Pengenalan
Unit Perubatan Respiratori bernaung di bawah Direktorat Jabatan Perubatan Am, Hospital Sultanah NurZahirah, Kuala Terengganu untuk memberi perkhidmatan Perubatan Respiratori kepada pesakit dalaman dan luaran. Ia di dokong oleh 19 anggota yang berdedikasi yang diketuai oleh seorang Pakar Perunding Respiratori. Terdapat seorang Pakar Respiratori di tempatkan di Unit Perubatan Respiratori manakala Pegawai Perubatan Respiratori ditempatkan secara giliran. Selebihnya adalah dari kategori Sokongan 1 dan juga Sokongan 2.
Objektif
Objektif Am.
Memberi perkhidmatan kepada pelanggan secara professional, konsisten dan efektif selaras dengan dasar-dasar Kualiti Unit Perubatan Respiratori yang telah ditetapkan.
· Perkhidmatan yang disediakan
|
PENYAKIT-PENYAKIT YANG DIRAWAT |
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN |
|
· Sinusitis · Rinitis · Pharyngitis · Tracheobronchitis · Influenza
· Influenza
· Bronkitis · ”Chronic Obstructive Pulmonary Disease” · Asma
· Tuberkulosis · Pneumonia (semuajenis) · Bronkiectasis · Lungabscess · Empyema
|
|
Jadual perkhidmatan klinik
|
HARI |
PAGI |
PETANG |
|
AHAD |
( 2 BULAN SEKALI )
( 2 BULAN SEKALI ) |
|
|
ISNIN |
|
|
|
SELASA |
|
|
|
RABU |
|
|
|
KHAMIS |
|
|
|
||
|
JUMAAT |
|
|
|
HARI KELEPASAN AM |
|
|
SOP JABATAN
|
7.0 |
PROSEDUR KERJA |
|
|
|
|
a. |
Pengurusan Pesakit TIBI |
|
1.0 |
OBJEKTIF |
|
|
|
|
Memberi perkhidmatan rawatan Klinik Pakar yang cekap, profesional dan berkualiti |
|
|
2.0 |
SKOP |
|
|
|
|
Digunapakai oleh semua anggota Klinik Pakar Perubatan Respiratori semasa menerima pesakit sehingga discaj dari klinik. |
|
|
3.0 RUJUKAN |
||
|
|
||
|
Manual Kualiti |
HSNZ/MK-01 |
|
|
Clinical Practice Guidelines Tuberculosis - Ministry Of Health Malaysia, Academy Of Medicine Of Malaysia 2012 – 3rd Edition |
||
|
Manual SistemMaklumat TIBI Kebangsaan (National Tuberculosis Information System - TBIS) 2002 |
||
|
4.0 |
DEFINISI |
||
|
|
|
||
|
a. |
Pegawai Perubatan |
- |
Termasuk Pakar, Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan Siswazah |
|
b. |
Jururawat |
- |
TermasukJururawat U32 dan Jururawat U29, PenolongJururawat U14 |
|
5.0 |
SINGKATAN |
||
|
|
|
||
|
a. |
PPP |
- |
Penolong Pegawai Perubatan |
|
b. |
PPK |
- |
Pembantu Perawatan Kesihatan |
|
c. |
PJTMN |
- |
Pengelola Juruteknologi Makmal Negeri |
|
d. |
TBIS |
- |
Tuberculosis Information System |
|
e. |
JTMP |
- |
Juruteknologi Makmal Perubatan. |
|
f |
D.O.T
|
- |
Directly, Observed, Therapy
|
|
7.0 |
PROSEDUR |
|
|
|
|
a. |
Pengurusan Pesakit TIBI |
|
BIL. |
PERINCIAN TUGAS |
TANGGUNGJAWAB |
|
|
7.1 |
Terima pesakit. |
Jururawat / PPP / PPK |
|
|
7.2 |
Semak kad janjitemu |
Jururawat / PPP / PPK |
|
|
7.2.1 |
Jikaada, teruskanke para 7.3 |
||
|
7.2.2 |
Jika tiada janjitemu, maklum kepada Pegawai Perubatan untuk tindakan seterusnya. |
||
|
7.3 |
Dapatkan Kad Rawatan Pesakit |
Jururawat / PPP / PPK |
|
|
7.3.1 |
Jikatiada, teruskanke para 7.4. |
||
|
7.3.2 |
Jikaada, teruskanke para 7.4. |
||
|
7.3.3 |
Jikakesbaru, sediakankadrawatan |
||
|
7.4 |
Lakukan pendaftaran. |
Jururawat / PPP / PPK |
|
|
7.5 |
Beri nombor giliran. |
Jururawat / PPP / PPK |
|
|
7.6 |
Lakukan pemeriksaan awal : |
Jururawat / PPP / PPK
|
|
|
a. |
Timbang. |
||
|
b. |
Semakkeperluanpemeriksaanmakmal dan radiologi. |
||
|
7.7 |
Lakukan pemeriksaan. |
Pegawai Perubatan |
|
|
7.8 |
Beri rawatan mengikut kesesuaian pesakit |
Pegawai Perubatan |
|
|
7.9 |
Kemaskini rekod TBIS. Rujuk Arahan Kerja HSNZ/MED/AK-009 Pendaftaran Pesakit TB. |
Jururawat / PPP |
|
|
7.10 |
Beri penerangan tentang D.O.T. |
Jururawat / PPP |
|
|
7.11 |
Discaj pesakit. |
Pegawai Perubatan Jururawat/PPP |
|
|
7.11.1 |
Beri janjitemu jika perlu rawatan susulan |
||
|
7.11.2 |
Rujuk ke klinik berdekatan untuk D.O.T |
||
|
7.11.3 |
Pindah ke lain pusat rawatan susulan jika perlu. |
||
|
7.11.4 |
Masuk wad untuk rawatan lanjut |
||
|
|
|||||||||
|
|
|
|||||||||
|
|
|
|||||||||
|
BIL. |
PERINCIAN TUGAS |
TANGGUNGJAWAB |
||||||||
|
7.1 |
Terima pesakit. |
Jururawat / PPP / PPK |
||||||||
|
7.2 |
Semak kad janjitemu |
Jururawat / PPP / PPK |
||||||||
|
7.2.1 |
Jikaada, teruskanke para 7.3 |
|||||||||
|
7.2.2 |
Jika tiada janjitemu, maklum kepada Pegawai Perubatan untuk tindakan seterusnya. |
|||||||||
|
7.3 |
Lakukan pendaftaran. |
Jururawat / PPP / PPK |
||||||||
|
7.4 |
Beri nombor giliran. |
Jururawat / PPP / PPK |
||||||||
|
7.5 |
Lakukan pemeriksaan awal : |
Jururawat / PPP / PPK
|
||||||||
|
a. |
Timbang |
|||||||||
|
b. |
Ujian pernafasan. |
|||||||||
|
c. |
Semak keperluan pemeriksaan makmal. |
|||||||||
|
7.6 |
Lakukan pemeriksaan. |
Pegawai Perubatan |
||||||||
|
7.7 |
Beri rawatan mengikut kesesuaian pesakit |
Pegawai Perubatan |
||||||||
|
7.8 |
Discaj pesakit. |
Pegawai Perubatan |
||||||||
|
7.9.1 |
Beri janjitemu jika perlu rawatan susulan |
|||||||||
|
7.9.2 |
Masuk wad untuk rawatan lanjut. |
|||||||||
|
7.9 |
Discaj pesakit. |
Pegawai Perubatan |
||||||||
|
8.0 |
REKOD |
|
BIL. |
NAMA REKOD |
TEMPOH SIMPANAN |
LOKASI |
|
8.1 |
Rekod TBIS |
7 tahun |
Klinik Perubatan Respiratori |
|
8.2 |
Kad Rawatan Pesakit |
7 tahun |
Klinik Perubatan Respiratori |
Frequently asked questions (FAQ)
a) Penyakit Tibi.
