FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Jumaat, 24 September 2021
 

UNIT PEMULIHAN CARAKERJA

1. PENGENALAN

Unit Pemulihan Carakerja adalah salah satu unit dibawah Jabatan Rehabilitasi di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Lokasi kedudukannya ialah di tingkat bawah Bangunan Utama berhadapan dengan Unit Fisioterapi. Ia diketuai oleh seorang Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja Gred U44 dan dianggotai oleh tiga orang pegawai dari kumpulan Pengurusan dan Profesional, yang terdiri daripada seorang Gred U44 dan dua orang Gred U41. Manakala Kumpulan Sokongan I dianggotai oleh seorang Gred U40, seorang Gred U38, seorang Gred U36, dua orang Gred U32 dan tigabelas orang Gred U29. Unit ini juga dibantu oleh tiga orang Gred U11 dari Kumpulan Sokongan II.

2. OBJEKTIF
Menawarkan rawatan pemulihan terhadap pesakit kecacatan / kecederaan fizikal dan gangguan mental melalui media teraputik bertujuan membantu pesakit mencapai tahap kefungsian maksima dan berupaya berdikari dalam semua aspek kehidupan harian.

3. PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

3.1 Activities of daily living assessment and training
3.2 Motor and functional assessment and training
3.3 Cognitive and perceptual assessment and training
3.4 Pre-school assessment and training
3.5 Driving assessment and training
3.6 Work Rehabilitation
3.7 Sensory assessment and training
3.8 Psychosocial Rehabilitation
3.9 Developmental assessment and training
3.10 Social skills assessment and training
3.11 Home/workplace/school assessment
3.12 Splinting and orthosis
3.13 Behaviour management
3.14 Aids and adaptation
3.15 Compression therapy
3.16 Creative therapy
3.17 Relaxation therapy
3.18 Low Vision Rehabilitation

4. JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK

4.1 Unit Pemulihan Carakerja memberi perkhidmatan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Ahad hingga Rabu dan dari jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang pada hari Khamis.

5. SOP JABATAN

Unit Pemulihan carakerja akan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang dirujuk oleh pegawai Perubatan dan lain-lain professional dari agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Semua rujukan mestilah secara bertulis.

6. FAQ

Adakah unit ini sama dengan unit Fisioterapi?
Jawapannya adalah TIDAK.
Walaupun kedua-dua unit ini memberi perkhidmatan rawatan pemulihan, tetapi pendekatan dan modaliti rawatan adalah berbeza.

 

7. AKTIVITI-AKTIVITI UNIT PEMULIHAN CARAKERJA (aktiviti semasa)

7.1 Menjalankan rawatan pemulihan

7.1.1 Diantara rawatan pemulihan carakerja yang diberikandalam menangani kesakitan (pain management) adalah Mirror Box Therapy.

1

 

7.1.2 Work simulation dan work hardening untuk mengembalikan pesakit ke pekerjaan asal seboleh mungkin.


2


7.1.3 Memberi latihan domestik dan kefungsian kepada pesakit tidak kira dari segi umur, untuk membantu mereka berdikari dalam aktiviti kehidupan harian.


3


7.1.4 Menjalankan penilaian dan memberi aktiviti latihan komponen-komponen kognitif kepada pesakit yang memerlukan.

 

4

 

7.1.5 Membuat splint untuk pesakit kecederaan tangan contohnya dynamic splint bagi kes kecederaan tendon.

5

 

7.2 Melakukan home / workplace / school visit.

6

 

Pegawai Pemulihan/Jurupulih Perubatan Carakerja juga melakukan lawatan ke rumah, tempat kerja dan sekolah untuk membuat penilaian terhadap halangan-halangan yang boleh menjejaskan keberdikarian pesakit serta member cadangan pengubahsuaian atau penambahbaikan bagi mengatasi halangan-halangan tersebut.


7.3 Menjalankan Program Supported Employment untuk pesakit Psikiatrik

 

7

 

Program ini adalah untuk membantu pesakit psikiatrik mendapatkan pekerjaan dan berada dalam pekerjaan itu untuk jangka masa yang lama. Pesakit-pesakit ini dibayar gaji mengikut kerja yang mereka lakukan

7.4 Mengadakan kursus/bengkel peringkat negeri

 

8

 

Pada tahun ini, Unit ini mengadakan satu kursus di peringkat negeri, iaitu Kursus Occupational Therapy Updates In The Management Of Neuroses Patients. Seramai 50 orang Jurupulih Perubatan/Pegawai Pemulihan Carakerja dari seluruh negeri Terengganu mengikuti kursus ini yang telah diadakan pada 3 hingga 5 April 2018 di Dewan Hikmah, Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu

7.5 Majlis Makan Malam & Merai hari ulangtahun kelahiran anggota
9


Sempena menghargai dan meraikan staf, unit ini telah mengadakan jamuan makan malam berserta majlis meraikan ulangtahun kelahiran setiap staf. Majlis ini telah diadakan di Permai Hotel pada 14 Disember 2018

7.6 Mengambil bahagian dalam Hari Terbuka HSNZ 2018

 

10

 

Unit ini telah membuka satu booth pada Hari Terbuka HSNZ 2018 dengan mempromosikan perkhidmatan pemulihan yang ditawarkan kepada pesakit-pesakit ortopedik. Diantara aktiviti-aktiviti di booth ini adalah pameran, aktiviti-aktiviti hands-on, dan kuiz.

 

7.7 Mempengerusikan Perhimpunan Bulanan – Oktober 2018


12

 

Unit ini telah diberi kepercayaan untuk mempengerusikan Perhimpunan Bulanan pada bulan Oktober. Dikesempatan itu, unit ini telah mempersembahkan nyanyian koir, persembahan Brain Gym, dan persembahan multimedia mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh unit ini.

 

Print

ARKIB CME

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121
Faksimili: 09-6221820 / 09-6227139 
   

 

 

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

1.png7.png7.png7.png6.png2.png3.png
Hari Ini :6152
Bulan Ini :248119