Penilaian Celik Digital Penjawat Awam


Sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HSNZ serta Persatuan Kebajikan Psikiatri Negeri Terengganu akan mengadakan program di Kompleks Psikiatri HSNZ pada 26 Oktober 2023. Kami menyediakan pelbagai acara yang menarik seperti ceramah kesihatan mental, pameran kesihatan, saringan minda sihat, persembahan, gerai jualan dan lain-lain. Selain itu, kami juga menganjurkan pertandingan video pendek dan pertandingan melukis poster bertemakan "Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma". Marilah sama-sama menyertai aktiviti ini, serta menunjukkan sokongan kepada penjaga dan pesakit mental di negeri Terengganu.





Jom... Cungkil bakat terpendam anda dan berpeluang menangi wang tunai sehingga RM200 dengan menyertai Pertandingan TikTok bersempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ ( MKPO ) 2023 💚💚💚 anjuran Unit Perolehan Organ Hospital HSNZ yang berakhir pada 21 September 2023.
Tema bagi MKPO 2023 pada kali ini adalah Derma Organ : Erti Sebuah Kehidupan. Pemenang video TikTok akan diumumkan pada perhimpunan bulanan akan datang. Untuk penyertaan dan syarat-syarat pertandingan boleh diimbas pada QR code yang tertera dalam poster.
Bersama kita memeriahkan lagi sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ ( MKPO ) 2023 💚💚💚 dengan video TikTok kreatif anda.
Sebarang kemusykilan / pertanyaan boleh diajukan di talian : 3017.
Link penyertaan dan syarat-syarat pertandingan :
https://docs.google.com/forms/d/18YZ0CoRClwjnEOgCzhR0n7OE1ysE06dU3bAewp69EIw/edit
Boleh follow pages Derma Organ Terenganu
https://www.facebook.com/dermaorganterengganu
#HSNZertisebuahkehidupan
#JomreferUPOH

| Hospital Sultanah Nur Zahirah Jalan Sultan Mahmud 20400 Kuala Terengganu Terengganu No Tel : 096212121 |
|





