BERITA UNTUK PENEMAN DAN PELAWAT DI HSNZ
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Adalah dimaklumkan bahawa Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akan membenarkan peneman dan pelawat untuk menjaga atau melawat pesakit di wad-wad biasa (bukan Wad Covid) HSNZ berkuatkuasa mulai 02 Januari 2022.
Waktu melawat pesakit dalam wad-wad biasa adalah seperti berikut:-
HARI BEKERJA:
- 12.00 tengahari hingga 2.00 petang
- 5.00 petang hingga 7.00 malam
HUJUNG MINGGU DAN HARI KELEPASAN AM:
- 11.00 pagi hingga 2.00 petang
- 4.00 petang hingga 7.00 petang
POLISI PENEMAN DI WAD BIASA HSNZ
- Hanya SEORANG (1) peneman untuk pesakit berkeperluan khas dibenarkan meneman di wad biasa dengan syarat :-
- Ujian RTK/PCR dibuat dalam tempoh 72 jam di klinik swasta (jika ada) dan dibuktikan NEGATIF sebelum datang meneman.
- Menandatangani borang persetujuan/akujanji untuk meneman.
POLISI PELAWAT DI WAD BIASA HSNZ
- Hanya SEORANG (1) pelawat sahaja dibenarkan untuk setiap pesakit semasa waktu melawat dengan syarat :-
- Lengkap 2 dos vaksin Covid-19
- Berumur 18 – 60 tahun
- Bukan golongan berisiko tinggi
- Tidak bergejala
- Masa melawat hanyalah 10-15 minit sahaja
*DENGAN ADANYA KEBENARAN MENEMAN DAN MELAWAT INI, PERKHIDMATAN MENERIMA DAN MENGHANTAR MAKANAN KEPADA PESAKIT OLEH PENGAWAL KESELAMATAN AKAN DIHENTIKAN.