i. Apa itu Penyakit Tibi?
· Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut jika lewat dikesan dan tidak mendapat rawatan yang sempurna.
· Ianya disebabkan oleh bakteria Mycobacterium Tuberculosis.
· Bakteria ini biasanya menjagkiti paru-paru, tetapi juga boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang, mata, kulit dan lain-lain.
· Di Malaysia, penyakit Tibi merupakan penyumbang kematian tertinggi jika dibandingkan dengan penyakit berjangkit yang lain seperti Denggi, Aids dan Malaria.
ii. Bagaimanakah cara Tibi merebak?
Bakteria Tibi desebarkan melalui udara.
Pesakit Tibi yang tidak dirawat akan mengeluarkan bakteria Tibi ke udara apabila batuk, bersin, menyanyi atau bercakap.
Individu yang menyedut udara yang mengandungi bakteria Tibi ini mempunyai risiko untuk dijangkiti.
Sekiranya tidak dirawat, seorang pesakit Tibi boleh menyebarkan jangkitan kuman kepada 10 – 15 orang lain setiap tahun.
iii. Apakah tanda dan gejala penyakit Tibi?
Individu yang mempunyai tanda dan gejala berikut berkemungkinan mengidap penyakit Tibi dan perlu menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan atau hospital berhampiran :
§ Batuk.
§ Kurang selera makan.
§ Susut berat badan.
§ Demam atau lesu.
§ Berpeluh waktu malam.
§ Kadangkala, batuk dengan kahak berdarah.
iv. Bagaimana cara untuk mengesan penyakit Tibi?
Pengesanan awal sangat penting bagi memastikan pesakit sembuh sepenuhnya dan mengelakkan jangkitan kepada individu lain.
Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal, ujian kahak dan pemeriksaan X-Ray dada ke atas pesakit bagi mengesan penyakit Tibi.
v. Apakah rawatan penyakit Tibi?
Rawatan penyakit Tibi mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan. Bagi sesetengah pesakit, rawatan terpaksa dipanjangkan sehingga 9 – 12 bulan.
Terdapat 2 fasa rawatan iaitu :
§ Fasa Intensif – fasa ini merupakan fasa pertama dan mengambil masa dua bulan dimana pesakit pesakit perlu mengambil ubat setiap hari sebanyak 56 kali (dos).
§ Fasa Sambungan – fasa ini mengambil masa sekurang-kurangnya empat bulan.Pada fasa ini, jumlah jenis ubat dikurangkan dan pesakit perlu mengambil ubat setiap hari.
vi. Sekiranya anda seorang pesakit Tibi apakah yang perlu anda tahu.
Pastikan anda mengambil ubat dan menghadiri temujanji mengikut arahan ( rawatan Tibi diberi secara percuma).
Anda perlu mencegah penuluran kuman Tibi dengan memakai penutup hidung dan mulut (face mask)atau menggunakan sapu tangan /tisu apabila batuk/bersin. Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah dan basuh tangan selepas itu.
Jika terdapat sebarang kesan sampingan akibat pengambilan ubat Tibi, segera laporkan kepada doktor yang merawat anda.
vii. Pesanan untuk semua.
Sesiapa sahaja berisiko untuk mendapat jangkitan bakteria Tibi.
Anda mampu membantu Malaysia bebas dari penyakit Tibi.
Jika anda mengesyaki sanak saudara atau rakan anda mengidap penyakit Tibi, bawalah mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Amalkan etika batuk iaitu menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin.
b) Asma.
i. Apa itu penyakit Asma?
Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk. Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.
ii. Bagaimana asma berlaku?
Walaupun tiada sebab yang khusus diketahui untuk penyakit asma, semua penghidap mempunyai persamaan yang sama iaitu keradangan saluran pernafasan yang kronik. Saluran pernafasan mereka adalah sangat sensitif kepada pelbagai sebab. Jika terdapat faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku, saluran pernafasan akan menjadi radang (saluran pernafasan mengandungi lendir, bengkak, dan sempit). Seterusnya otot yang berhubung dengan saluran pernafasan ini menjadi lebih sempit daripada biasa. Ini menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas dan boleh menyebabkan serangan asma.
iii. Apakah faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku?
Penting untuk menyedari perkara-perkara dalam persekitaran anda yang cenderung untuk membuat asma menjadi lebih teruk. Faktor-faktor ini berbeza untuk setiap individu. Perkara yang menyebabkan berlakunya asma adalah seperti berikut:
§ Jangkitan pernafasan dan selsema.
§ Pendedahan kepada asap rokok.
§ Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, bulu, habuk, makanan, dan lipas.
§ Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah.
§ Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba. Tekanan (stress).
§ Latihan (senaman).
§ Ubat-ubatan termasuk aspirin dan ubatan anti-radang bukan steroid seperti asid mefenamic (ponstan) atau ibuprofen.
iv. Apakah tindakan yang perlu diambil jika menghidapi asma?
Jika seseorang menghidapi asma, dia perlu mengikuti pelan tindakan doktor sebagai langkah berjaga-jaga untuk bersedia menghadapi ancaman serangan asma. Sesiapa yang merasakan boleh berada di dalam kesukaran untuk bernafas atau sesak nafas akut hendaklah segera mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan. Nasihat ini juga disarankan bagi penghidap asma yang merasakan keadaan mereka adalah lebih buruk/teruk daripada biasa atau tidak bertindak balas kepada rawatan yang biasa.
v. Apakah ubat-ubatan yang sesuai untuk pesakit asma?
Terdapat dua jenis ubat-ubatan asma
1. Ubat-ubatan pengawal - adalah untuk kawalan asma yang berterusan. Ubat-ubatan ini membantu mengurangkan keradangan ketika serangan asma. Ubat-ubat ini perlu diambil setiap hari sama ada seseorang mempunyai gejala atau tidak. Ubat pengawal termasuk kortikosteroid dihidu (jenis ubat utama) dan perencat leukotriene. Contoh ubat : Beclomethasone, Budesonide, Fluticasone .
