e-Payment

Bermula pada 26 September (Ahad) 2021 HSNZ secara rasminya melancarkan pembayaran melalui kaedah secara ‘e-Payment’. Pesakit-pesakit atau waris boleh membuat pembayaran fi hospital dengan menggunakan Kad Debit atau Kad Kredit di Kaunter Hasil, Kaunter Pendaftaran Pesakit Klinik Pakar dan Kaunter Pendaftaran Pusat Rawatan Ibu dan Anak. Pelancaran kaedah pembayaran secara e-Payment ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah HSNZ pada 21 September 2021 (Selasa). Pembayaran melalui kaedah ‘e-Payment’ ini dijamin Cepat, Mudah dan Selamat.

 

Print