Bengkel Seni Berbicara Impak Luar Biasa ini menekankan elemen komunikasi berkesan dalam memastikan penyampaian maklumat dapat dilaksanakan dengan jelas, tepat dan mudah difahami oleh semua pihak. Dalam sebuah organisasi, komunikasi yang baik memainkan peranan utama dalam meningkatkan kecekapan kerja, mengurangkan salah faham serta mewujudkan suasana kerja yang harmoni.
Objektif Program seperti berikut:
i. Meningkatkan pemahaman peserta mengenai konsep komunikasi berkesan.
ii. Membantu peserta menguasai kemahiran komunikasi yang jelas, tepat dan berkesan.
iii. Meningkatkan kemahiran mendengar secara aktif dalam kalangan peserta.
Mengurangkan salah faham dalam penyampaian maklumat di tempat kerja.
iv. Mewujudkan hubungan kerja yang lebih baik dan suasana kerja yang harmoni.
menerangkan kepentingan komunikasi berkesan serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan individu.
Penceramah:
i. Pn Yusnira Yusof - CSI Hospital: Mengungkap Fakta di Sebalik Aduan Pesakit
ii. KPJ Pn Marshamsina Ibrahim - Wad Bukan Medan Perang: Menukar Aduan Menjadi Penghargaan
iii. KPP Dr Dzawati Amalin Basemin - SPIKES: 'Magic Formula' Komunikasi Empati, dari Hati ke Hati
iv. KPH En Fu Chee MIng - Bukan 'Tarik Tali': Teknik De-eskalasi untuk Staf Klinik
v. Pakar Perunding Kanan Orthopedik, To'Puan Dr. Atikah Amirah Suzana Abdullah - Tenang dalam Badai: Komunikasi Efektif Saat Situasi Kritikal
vi. Pegawai Kaunselor Pn Suriani Sidek - 3S: Rahsia Magnet Mesra