2. Ubat Penyelamat - diambil apabila tanda-tanda serangan asma bermula dan ia boleh menghentikan serangan tersebut. Antara ubat yang digunakan termasuk beta-agonis dan anticholinergic. Contoh ubat: Salbutamol, Terbutaline, Fenoterol, Ipratropium bromide (Atrovent).
vi. Apakah pencegahan penyakit asma?
Serangan asma tidak dapat dielakkan, tetapi asma boleh dicegah.
§ Elakkan faktor penyebab sebanyak mungkin
§ Ambil ubat-ubatan seperti yang disyorkan
§ Orang yang mempunyai alahan luaran harus mengelakkan aktiviti luar apabila bacaan indeks pencemaran adalah tinggi/tidak sihat.
§ Senaman juga boleh menyebabkan berlakunya asma. Beberapa perkara boleh membantu seperti menjalankan aktiviti pemanasan (warming up) sebelum memulakan aktiviti dan secara beransur-ansur melakukan penyejukan badan selepas bersenam. Elakkan bersenam semasa jangkitan saluran pernafasan serta elakkan senaman dalam cuaca yang sangat sejuk.
c) Rehabilitasi Pulmonari.
i. Apakah Rehabilitasi Pulmonari?
Rehabilitasi Pulmonari (RP) adalah suatu program yang membantu kesejahteraan pesakit yang mempunyai masalah pernafasan kronik.
Sebagai contoh RP memberi kesan baik kepada pesakit peparu seperti “chronic obstructive pulmonary disease (COPD)”, “idiopathic pulmonary fibrosis”, “sarcoidosis” atau “cystic fibrosis”.
RP juga boleh membantu pesakit-pesakit yang memerlukan pembedahan peparu samada sebelum atau selepas pembedahan.
ii. Apakah Komponen-Komponen RP?
RP tidak menggantikan rawatan perubatan, tetapi ianya digunakan bersama-sama rawatan lain. Ini termasuklah:
§ Latihan senaman
§ Kaunseling pemakanan
§ Pembelajaran tentang penyakit peparu dan cara rawatannya
§ Teknik-teknik penjimatan tenaga
§ Strategi pernafasan
§ Kaunseling psikologi dan sokongan berkumpulan
RP melibatkan komitmen berpanjangan dari pesakit dan pasukan kesihatan termasuklah pakar respiratori, pakar rehabilitasi, pakar pemakanan, psychologist, jurupulih anggota, jururawat dan pekerja sosial.
RP selalunya dijalankan sebagai pesakit luar di sesebuah hospital atau klinik. Sesetengah pesakit juga boleh melakukan RP di rumah.
Apabila anda memulakan RP, pasukan kesihatan anda akan mengolah suatu pelan yang khas untuk keperluan dan kemampuan anda. Biasanya anda perlu menghadiri setiap minggu. Anda akan diarahkan oleh pasukan kesihatan anda untuk mematuhi semua pelan termasuklah latihan dan perubahan gaya hidup di rumah.
Terdapat banyak manfaat RP. Ia boleh membantu menambah baik fungsi dan kualiti hidup. Walaupun penyakit peparu pada peringkat teruk RP boleh membantu menyenangkan pernafasan anda.
iii. Siapakah Yang Memerlukan Rehabilitasi Pulmonari?
Doktor anda akan mengesyorkan RP jika anda mengalami masalah peparu kronik atau masalah pernafasan yang menghadkan aktiviti-aktiviti harian anda.
Sebagai contoh:
§ “COPD” . Simptom COPD termasuklah batuk, batuk berkahak, perasaan ketat di dalam dada, nafas berbunyi dan sesak nafas.
§ Penyakit “Intertitial” peparu. Penyakit peparu jenis ini mengakibatkan terjadinya parut dalam tisu peparu, akibatnya batuk dan sesak nafas. Contoh penyakit ini ialah “sarcoidosis” dan “idiopathic pulmonary fibrosis”
Pesakit yang akan menjalani pembedahan peparu untuk penyakit kanser peparu COPD atau pemindahan peparu akan dirujuk untuk menjalani RP sebelum dan sesudah pembedahan untuk membantu pemulihan selepas pembedahan.
RP juga boleh membantu pesakit yang mengalami kekurangan otot pernafasan, sebagai contoh pengidap “muscular dystrophy”.
Walaupun RP membantu pesakit pulmonari peringkat teruk, ia boleh dimulakan semasa penyakit di peringkat pertengahan.
iv. Sebelum RP – Apakah Yang Perlu Anda Tahu?
Terlebih dahulu, tabiat pemakanan akan ditanya, jika perlu diubahsuai. Berat badan dan ketinggian akan diukur untuk mendapatkan BMI (body mass index) yang ideal. Ujian-ujian akan dilakukan oleh pasukan RP untuk mengetahui tahap pernafasan dan latihan yang perlu diberi. Ini termasuklah ujian peparu, mereka juga akan mengukur berapa jauh anda boleh berjalan dalam masa 6 minit, atau anda akan berjalan di atas treadmill dan pada waktu yang sama, paras oksigen, tekanan darah dan kadar pernafasan akan diukur.
Ubat-ubatan akan diperiksa dan akan diubahsuai jika perlu.
Kesihatan mental juga akan dinilai. Jika anda didapati berada di dalam keadaan cemas atau kemurungan, anda akan dirujuk kepada pakar yang merawat keadaan ini.
v. Semasa RP – Apakah Yang Perlu Anda Tahu?
Terdapat beberapa bahagian dalam RP seperti:
Latihan fizikal
Kaunseling pemakanan
Pengajian tentang penyakit anda
Teknik-teknik menjimatkan tenaga
Strategi pernafasan
Kaunseling psaikologi secara persendirian atau berkumpulan
§ Latihan fizikal
Anda akan diajar untuk menggunakan kedua-dua tangan dan kaki. Ini boleh dilakukan menggunakan treadmill, basikal, atau mengangkat “dumbells” berukuran 1-2 kg. Ini dilakukan dalam jangkamasa yang pendek jika anda tidak mampu melakukannya dalam masa yang panjang dan kadar oksigen diperiksa melalui alat yang dilekatkan dijari anda.
Latihan ini perlu dijalankan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
§ Kaunseling pemakanan
Anda akan di kategori samada kurang atau lebih berat badan, kerana kedua-duanya boleh menyusahkan pernafasan. Nasihat akan diberikan kepada kedua-dua kategori supaya berat badan ideal disasar dan dikekalkan.
§ Pengajian tentang penyakit anda
Pengajaran tentang penyakit anda dan bagaimana ia dirawat akan diberi. Penyakit akan bertambah teruk jika anda mendapat jangkitan kuman pada peparu, atau menyedut udara yang meransang peparu seperti habuk persekitaran atau habuk rokok. Tanda-tanda jangkitan peparu akan diberitahu.
