Soalan Lazim (FAQ)
Dapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan perkhidmatan, kemasukan ke wad, caj hospital, waktu melawat dan kemudahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Klik pada mana-mana soalan di bawah untuk melihat jawapan. Maklumat adalah tertakluk kepada dasar dan peraturan semasa Hospital Sultanah Nur Zahirah serta Kementerian Kesihatan Malaysia.
1. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan rawatan kepakaran di HSNZ?
Pesakit perlu menjalani pemeriksaan terlebih dahulu oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan atau fasiliti kesihatan yang berkaitan. Sekiranya rawatan kepakaran diperlukan, pesakit akan dirujuk kepada klinik atau doktor pakar yang berkaitan di HSNZ.
2. Bagaimanakah jika saya mengalami kecemasan dan memerlukan rawatan segera?
Bagi kes kecemasan, pesakit boleh mendapatkan rawatan terus di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSNZ.
Keutamaan rawatan diberikan berdasarkan tahap keseriusan keadaan pesakit melalui proses triage dan bukan berdasarkan turutan masa ketibaan.
3. Apakah dokumen yang perlu dibawa untuk kemasukan ke wad?
Antara dokumen yang mungkin diperlukan ialah:
- Borang atau surat rujukan masuk wad;
- Kad Pengenalan atau pasport;
- Sijil kelahiran bagi kanak-kanak;
- Surat Jaminan (GL/eGL), jika berkenaan;
- Kad Pesara, jika berkenaan;
- Kad OKU, jika berkenaan; dan
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan.
4. Berapakah bayaran deposit bagi kemasukan ke wad untuk warganegara Malaysia?
Kadar deposit bagi pesakit Kelas 3 adalah seperti berikut:
| Jenis Rawatan | Deposit |
|---|---|
| Perubatan | RM20 |
| Pembedahan | RM30 |
| Ortopedik | RM30 |
| ENT | RM20 |
| Obstetrik | RM15 |
| Ginekologi | RM20 |
| Pediatrik | RM20 |
5. Berapakah bayaran deposit bagi bukan warganegara?
Kadar deposit Kelas 3 yang berkaitan adalah seperti berikut:
| Jenis Rawatan | Deposit |
|---|---|
| Perubatan | RM400 |
| Pembedahan | RM800 |
| Ortopedik | RM800 |
| Obstetrik | RM800 |
| Ginekologi | RM400 |
Kadar bagi kategori atau rawatan lain hendaklah disahkan dengan Kaunter Hasil HSNZ.
6. Berapakah caj wad Kelas 3?
Bagi orang awam warganegara Malaysia, caj wad Kelas 3 ialah RM3 sehari.
Bagi bukan warganegara, caj wad Kelas 3 ialah RM40 sehari dan caj rawatan ialah RM10 sehari.
Kadar adalah tertakluk kepada pindaan semasa.
7. Siapakah yang boleh mendapat pengecualian caj atau bayaran hospital?
Pengecualian tertentu boleh diberikan berdasarkan peraturan semasa Kementerian Kesihatan Malaysia kepada golongan yang layak, termasuk golongan kurang berkemampuan yang menerima bantuan kebajikan kerajaan, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Pesakit yang tidak berkemampuan menjelaskan bil boleh membuat permohonan kepada Pengarah Hospital, tertakluk kepada semakan dan pengesahan dokumen sokongan.
8. Adakah pesakit OKU mendapat pengecualian bayaran?
Individu OKU yang layak boleh diberikan pengecualian caj tertentu berdasarkan peraturan semasa Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pesakit hendaklah mengemukakan Kad OKU yang sah atau dokumen berkaitan semasa urusan pendaftaran atau pembayaran bagi tujuan pengesahan kelayakan.
9. Adakah rawatan penyakit berjangkit dikecualikan daripada bayaran?
Pengecualian tertentu diberikan bagi rawatan penyakit berjangkit mengikut kategori pesakit, jenis penyakit dan peraturan semasa Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pesakit atau waris disarankan mendapatkan pengesahan daripada Kaunter Hasil HSNZ bagi menentukan kelayakan.
10. Apakah kemudahan bagi pegawai kerajaan?
Pegawai kerajaan hendaklah memastikan Surat Jaminan (GL/eGL) yang berkaitan tersedia bagi tujuan pengesahan kelayakan.
Kemudahan rawatan kepada pegawai dan tanggungan adalah tertakluk kepada peraturan perkhidmatan kerajaan yang sedang berkuat kuasa.
11. Apakah dokumen yang diperlukan bagi pesara kerajaan?
Pesara kerajaan hendaklah membawa Kad Pesara bagi tujuan pengesahan.
Kemudahan rawatan bagi pesara dan ahli keluarga adalah berdasarkan kelayakan mengikut peraturan semasa.
