PERUTUSAN PENGARAH
|
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum w.b.t |
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera
Selamat datang saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan ke Laman Sesawang Rasmi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Dalam era IR4.0, iaitu era Industrial Revolution 4.0 dalam kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, penyampaian maklumat menerusi laman sesawang terus menjadi pilihan kebanyakan organisasi dan agensi. Laman Sesawang Rasmi HSNZ merupakan satu medium yang berkesan dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat kerana ianya mudah dicapai serta maklumat yang dipaparkan adalah terkini dan terus daripada Jabatan/ Unit HSNZ yang berkaitan. Di antara maklumat yang terkandung di Laman Sesawang Rasmi HSNZ adalah struktur organisasi, aktiviti, direktori, pekeliling dan lain-lain maklumat tentang perkhidmatan di HSNZ. Laman sesawang ini juga menyediakan sistem aduan secara atas talian yang boleh diguna pakai oleh semua lapisan masyarakat.
Saya berharap semua pengunjung Laman Sesawang Rasmi HSNZ boleh memanfaatkan maklumat dan aplikasi yang tersedia di laman sesawang ini seterusnya menjadi saluran komunikasi yang berkesan di antara organisasi dan juga pelanggan. Kami warga kerja HSNZ akan terus berusaha untuk memberikan layanan dan rawatan terbaik untuk rakyat.
Selamat melayari Laman Sesawang Rasmi Hospital Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Kami Sedia Membantu
Dr. Amizan binti Mohamed
|