Kepentingan mendapat pengajian ditekankan dan jika anda merokok, bantuan untuk berhenti merokok akan diberikan.
Kaedah pengambilan pengubatan melalui sedutan akan diperiksa dan diperbetulkan, jika anda menggunakan oksigen di rumah, penggunaan yang betul akan ditunjuk.
§ Teknik-teknik menjimatkan tenaga
Ini merangkumi tip-tip bagaimana untuk menghindarkan diri dari cuba mencapai, mengangkat dan membongkok kerana perbuatan-perbuatan ini menggunakan tenaga dan mengetatkan otot-otot abdomen seterusnya mengakibatkan lebih susah untuk bernafas.
Teknik-teknik relaksasi dan cara-cara untuk mengelakkan stress juga ditunjuk ajar kerana stress menyebabkan penggunaan tenaga yang banyak dan sesak nafas.
§ Strategi pernafasan
Anda akan diajar bagaimana untuk bernafas lebih panjang dan lebih dalam dalam. Ini dipanggil “pursed lip breathing”, di mana anda bernafas melalui hidung, kemudian secara perlahana-lahan menghembus nafas keluar melalui bibir yang tidak dibuka sepenuhnya seolah-olah cuba untuk memadam lilin. Anda boleh menghembus nafas keluar 2 hingga 3 kali lebih dari menarik nafas ke dalam.
Otot-otot abdomen juga boleh digunakan untuk bernafas terutama sekali untuk menghembus angin keluar.
Cara-cara untuk mengeluarkan kahak dengan betul juga akan dipelajari.
§ Kaunseling psaikologi secara persendirian atau berkumpulan
Pesakit-pesakit kronik peparu lebih mudah mendapat rasa cemas, kemurungan dan situasi emosi yang lain. Oleh itu, banyak progam RP menyediakan khidmat kaunseling dan kumpulan sokongan.
vi. Selepas RP – Apakah Yang Anda Perlu Tahu?
Kebanyakan progam RP berlangsung selama beberapa bulan. Pada akhir program, anda akan melalui beberapa ujian dan menjawab beberapa soalan.
Data yang di dapati pada akhir progam akan menunjukkan sama ada simptom, tahap aktiviti fizikal dan kualiti hidup akan telah bertambah baik. Jika semuanya telah bertambah baik, pasukan kesihatan akan menggalakkan anda untuk meneruskan program yang telah dijalankan samada di tempat yang sama atau di rumah.
Walaubagaimanapun, jika hanya sedikit atau tiada perubahan, anda akan dirujuk semula kepada doktor dan rawatan pengubatan perlu di ubahsuai, atau ada lagi ujian yang boleh disyorkan untuk mengenalpasti jika terdapat penyakit sampingan lain yang boleh dirawat untuk menambah baik pernafasan.
d) Masalah Penafasan Semasa Tidur.
i. Apakah Permasalahan Pernafasan Semasa Tidur atau “sleep apnoea”?
Jika anda mendengkur, anda mungkin mengalami Permasalahan Pernafasan Semasa Tidur yang juga dipanggil “sleep apnoea”. Ada dua terma yang biasa digunakan apabila membincangkan Permasalahan Pernafasan Semasa Tidur, ia adalah “apnoea”, iaitu saluran pernafasan di bahagian atas tersumbat secara keseluruhan dan “hypopnoea” apabila saluran pernafasan bahagian atas tersumbat secara separa semasa seseorang itu tidur.
Terdapat tiga jenis Permasalahan Pernafasan Semasa Tidur
1. “Obstructive Sleep Apnoea”
Ini adalah jenis Permasalahan Pernafasan Semasa Tidur yang paling biasa. “Apnoea” dan “hypopnoea” berlaku berulangkali dengan pernafasan cuba diteruskan oleh pesakit. Sebab utama keadaan ini adalah hilangnya “muscle tone” semasa tidur dan lebihan tisu di saluran pernafasan bahagian atas.
2. “ Central Sleep Apnoea”
Ini terjadi hanya pada 5-10% populasi penduduk. Ia berlaku apabila pernafasan berhenti dan angin tidak masuk ke dalam badan. Pernafasan terhenti adalah akibat daripada kurangnya daya untuk bernafas.
3. “Mixed Apnoea”
Sangat jarang berlaku. Terjadi apablia terdapat kedua-dua komponen “obstructive” dan “mixed sleep apnoea”.
Jika anda mengalami OSA, “apnoea” dan “hypopnoea” biasanya diiringi dengan bunyi dengkuran. Satu episod “apnoea” menyebabkan anda berhenti bernafas sekurang-kurangnya 10 saat, dan boleh terjadi hingga ke beratus-ratus kali semalam. Episod yang berulang kali menyebabkan kurangnya kadar oksigen dan ini dikesan oleh otak supaya kita terjaga di waktu malam untuk bernafas semula. Anda mungkin ingat ini telah terjadi dan berasa sangat penat di sebelah siang. Anda akan sedar bahawa anda terjaga pada waktu malam secara tidak semena-mena. Teman tidur juga akan terganggu disebabkan bunyi dengkuran yang kuat. Akibatnya, kualiti tidur akan terjejas dan tekanan darah akan meningkat.
ii. Simptom-Simptom Dan Komplikasi
§ Berdengkur
§ Terhenti bernafas yang disaksikan oleh teman tidur
§ Pernafasan tidak teratur semasa tidur
§ Tidak puas atau tidak lena tidur
§ Sakit kepala apabila bangun pagi atau pada sebelah pagi
§ Tersangat mengantuk pada siang hari
§ Hilang tumpuan pada waktu siang
§ Kurang ingatan
§ Darah tinggi
§ Kemalangan jalanraya akibat terlelap semasa memandu
§ Kemalangan di tempat kerja terutama mereka yang mengendalikan peralatan-peralatan seperti jentera-jentera berat dan sebagainya.
iii. Siapakah yang berisiko mendapat OSA?
§ Berat badan berlebihan atau obesiti
§ Lelaki
§ Umur meningkat
§ Terdapat sejarah OSA dalam keluarga
§ Pengambilan alkohol
§ Pengambilan ubat sedatif
§ Merokok
§ Kelainan anatomi di bahagian atas sistem pernafasan
§ Pesakit hypotiroid, pesakit akromegali
Jika anda syak yang anda ada masalah pernafasan semasa tidur, anda dinasihatkan berjumpa doktor yang akan merujuk kepada pakar permasalahan tidur.
iv. Apakah soalan-soalan yang akan ditanya oleh doktor?
§ Adakah anda rasa penat atau tidak bermaya setiap waktu?
§ Adakah anda selau tidur pada siang hari?
§ Adakah anda susah untuk tidur sepanjang malam?
