Projek Hospital Kluster Terengganu Utara (HKTU) merupakan gabungan dan integrasi hospital-hospital di Terengganu yang berfungsi sebagai satu entiti dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan.
HKTU melibatkan:
- Hospital Sultanah Nur Zahirah (lead hospital)
- Hospital Hulu Terengganu (non lead hospital)
- Hospital Besut (non lead hospital)
- Hospital Setiu (non lead hospital)
Nota Penjelasan
Hospital pakar — hospital yang mempunyai pegawai perubatan pakar sebagai pegawai tetap di hospital tersebut. Contoh: Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Hospital tanpa pakar — hospital yang tidak mempunyai pegawai perubatan pakar sebagai pegawai tetap di hospital tersebut. Contoh: Hospital Hulu Terengganu, Besut dan Setiu.
Perkhidmatan kesihatan berpakar — taraf perkhidmatan kesihatan bertaraf pakar di hospital tanpa pakar dengan pantauan dan penyeliaan oleh pakar. Contoh: Hospital Hulu Terengganu, Besut dan Setiu di bawah program Hospital Kluster Terengganu Utara.
Lead hospital — hospital utama yang mengetuai hospital lain dalam kluster, serta menyediakan perkhidmatan kesihatan berpakar ke hospital lain dalam kluster. Contoh: Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Non lead hospital — hospital tambahan (extension hospital) dari lead hospital dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan. Contoh: Hospital Hulu Terengganu, Hospital Setiu, Hospital Besut.
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklumbalas
Peta Laman











