LATAR BELAKANG HSNZ

Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang terletak di daerah Kuala Terengganu di atas tapak seluas 21.09 hektar di persisiran Pantai Batu Buruk, dahulunya dikenali sebagai Hospital Kuala Terengganu. Kedudukannya yang strategik berhadapan dengan Stadium Negeri (Barat), bersebelahan dengan Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Utara), Stadium Hoki & Kompleks Akuatik Negeri Terengganu (Selatan) dan hamparan luas Laut China Selatan (Timur) menjadikannya antara mercu tanda utama di daerah ini. Penamaan semula hospital ini telah diperkenankan perasmiannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu pada 2 Disember 2006 bersamaan 11 Zulkaedah 1427H. Sejarah perkhidmatan dan perkembangan HSNZ adalah seperti berikut:

HSNZ merupakan:

• Hospital Negeri
• Hospital rujukan bagi Hospital Daerah dan  Klinik Kesihatan di seluruh Negeri Terengganu.
 
Sejarah perkhidmatan dan perkembangan HSNZ :

 • 1920an – Hospital pertama memulakan perkhidmatan dengan 3 buah bangunan kayu.
 • 1924 – Perkhidmatan diperluaskan dengan pembinaan 5 buah bangunan baru.
 • 1983 – Satu bangunan baru 8 tingkat mula dibina secara ‘Turnkey project’ dengan kos sebanyak RM 92.4 juta
 • 2003 – Kompleks Rawatan Harian siap dibina dengan kos sebanyak RM 39.3 juta.

 

PROFIL HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

•Keluasan  : 21.09 hektar
•Jumlah wad  : 29
•Jumlah katil  : 821 katil
•Unit Rawatan Rapi  : 20 katil
•Unit Rawatan Jantung  : 04 katil
•Unit Rawatan Kebakaran  : 04 katil
•Bil. Klinik Pakar  : 16
•Bil. Dewan Bedah  : 16
•Bil. Bilik (Dewan) Bersalin  : 13
•Bil. Dewan Bedah Bersalin  : 1

 

 

 

 

Print