§ Adakah anda terpaksa buang air kecil banyak kali pada waktu malam?
§ Sejak bila anda mengalami masalah ini?
§ Adakah simptom anda berterusan atau terjadi pada waktu tertentu sahaja?
§ Seteruk manakah simptom anda?
§ Apakah yang mengurangkan simptom anda?
§ Apakah yang menerukkan lagi simptom anda?
Mendapatkan diagnosa dan rawatan awal adalah penting untuk mengurangkan risiko komplikasi dan seterusnya mendapatkan kualiti hidup yang baik.
v. Apakah yang anda boleh lakukan sebelum berjumpa dengan doktor?
§ Cuba tidur secara mengiring.
§ Hindarkan dari pengambilan alkohol atau ubat sedatif.
§ Jika anda mengantuk, jangan memandu atau mengendalikan jentera-jentera berat kerana risiko untuk kemalangan adalah tinggi.
vi. Apakah terjadi semasa PSG?
Di makmal tidur, staf akan memasangkan sensor pada badan anda untuk memantau tidur. Sensor-sensor akan dipasang pada:
§ Hidung
§ Kelopak mata
§ Bahagian kepala
§ Bahagian dada
§ Bahagian abdomen
Semasa tidur kamera infrared akan dipasang untuk melihat kelakuan anda semasa tidur. Ujian ini dijalankan semalaman.
Apabila keputusan telah diperolehi, pakar akan berbincang dengan anda samada anda disahkan mengidap penyakit permasaalahan tidur, jika ada, berapa teruk dan kesannya terhadap kesihatan anda dan rawatan pilihan yang boleh diberikan.
Anda juga akan dirujuk kepad pakar telinga hidung dan tekak untuk memeriksa samada bahagian atas salur pernafasan tersumbat seperti organ tonsil yang besar, saluran hidung terlalu sempit atau senget, atau terdapat polip di dalam hidung.
vii. Adakah ianya boleh dirawat?
1. Permasalahan pernafasan semasa tidur boleh dirawat dengan menggunakan peralatan berikut:
- Alat “Continuous Positive Airway Pressure” (CPAP) – memberi tekanan yang boleh membuka saluran pernafasan dan tekanan adalah tetap.
- Alat “Automatic Positive Airway Pressure” (APAP) – memberi tekanan mengikut tahap penyumbatan salur pernafasan.
Alat “Bilevel”- ini digunakan dimana tekanan yang tinggi diperlukan untuk memudahkan menghembus angin keluar semasa bernafas.
Rawatan yang diberikan akan:
§ Membuka saluran pernafasan yang tersumbat dan memudahkan bernafas.
§ Mengurangkan atau menghilangkan dengkuran.
§ Seterusnya memperbaiki kualiti tidur anda dan teman anda.
§ Anda mendapat rehat yang secukupnya dan boleh berfungsi dengan baik pada siang hari.
2. Segelintir pesakit memerlukan rawatan pembedahan.
3. Bagaimana ahli keluarga boleh membantu?
Seringkali, pesakit tidak tahu yang mereka mengalami penyakit ini. Mereka tidak sedar yang pernafasan mereka berhenti banyak kali semasa mereka tidur. Ahli keluarga dan teman tidur adalah orang yang mula-mula menyedari yang pesakit itu berdengkur dan berhenti bernafas.
Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh ahli keluarga termasuk:
§ Memberitahu pesakit bahawa mereka berdengkur
§ Menggalakkan pesakit mendapat rawatan
§ Membantu pesakit mematuhi arahan doktor termasuk penggunaan alat CPAP
§ Alat dibersihkan secara berkala
§ Sokongan secara emosi dan moral
§ Adalah penting pesakit permasalahan tidur berjumpa doktor untuk diagnosa dan rawatan yang betul. Harus diingat, permasaalahan tidur akan memperbaiki kesihatan keseluruhan pesakit termasuk kebahagiaan dan kualiti tidur, bukan sahaja untuk pesakit, tetapi untuk seluruh keluarga. Pemeriksaan susulan adalah penting, untuk memastikan rawatan anda berkesan dan tiada kesan sampingan.
viii.Apakah langkah – langkah pencegahan yang boleh
disarankan?
Mengamalkan cara hidup sihat dengan :
§ Mengawal berat badan.
§ Pemakanan yang seimbang.
§ Senaman.
§ Tidak mengambil alkohol atau ubat sedatif.
§ Dapatkan rawatan jika anda mengalami penyakit darah tinggi, hipotiroid atau akromegali.
e) Chronic Obstructive Pulmonary Disease
i. Apakah itu COPD?
COPD adalah satu penyakit kronik sistem pernafasan, di mana terjadi penyempitan dan radang (inflamasi) pada saluran pernafasan. Ia merupakan sebab keempat kemasukkan dalam hospital dan di jangka pada tahun 2020, ia akan menjadi penyebab kematian ketiga secara keseluruhan.
Merokok adalah penyebab utama penyakit COPD. Penyakit ini boleh menyerang sama ada lelaki atau wanita dan ia meningkat dengan usia.
ii. Apakah gejala penyakit COPD?
§ Sesak nafas sewaktu melakukan aktiviti atau semasa rehat
§ Sesak nafas terutama sekali waktu pagi waktu bangun tidur
§ Batuk berkahak berpanjangan
§ Nafas berbunyi (wheezing)
§ Ciri-ciri kegagalan paru-paru dan jantung bengkak dan bengkak kaki
iii. Apakah risiko penyakit COPD?
Risiko adalah:
· Merokok- merupakan penyebab utama di mana risiko lebih tinggi sekiranya individu kerap merokok
· Perokok pasif
· Pencemaran udara
· Jangkitan virus meyebabkan salur pernafasan menjadi aktif
· Bekerja di kuari dan sentiasa terdedah pada habuk
· Genetik- Alpha 1-antitrypsin deficiency
iv. Apakah matlamat rawatan COPD?
Matlamat rawatan COPD adalah untuk:
· Meningkatkan kualiti kehidupan tanpa masalah pernafasan
· Mengurangkan kerosakan pada paru-paru
· Mencegah dan merawat komplikasi jantung bengkak
· Memanjangkan jangka hayat
· Mengurangkan serangan pernafasan dan kemasukkan ke hospital
Rawatan untuk COPD :
Pendidikan
· Berhenti merokok dan pendedahan terhadap asap rokok kerana ia dapat mengurangkan kerosakan paru-paru.
· Berhenti merokok juga dapat memanjangkan jangka hayat walaupun individu tersebut merokok dalam kuantiti yang banyak sebelumya.
Ubat-ubatan
· Ubat-ubat sedutan seperti ipratropium bromide, salbutamol, dan terbutaline dapat mengurangkan ketegangan otot bronkial dan melegakan penyempitan bronkus akibat kontraksi. Kebaikan mengambil ubat sedut adalah ia terus masuk ke paru-paru dan bertindak cepat dengan kurang kesan sampingan. Terdapat juga persediaan ubat-ubatan pil seperti neulin SR, dan theodur.