12. Bolehkah bayaran dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit?
Ya. Kemudahan pembayaran secara elektronik disediakan di kaunter-kaunter berkaitan, tertakluk kepada kemudahan yang tersedia.
13. Apakah waktu melawat pesakit di wad HSNZ?
| Hari | Waktu Melawat |
|---|---|
| Ahad โ Khamis | 12.00 tengah hari โ 2.00 petang 5.00 petang โ 7.00 malam |
| Jumaat, Sabtu & Hari Kelepasan Am | 11.00 pagi โ 2.00 petang 4.00 petang โ 7.00 malam |
Waktu melawat boleh berubah dalam situasi tertentu atau atas arahan pihak pengurusan hospital.
14. Adakah kanak-kanak dibenarkan melawat pesakit di wad?
Langkah ini bertujuan menjaga keselamatan serta mengurangkan risiko jangkitan.
15. Adakah waris atau penjaga dibenarkan menemani pesakit di dalam wad?
Ya, bagi pesakit yang memenuhi kriteria dan memerlukan bantuan khusus. Kebenaran perlu diperoleh daripada pihak wad.
- Hanya seorang peneman dibenarkan bagi setiap pesakit;
- Peneman perlu mempunyai pas atau kebenaran yang berkaitan;
- Bagi wad perempuan, peneman hendaklah wanita; dan
- Ibu atau bapa boleh menjaga kanak-kanak yang dirawat di wad kanak-kanak, tertakluk kepada peraturan wad.
16. Bolehkah waris melawat pesakit di luar waktu melawat?
Lawatan di luar waktu melawat hanya dibenarkan dalam keadaan tertentu seperti bagi pesakit kritikal, apabila waris dipanggil oleh pegawai perubatan atau atas kebenaran pihak wad.
17. Apakah waktu melawat bagi wad kritikal seperti ICU, CCU atau HDW?
๐ 5.00 petang โ 7.00 malam
Waktu ini terpakai setiap hari termasuk Jumaat, Sabtu dan Hari Kelepasan Am, tertakluk kepada arahan wad.
18. Bolehkah makanan dari luar dibawa masuk ke wad?
Pesakit dan waris hendaklah mematuhi peraturan wad berkaitan makanan dari luar.
Bagi wad tertentu, terutama wad kritikal, makanan atau minuman dari luar mungkin tidak dibenarkan.
19. Apakah waktu operasi Kaunter Pendaftaran Masuk Wad dan Kaunter Hasil?
20. Bagaimanakah cara memohon laporan perubatan?
Permohonan boleh dibuat melalui Kaunter Jabatan Rekod Perubatan HSNZ dengan mengemukakan borang permohonan dan dokumen lengkap.
Antara dokumen yang mungkin diperlukan ialah:
- Maklumat pesakit;
- Salinan Kad Pengenalan;
- Salinan kad temujanji atau nota discaj; dan
- Surat keizinan pesakit atau waris, jika berkenaan.
21. Berapa lamakah tempoh untuk laporan perubatan disiapkan?
22. Berapakah caj laporan perubatan?
| Jenis Laporan | Warganegara | Warga Asing |
|---|---|---|
| Laporan biasa / Insurans / PERKESO / KWSP | RM40 | RM120 |
| Laporan ringkas oleh pakar | RM80 | RM240 |
| Laporan lengkap oleh pakar | RM200 โ RM1,000 | RM400 โ RM2,000 |
Kadar adalah tertakluk kepada jenis laporan, tahap kerumitan dan peraturan semasa.
23. Adakah pihak hospital bertanggungjawab terhadap kehilangan barang peribadi?
Pihak hospital tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan harta benda persendirian pesakit, waris atau pelawat.
Pesakit dan waris dinasihatkan supaya tidak membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak, barang kemas atau barangan berharga semasa berada di hospital.
24. Bagaimanakah saya boleh membuat aduan, cadangan, pertanyaan atau penghargaan?
Orang awam boleh mengemukakan aduan, penghargaan, pertanyaan atau cadangan melalui saluran maklum balas rasmi Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Sila berikan maklumat yang mencukupi bagi membantu pihak hospital menjalankan semakan dan tindakan susulan.
25. Apakah nombor telefon dan alamat Hospital Sultanah Nur Zahirah?
๐ Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
โ๏ธ 09-621 2121
Semua kadar caj, pengecualian bayaran, waktu operasi, waktu melawat dan polisi hospital adalah tertakluk kepada pindaan semasa Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sekiranya terdapat percanggahan, arahan atau polisi terkini yang dikeluarkan oleh HSNZ atau KKM hendaklah diguna pakai.
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklumbalas
Peta Laman











