Aksesibiliti:
Sabtu, 29 Ogos 2026
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu

PENGENALAN

Unit Penyakit Berjangkit di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu mula beroperasi sejak tahun 1996. Pada permulaan perkhidmatan, lokasi ini terletak di tingkat bawah (Physician Clinic) di dalam bangunan utama Hospital Sultanah Nur Zahirah sehingga 2010. Klinik Penyakit Berjangkit beroperasi pada hari Rabu seminggu sekali di bawah pengawasan Pakar Perubatan Respiratori Dato Abd Razak Mutalib. Kemudian pada tahun 2001 hingga 2005 perkhidmatan klinik ini berada di bawah pengawasan Pakar Perubatan Respiratori Dr. Norhaya bt Mohd Razali.

Pada tahun 2005 Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Dr. Ahmad Kashfi bin Ab Rahman mengambil alih tugas dan sesi klinik masih beroperasi pada hari Rabu. Memandangkan peningkatan kehadiran pesakit, sesi klinik bertambah dari seminggu sekali kepada dua kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Rabu hingga sekarang. Unit ini telah berpindah pada 1 Januari 2011 dari bangunan utama Hospital Sultanah Nur Zahirah, ke bangunan Unit Pesakit Luar.

 

FUNGSI/SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang ditawarkan :-

                     i.            Klinik Penyakit Berjangkit

·         General Infectious Disease

·         Melioidosis

·         Leptospirosis

·         Chronic fungal infection

·         Sharps injury/Post-exposure prophylaxis

                   ii.            Penjagaan pesakit RVD di wad perubatan dan isolasi.

                  iii.            Penjagaan pesakit general ID yang dirujuk.

                 iv.            Rondaan di wad rawatan rapi.

                   v.            Rondaan wad oleh pasukan rawatan denggi (Dengue Team).

                 vi.            Menerima kes-kes rujukan dari mana-mana hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik swasta.

                vii.            Lawatan Pakar Perubatan/Pegawai Perubatan ke Hospital Hulu Terengganu setiap minggu 1-3 (Pegawai Perubatan) dan minggu ke-4 (Pakar Perubatan)

              viii.            Lawatan ke rumah bagi pesakit yang memerlukan.

                 ix.            Rondaan makmal mikrobiologi.

                   x.            Kaunseling secara berterusan kepada :-

·         Individu

·         Pasangan

·         Ahli keluarga

 

VISI/MISI/OBJEKTIF UNIT

Visi

Sentiasa berusaha ke arah perkhidmatan kesihatan yang cemerlang.

 

Misi

Memberi perkhidmatan yang komprehensif di dalam perawatan penyakit berjangkit amnya dan khususnya penyakit HIV/AIDS di Negeri Terengganu.

 

Objektif

                     i.            Memberi rawatan komprehensif kepada pesakit, pasangan dan ahli keluarga pesakit.

                   ii.            Memberi rawatan yang terkini, selamat dan berkesan kepada pesakit penyakit berjangkit.

                  iii.            Membantu mencegah penularan penyakit berjangkit di kalangan masyarakat.

                 iv.            Meningkatkan pengetahuan mengenai pengurusan penyakit berjangkit di kalangan pesakit dan juga anggota kesihatan.

🔁