· Penggunaan ubat-ubat steroid secara sistemik adalah penting semasa serangan pernafasan (acute exacerbation). Ia boleh didapati dalam bentuk alat sedut, pil dan suntikan.
· Antibiotik - 'broad-spectrum' antibiotik selalu digunakan, jika ada tanda-tanda jangkitan kuman.
· Ubat-ubat pencair kahak (Mucolytic agent) untuk mencairkan kahak supaya mudah dikeluarkan.
· Ubat batuk seharusnya tidak digunakan.
f) Kanser Paru-paru
i. Apakah itu kanser paru-paru?
Kanser terjadi apabila sel-sel normal melalui satu proses transformasi yang mengakibatkan sel-sel membiak luar kawalan. Sel-sel ini akan membentuk suatu tumbuhan atau tumor yang berlainan daripada tisu asal. Tumor adalah merbahaya kerana ia menggunakan oksigen, nutrien dan ruang sel-sel sihat seterusnya merebak, akibatnya, ia merosakkan atau mengurangkan upaya tisu berfungsi secara normal.
· Di dalam badan, tumor boleh merebak ke kelenjar berdekatan atau menular ke anggota lain melalui perjalanan darah. Proses ini dipanggil “metastasis”.
· Apabila kanser paru-paru merebak atau bermetastasis, tumor di dalam paru-paru dipanggil tumor primari dan tumor di bahagian badan yang lain dikenali dengan tumor sekunder atau tumor metastatik.
ii. Apakah jenis-jenis kanser paru-paru?
Kanser paru-paru biasanya dibahagi mengikut 2 kumpulan besar bergantung kepada jenis-jenis sel iaitu:
1. “Non-small cell lung cancer” (NSCLC) yang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
o Adenocarcinoma (30-40%)
o Squamous cell carcinoma (30%)
o Large cell cancer (10%)
2. Small cell lung cancer” (SCLC) (20%), jenis ini jarang didapati, tetapi sel-sel kanser membiak secara sangat pantas dan telah merebak ke bahagian badan yang lain semasa didiagnos.
Jenis-jenis lain kanser paru-paru yang jarang ditemui ialah “carcinoid tumor” dan “lymphoma” (5%)
iii. Apakah penyebab kanser paru-paru?
Menghisap rokok (90%), sama ada aktif atau pasif, adalah penyebab utama kanser paru-paru . Penyelidikan sejak tahun 1950an telah menunjukkan dengan jelas kaitan rokok dan kanser paru-paru.
· Asap rokok mengandungi lebih dari 4,000 bahan kimia, banyak daripadanya telah dikenalpasti penyebab kanser paru-paru.
· Menghisap 20 batang rokok sehari berisiko sebanyak 20 hingga 25 kali ganda mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.
· Apabila seseorang berhenti merokok, risiko mendapat kanser paru-paru beransur kurang. Lebih kurang setelah 15 tahun berhenti merokok, risiko mendapat kanser paru-paru berkurangan sama seperti seseorang yang tidak pernah merokok.
· Menghisap curut serta paip juga meningkatkan risiko mengidap kanser paru-paru.
Sebab-sebab lain kanser paru-paru ialah:
· Pencemaran udara dari asap kereta, asap kilang dan lain.
· Pendedahan kepada asbestos memberi risiko mendapat kanser paru-paru sebanyak 9 kali ganda. Gabungan antara asap rokok dan asbestos meningkatkan risiko setinggi 50 kali ganda. “Mesothelioma” (kanser yang asalnya dari selaput paru-paru) adalah berkait rapat dengan pendedahan kepada asbestos.
· Penyakit paru-paru seperti tuberkulosis dan “chronic obstructive pulmonary disease” (COPD) juga meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat kanser paru-paru.
· Pendedahan kepada radon/radium (bahan yang terjadi daripada uranium) juga adalah risiko kanser paru-paru.
· Pekerjaan yang terdedah kepada arsenic, kromium, nikel, hidrokarban aromatik dan eter juga boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru.
iv. Apakah simptom kanser paru-paru?
Anda mungkin tiada simptom atau anda mengalami gejala seperti batuk atau sesak nafas yang mungkin anda kaitkan dengan sistem pernafasan. Walaubagaimanapun, simptom kanser paru-paru termasuk:
· Batuk atau batuk yang tidak hilang. Memang diketahui perokok mengalami batuk yang kronik akibat dari asap rokok, tetapi perubahan atau batuk yang bertambah teruk adalah satu gejala penting.
· Sakit di bahagian dada, bahu dan belakang berpanjangan dan lebih sakit jika menarik nafas panjang.
· Nafas berbunyi.
· Sesak nafas.
· Suara serak.
· Batuk berdarah.
· Bengkak di bahagain leher atau muka.
· Hilang selera makan dan badan susut.
· Berasa terlalu letih dan lemah
· Kerapkali mendapat jangkitan paru-paru atau “pneumonia”.
· Bentuk hujung jari tangan atau kaki berubah serta membonjol.
v. Bila masa untuk berjumpa doktor?
Dinasihatkan untuk berjumpa doktor apabila perkara-perkara berikut berlaku:
· Terdapat simptom kanser paru-paru
· Batuk atau batuk yang berubah
· Batuk bercampur darah atau batuk berdarah
· Susut berat badan
· Berasa terlalu letih
· Badan berasa sakit dan punca tidak diketahui
Pergi berjumpa doktor dengan kadar segera jika:
· Batuk berdarah dengan kadar yang sangat banyak
· Sesak nafas secara tiba-tiba
· Sakit dada yang tidak hilang
· Lumpuh secara tiba-tiba
· Kabur penglihatan secara tiba-tiba
vi. Bagaimana cara untuk mengdiagnosa kanser paru-paru?
Setelah mendapatkan simptom dan mendapatkan riwayat, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal. Selepas itu, ujian-ujian akan dijalankan untuk memastikan diagnosa dan juga untuk mengenalpasti komplikasi-komplikasi yang terdapat
Ujian-ujian itu adalah seperti berikut iaitu pemeriksaan:
· Darah
· Kahak
· X-ray dada –tidak semua yang abnormal di dalam x-ray dada adalah kanser, misalnya parut, jangkitan kuman dan pengumpulan kalsium
· Scan bahagian dada (thorax) – ujian ini boleh melihat paru-paru secara tiga dimensi, ia juga boleh mengukur saiz kanser selain dari itu ia boleh mengesan penularan kanser ke organ-organ lain seterusnya memberi gambaran tahap atau stage kanser paru-paru
· Bronkoskopi adalah satu prosidur di mana satu tiub fleksible di mana di hujungnya terdapat sebuah lampu yang disambung ke sebuah kamera. Ini membolehkan doktor melihat di dalam saluran pernafasan dan jika terdapat sesuatu bonggol atau tumbuh, ia akan dibiopsi untuk mengenalpasti jenis sel kanser paru-paru
· Pleuroskopi – Ini adalah satu prosidur yang dilakukan apabila terdapat cecair berlebihan dalam selaput paru-paru yang boleh disebabkan oleh kanser paru-paru, samada primari atau metastatic. Pleuroskop adalah satu tiub dan di hujungnya terdapat lampu disambungkan ke kamera. Selain daripada mengeluarkan cecair belebihan untuk dihantar ujian, biopsi juga boleh dilakukan untuk mengenalpasti jenis sel kanser.
