CME:
9 Apr 2026 — ADA APA DENGAN 'IDENT'
Tentang CME
Mengenai Continuing Medical Education (CME)

CME atau Pendidikan Perubatan Berterusan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) merupakan satu inisiatif pembelajaran sepanjang hayat yang diwajibkan untuk semua kakitangan perubatan di HSNZ dan hospital-hospital kluster.

CME bertujuan memastikan setiap anggota perubatan sentiasa mengekalkan dan menaik taraf pengetahuan, kemahiran, serta prestasi profesional mereka. Matlamat akhir inisiatif ini adalah untuk menjamin penyampaian penjagaan pesakit yang optimum dan berkualiti tinggi.

Aktiviti & Pelaksanaan

Jawatankuasa CME HSNZ sentiasa merancang dan menyelaraskan pelbagai program pendidikan yang relevan, termasuklah:

  • Kuliah atau pembentangan klinikal
  • Sesi perbincangan kes
  • Pembelajaran dalam talian (webinar dan e-learning)

Selain meningkatkan tahap kompetensi, penyertaan dalam aktiviti CME juga adalah platform utama bagi kakitangan perubatan memperoleh mata Continuing Professional Development (CPD) yang disyaratkan untuk pembaharuan Sijil Amalan Tahunan.

Visi & Misi
VISI

"Membudayakan pembelajaran berterusan secara menyeluruh di HSNZ dan hospital kluster bagi melahirkan kakitangan perubatan yang sentiasa unggul dari segi pengetahuan, kemahiran, dan prestasi, demi menjamin penyampaian penjagaan pesakit pada tahap kualiti tertinggi."

MISI
Pembelajaran Berterusan

Menjadi platform pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat bagi semua kakitangan perubatan.

Peningkatan Kompetensi

Memastikan kakitangan perubatan sentiasa mengekalkan dan meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran teknikal, serta prestasi profesional mereka.

Kecemerlangan Penjagaan Pesakit

Menterjemahkan ilmu dan kemahiran klinikal yang diperolehi untuk memberikan rawatan dan penjagaan pesakit pada tahap kualiti yang tertinggi dan optimum.