Jadual CME untuk Jan - Mac 2020

SAMBUTAN HARI DIABETES SEDUNIA 2019
Anjuran Hospital Sultanah Nur Zahirah
Tarikh : 6-7 Nov 2019
Masa : 8.00 am - 4.00 pm
Tempat : Ruang Legar ACC, HSNZ
Pelbagai aktiviti disediakan antaranya demonstrasi masakan dan senaman, booth saringan pencegahan dan komplikasi diabetes, pertandingan swafoto/gambar berkumpulan bulatan biru, pameran video, kuiz dan hadiah yang menarik menanti anda.
Jom sama-sama kita meriahkan Hari Diabetes Sedunia 2019 dan masuk adalah PERCUMA!!


Tuan-tuan dan puan-puan semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2019 di Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang pada 19 Oktober 2019 dari 8pagi sehingga 1230 tengah hari.
Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena sambutan Hari Penglihatan Sedunia in seperti Pemeriksaan Mata percuma, Pameran Kesihatan, Simulasi dan juga Quiz kesihatan. Makanan dan Hadiah juga disediakan !!
Masuk adalah percuma
Pakat Mari Periksa Mata!!

Sambutan Hari ARTHRITIS Sedunia 2019
( Peringkat Negeri Terengganu )
Akan berlangsung pada 04 Nov 2019 pada jam 08:30 pagi hingga 01:00 petang anjuran dari Unit Rheumatologi HSNZ.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran, kuiz berserta hadiah, dan saringan kesihatan arthristis.
Semua di jemput hadir.
| Hospital Sultanah Nur Zahirah Jalan Sultan Mahmud 20400 Kuala Terengganu Terengganu No Tel : 096212121 |
|





