Sebelum program
Semasa tempoh pendaftaran dibuka.
-
Langkah 1: Pilih program
Buka senarai program dan pilih program yang dibuka. Program jemputan hanya boleh didaftar melalui pautan yang diberi oleh urus setia.
Lihat program dibuka -
Langkah 2: Isi borang pendaftaran
Masukkan maklumat anda dengan No. IC atau Pasport. Kakitangan HSNZ disemak secara automatik dengan rekod staf. Bagi program berbayar, buat bayaran dahulu, kemudian isi butiran bayaran dan muat naik resit.
-
Langkah 3: Simpan halaman status
Selepas mendaftar, halaman Status Penyertaan dipaparkan dan pautannya dihantar ke e-mel anda (semak juga folder Spam). Anda boleh membukanya semula bila-bila masa dengan No. IC atau Pasport.
Semak status
Hari program dan selepasnya
Ikut arahan urus setia pada hari program.
-
Langkah 4: Rekod kehadiran
Pada hari program, imbas kod QR kehadiran yang dipaparkan oleh urus setia. Bagi program dalam talian, tekan Sertai Sesi di halaman Status Penyertaan.
-
Langkah 5: Jawab kuiz dan borang penilaian
Jawab kuiz dan borang penilaian jika diminta. Kedua-duanya mungkin menjadi syarat untuk mendapat sijil.
-
Langkah 6: Muat turun sijil dan bahan program
Selepas semua syarat dipenuhi, muat turun sijil digital di halaman Status Penyertaan. Slaid dan nota program, jika dikongsi oleh urus setia, juga boleh dimuat turun di situ.
Buka Status Penyertaan