM 20
    Pembedahan RM 30
    Orthopedic RM 30
    ENT RM 20
    Obstetric RM 15
    Gynaecology RM 20
    Paediatric RM 20

ii.  Bayaran Wad dan Rawatan (Akta Fee 1951)

Kelas Caj Wad Sehari Caj Rawatan Sehari
Kelas 3 RM 3 Percuma

B.  Orang Awam (Warganegara Asing)

i.  Bayaran Deposit

    Jenis Rawatan Kelas 3
    Perubatan RM 400
    Pembedahan RM 800
    Orthopedic RM 800
    Obstetric RM 800
    Gynaecology RM 400

*  UNHCR/Pelarian dikenakan caj separuh daripada deposit dan jumlah bil

**  Bagi kes-kes obstetrik yang melibatkan isteri/suami warganegara asing, sila kepilkan surat nikah yang telah didaftarkan

dimana-mana pejabat agama dalam Malaysia untuk mendapatkan kadar bayaran warganegara Malaysia

ii.  Bayaran Wad dan Rawatan (Akta Fee 1951)

Kelas Caj Wad Sehari Caj Rawatan Sehari
Kelas 3 RM 40 RM 10

C. Pegawai Kerajaan

i.  Sila bawa Surat jaminan

ii. Keluarga pegawai kerajaan yang boleh mendapat rawatan percuma

  •  Isteri/suami
  •  Ibubapa kandung
  •  Ibubapa tiri/angkat - sertakan surat pengesahan seperti surat nikah, surat pengesahan anak angkat
  •  Anak kandung - kurang 18 tahun atau kurang daripada 21 tahun jika masih belajar, dengan menyertakan surat pengesahan tempat belajar
  •  Anak tiri/angkat – sertakan sijil nikah ibubapa atau surat pengesahan anak angkat
  •  Anak-anak OKU

D. Pesara Kerajaan

i.  Sila bawa salinan dan Kad Pesara asal untuk pengesahan

ii.  Keluarga pesara kerajaan yang boleh mendapat rawatan percuma

  •  nama yang terdapat pada kad pesara sahaja
  •  anak berumur bawah 18 tahun atau kurang daripada 21 tahun jika masih belajar, dengan menyertakan surat pengesahan tempat belajar

E. Pekerja Swasta

i.  Sila bawa surat jaminan bagi majikan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

ii.  Caj dikenakan mengikut kadar yang dikenakan keatas orang awam Warganegara Malaysia atau Warga Asing.

 

Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

4.png7.png3.png2.png1.png1.png0.png
Hari Ini :846
Bulan Ini :10400