· “Positron Emission Tomography” (PET) scan dilakukan bukan sahaja untuk mengelpasti kanser tetapi boleh mengesan metastasis.
· Imbasan tulang sekarang jarang dilakukan setelah adanya ujian-ujian lain seperti di atas.
· Mediastinskopi dahulunya dilakukan untuk mengenalpasti metastas tetapi sekarang jarang dilakukan kerana terdapat ujian-ujian seperti di atas yang kurang invasif.
· Ujian paru-paru dilakukan untuk mengukur fungsi pernafasan seseorang.
vii. Apakah rawatan untuk kanser paru-paru?
Rawatan bergantung kepada:
1. Jenis kanser
2. Tahap/”Stage” Kanser
3. Keadaan fizikal dan fungsi pernafasan seseorang
Rawatan yang selalu digunakan adalah:
· Pembedahan – untuk kanser peringkat awal
· Kimoterapi
· Radioterapi
· Kemoterapi dan radioterapi
· Terapi secara target (targeted therapy) untuk kanser paru-paru yang di mana, sel-sel kanser terdapat “epidermal growth factor receptor (EGFR)”. Untuk kanser jenis ini rawatan secara pengubatan diberikan dengan ubatan “tyrosine kinase inbihitor” (TKI). Contoh-contoh ubat ini ialah gefitinib dan erlotinib. Ia akan diambil oleh pesakit secara oral sekali sehari.
· Paliatif untuk peringkat kanser yang sangat teruk
Rawatan susulan
· Selepas sesuatu kanser peringkat awal telah dibuang melalui pembedahan, ada risiko untuk kembali selalunya dalam masa dua tahun.
· Ujian dilakukan secara berkala untuk mengenalpasi kanser berulang
viii. Apakah rawatan paliatif?
Rawatan paliatif bermaksud rawatan secara medikal atau “nursing care” untuk mengurangkan simtom dan kesengsaraan dan bukanlah rawatan penyembuhan. Oleh kerana hanya sebilangan kecil sahaja pesakit kanser paru-paru dapat sembuh, tujuan utama rawatan adalah untuk melegakan simtom. Rawatan paliataif termasuk:
· Mengurangkan rasa sakit
· Mengurangkan sesak nafas
· Mengurangkan rasa cemas
· Memudahkan tidur
· Rawatan kemurungan
Ini semua dilakukan supaya seseorang pengidap kanser paru-paru boleh menghabiskan sisa-sisa hidup dengan kualiti hidup yang baik dan boleh melakukan perkara-perkara asas seperti bersolat, sedikit riadah ringan supaya ia tidak berasa terasing daripada keluarga dan masyarakat.
ix. Apakah langkah pencegahan kanser paru-paru?
Buat masa ini tiada cara kos efektif yang boleh mengesan kanser paru-paru pada peringkat awal dan pesakit biasanya datang pada peringkat yang lewat. Oleh yang demikian, pencegahan yang paling berkesan adalah tidak terdadah pada asap rokok sama ada merokok secara aktif atau pasif. Pada mereka yang merokok, dinasihatkan berhenti merokok. Pendedahan pada anasir-anasir yang boleh menyebabkan kanser juga disarankan.
g) Prosidur Bronkoskopi
i. Apakah itu prosidur Bronkoskopi?
Bronkoskopi adalah pemeriksaan saluran pernafasan. Ia membantu doktor membuat diagnosis penyakit paru-paru, mengeluarkan lendir atau sesuatu benda dari saluran pernafasan.
ii. Bagaimana prosidur ini dijalankan?
Bronkoskop adalah satu tube kecil yang sangat fleksibel, saiznya hampir sama dengan saiz sebatang pensil. Setelah tekak anda di kebaskan dengan ubat bius, alat ini dimasukkan melalui hidung atau mulut.Ia akan melalui peti mel suara, menuruni tekak utama, dan terus ke dalam paru-paru anda. Selama prosidur ini dijalankan , anda dinasihatkan tidak bercakap. Doktor boleh melihat keadaan dalam paru-paru anda dan boleh mengambil sedikit sampel tisu jika diperlukan.
iii. Apakah persediaan yang perlu dilakukan ?
Berpuasa dari pukul 12 tengah malam pada hari sebelumnya:
§ Sila ambil ubat darah tinggi pada pukul 6 pagi, tanpa sarapan.
§ Sila daftarkan diri anda di pusat rawatan harian pada pukul 8 pagi pada tarikh yang ditetapkan.
§ Anda akan diminta menukar baju, dan menyim-pan gigi palsu (jika ada) dan barang-barang persendirian seperti cermin mata dan jam tangan di tempat selamat.
§ Doktor akan menerangkan prosidur yang akan dilakukan dan meminta anda menandatangani boring keizinan, Sila ajukan soalan kepada doktor sekiranya ada keraguan. Seseorang yang layak boleh menandatangani borang ini untuk pihak anda diatas sebab tertentu.
iv. Apakah yang dilakukan semasa prosedur?
Sekurang-kurangnya seorang Penolong Pegawai Perubatan dan jururawat akan berada bersama anda sepanjang pemeriksaan. Anda akan dipasangkan klip kecil di jari anda untuk mengukur denyut nadi anda dan tahap oksigen dalam darah.
Doktor pula akan menyembur ubat bius ke dalam hidung dan tekak supaya kebas. Anda akan rasa agak pahit dan terbatuk Kemudian anda akan diberikan suntikan ubat tidur pada lengan anda. Kebanyakan pesakit mungkin tidak beberapa ingat apa yang dilakukan keatas mereka setelah dibius.Tiub plastic kecil akan dimasukan ke dalam lubang hidung untuk bantuan oksigen.
Sejumlah kecil cecair (untuk prosidur cuci) dimasukkan ke dalam paru-paru dan kemudian dipindahkan kembali ke-luar oleh penyedut. Cecair ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diperiksa, Biopsi (sampel tisu paru-paru) mungkin akan diambil semasa prosidur untuk dihantar ke makmal untuk diuji. Anda tidak akan merasakan sakit ketika biopsi diambil. Ketika pemeriksaan ini selesai bronkoskop akan ditanggalkan dengan cepat dan mudah.Pemeriksaan berjalankan selama 15 -20 minit.
v. Apakah prosidur ini berisiko?
