LATAR BELAKANG
1. Audit Klinikal merupakan salah satu komponen penting dalam Clinical Governance yang bertujuan meningkatkan kualiti dan keselamatan penjagaan pesakit melalui penilaian amalan klinikal secara sistematik berdasarkan kriteria atau standard yang telah ditetapkan.
2. Pelaksanaan Audit Klinikal juga merupakan salah satu indikator prestasi hospital di bawah Hospital Performance Indicator Approach (HPIA), iaitu Indikator No. 7, yang menekankan pelaksanaan audit klinikal sebagai salah satu mekanisme penambahbaikan kualiti perkhidmatan klinikal.
3. Sehubungan itu, program ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman warga klinikal mengenai konsep dan kaedah pelaksanaan Audit Klinikal serta membantu jabatan mengenal pasti isu atau amalan klinikal yang sesuai untuk dijadikan projek Audit Klinikal.
OBJEKTIF PROGRAM
1. Memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan serta kesedaran peserta mengenai konsep, kepentingan dan kaedah pelaksanaan Audit Klinikal di jabatan masing-masing.
2. Membimbing peserta mengenal pasti isu atau amalan klinikal yang bersesuaian untuk dijadikan projek Audit Klinikal di jabatan masing-masing.
3. Membolehkan peserta membangunkan cadangan awal projek Audit Klinikal yang boleh dilaksanakan di jabatan masing-masing sebagai sebahagian daripada usaha penambahbaikan kualiti perkhidmatan klinikal.