Laman Utama Program Butiran Program

Kursus ‘Drug Allergy Awareness’ Peringkat HSNZ

Maklumat Program

Selesai

Jabatan Dermatologi, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akan menganjurkan Kursus Drug Allergy Awareness Tahun 2026 pada 25 Oktober 2026 (Ahad), bertempat di Auditorium ACC, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Kursus ini bertujuan menyampaikan pengetahuan dan meningkatkan kesedaran mengenai tanda-tanda alahan ubat serta risiko sekiranya tidak dikenal pasti dan dirawat lebih awal, Memberi pendedahan mengenai jenis-jenis alahan ubat, khususnya reaksi akut yang boleh mengancam nyawa, kepada semua anggota kesihatan, Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas anggota kesihatan di Negeri Terengganu dalam mengenal pasti serta mengendalikan tanda-tanda alahan ubatan, Meningkatkan keyakinan diri anggota kesihatan di Negeri Terengganu dalam menguruskan kes-kes alahan ubat pada peringkat awal, Memenuhi keperluan latihan dalaman tahunan bagi anggota kesihatan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkaitan.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memperkukuh pengetahuan dan kompetensi anggota kesihatan dalam mengenal pasti, melaporkan dan menguruskan alahan ubat dengan lebih berkesan demi meningkatkan keselamatan pesakit serta kualiti perkhidmatan kesihatan.

Tarikh Program
25 Oct 2026
07:30 – 17:00
Tempat
Auditorium ACC, HSNZ
Lihat di Peta
Mod
Fizikal
Penganjur
JABATAN DERMATOLOGI
Kapasiti
60 peserta   2 tempat berbaki
Yuran
Percuma
Sasaran Peserta
Kakitangan HSNZ sahaja Pengesahan IC diperlukan
Tempoh Pendaftaran
Dibuka 25/10/2026 · 07:30 AM
Ditutup 25/10/2026 · 05:30 PM
Pendaftaran telah ditutup
Bahan program untuk peserta
Slaid dan dokumen rujukan. Sahkan No. IC / pasport untuk memuat turun.
Lihat bahan
Pendaftaran Ditutup
Program ini tidak lagi menerima pendaftaran baru.