Prosidur ini sangat selamat. Namun terdapat beberapa risiko yang berkaitan dengan bronkoskopi seperti:
1. Pendarahan selepas biopsi.Anda mungkin batuk sedikit darah. Hal ini adalah perkara biasa dan biasanya berhenti dalam masa 24 jam. Jika pendarahan terus berlanjutan sila hubungi doktor atau pergi ke bahagian kecemasan hospital.
2. Tekak anda mungkin merasa sedikit sakit dan suara menjadi sedikit serak. Semua keadaan ini akan kembali seperti biasa sehari selepas ujian.
3. Paru-paru tidak berfungsi (jarang berlaku), anda mungkin perlu duduk di ward untuk selama beberapa hari, sementara paru-paru tersebut kembali berfungsi secara biasa.
4. Jangkitan (jarang berlaku), - jika berlaku maka anda akan dirawat dengan antibiotik.
5. Suhu Badan rendah - umumnya hanya berlangsung selama 2-3 jam selepas prosedur. Jika suhu anda rendah secara selepas dua hari sila hubungi doktor anda. Anda mungkin mempunyai jangkitan. Boleh dirawat dengan tablet antibiotik.
6. Jika anda mempunyai asma atau bronkitis -anda mungkin mengalami pernafasan yang sempit atau batuk selama prosidur, anda mungkin akan diberi nebulizer atau prednisolone selepas bronkoskopi.
h) Prosidur Pleuroskopi
i. Apakah itu prosidur Pleuroskopi?
§ PLEUROSKOPI adalah pemeriksaan secara visual yang dijalankan oleh pakar respiratori di dalam ruang pleura (pleural space) iaitu ruang di antara paru-paru dan dinding dada. Prosedur ini dijalankan untuk memeriksa ruang pleura, mengesan sekiranya terdapat sebarang ketumbuhan, mengambil contoh air pleura (dipanggil pleural effusion) untuk analisa makmal dan mengambil biopsi tisu pleura untuk pemeriksaan patologi.
§ Pleura adalah lapisan selaput yang mengelilingi paru-paru di dalam dada. Sesaorang yang mengalami penyakit paru-paru berair berkemungkinan mempunyai selaput pleura yang tidak normal.
§ Pleuroskopi dijalankan dengan memasukkan trokar dan kanula plastik melalui dinding dada dan memasukkan tiub yang dipanggil flexi-rigid pleuroskop melalui kanula tersebut.
§ Pleuroskop mempunyai kamera mini pada bahagian hujungnya yang membolehkan gambar atau video diambil dan seterusnya dilihat di layar televisyen.
§ Pleuroskop juga mempunyai saluran khas bagi menyedut keluar air pleura untuk analisis selain mengambil biopsi tisu pleura yang tidak normal.
ii. Bagaimana prosidur ini dijalankan?
· Sebelum menjalani pleuroskopi, pesakit perlu berpuasa sekurang-kurangnya selama lapan jam.
· Pesakit juga akan diberi ubat pelali dan penahan sakit yang akan menyebabkan pesakit merasa mengantuk dan tidak sakit semasa pleuroskopi dijalankan.
· Pesakit masih bernafas secara spontan semasa prosedur dijalankan. Kelebihan prosedur ini ialah ianya tidak memerlukan ‘general anaesthesia’ (yang menyebabkan pesakit tidak sedar) atau bantuan mesin pernafasan (ventilator).
· Semasa ujian pleuroskopi dijalankan, pesakit akan berbaring di sebelah kiri atau kanan bergantung kepada paru-paru mana yang mengandungi air pleura.
· Alat untuk mengawasi fungsi badan (vital signs) akan dipasang (BP cuff, ECG monitor, tekanan darah dan O2 saturation monitor).
· Selepas itu, kulit pesakit di mana terdapat air pleura akan dibersihkan dan dibalut dengan kain yang steril. Sedikit ubat bius akan disuntik di kulit sehingga ke lapisan pleura.
· Selepas itu, satu potongan kecil sepanjang satu hingga 1.5 sentimeter akan dibuat di bahagian kulit yang sudah diberi bius tadi. Potongan itu akan dilebarkan ke ruang pleura. Selepas itu, trokar dan kanula plastik akan dimasukkan ke dalam potongan tersebut. Pada peringkat ini, pesakit mungkin akan berasa sedikit kurang selesa.
· Kemudian, pleuroskop akan dimasukkan melalui kanula selepas trokar plastik dikeluarkan. Pada peringkat ini, paru-paru pesakit berada di dalam keadaan menguncup (collapsed) yang membolehkan doktor melihat ruang pleura dan paru-paru dengan jelas di layar televisyen.
· Air pleura juga boleh disedut keluar dan dihantar untuk analisis makmal. Biopsi pula boleh diambil dari mana-mana bahagian selaput pleura yang kelihatan tidak normal.
· Apabila selesai, pleuroskop akan dikeluarkan dan satu tiub dada (chest tube) akan dimasukkan ke dalam ruang pleura dan disambungkan ke botol berisi air untuk mengembangkan semula paru-paru.
· Keseluruhan prosedur ini mengambil masa antara 30 hingga 45 minit sahaja. Satu gambar imbasan Sinar-X juga akan dibuat selepas pleuroskopi dijalankan. Setelah paru-paru mengembang semula sepenuhnya dan tiada lagi air keluar, tiub dada tadi akan dibuka.
iii. Apakah tujuan ianya dilakukan?
Pesakit perlu menjalani pleuroskopi untuk:
§ menyiasat punca adanya air di ruang pleura.
§ mengambil biopsi dari selaput yang mengelilingi paru-paru (dipanggil parietal pleura) bagi mengesan kanser paru-paru atau penyakit tuberkulosis (tibi).
§ menutup ruang pleura supaya tidak berulang lagi air atau udara bertakung di ruangnya (teknik dipanggil talc poudrage) di dalam kes malignant pleural effusion dan pneumothorax’.
iv. Apakah prosidur ini berisiko?
Prosedur pleuroskopi adalah selamat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa risiko biasa yang dikaitkan dengan prosedur ini seperti;
§ Udara boleh terlepas dari paru-paru ke dalam ruang pleura untuk masa yang lama (prolonged air leak).
§ Pendarahan.
§ Udara terlepas dari ruangan pleura dan terperangkap di bawah kulit (subcutaneous emphysaema).
§ Demam selepas prosedur.
§ Air di ruang pleura dijangkiti kuman dan menjadi bernanah (empyema).
§ Potongan kulit untuk memasukkan pleuroskop dijangkit kuman.
§ Denyutan jantung yang tidak normal (arrythmia).
§ Tekanan darah boleh jatuh (hypotension).
§ Untuk kes mesothelioma, sel barah boleh memasuki kulit mengikut arah kanula.
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklumbalas
Peta Laman











