FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Selasa, 19 Mac 2024
 

JABATAN PESAKIT LUAR

 

PENGENALAN

Jabatan Pesakit Luar merupakan salah satu dari barisan hadapan perkhidmatan yang diberikan oleh Hospital Sultanah Nur Zahirah. Ianya terletak di sebuah bangunan tersendiri dibahagian hadapan hospital yang merupakan bangunan asal hospital lama (Hospital Kuala Terengganu). Kedudukannya yang berhadapan dengan jalan utama iaitu Jalan Sultan Mahmud memudahkan kunjungan pesakit. Jabatan ini beroperasi setiap hari bekerja (lima hari seminggu), mengikut waktu pejabat dengan memberi perkhidmatan perawatan pesakit luar am. 

Jabatan Pesakit Luar Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu telah memulakan operasinya pada tahun 1977 sewaktu penubuhan hospital ini. Ianya merupakan salah satu jabatan yang masih mengekalkan struktur lama bangunan hospital, di mana bangunan hospital utama telah digantikan dengan bangunan 8 tingkat yang ada sekarang. Sebagai tunggak utama  perkhidmatan kesihatan, sudah tentulah ianya dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk di daerah ini. 

Pada tahun 1992 kerajaan telah mengubah polisi perkhidmatan rawatan pesakit luar yang berkonsepkan Penjagaan Kesihatan Primer. Bahagian Kesihatan Awam KKM telah mengambil alih perkhidmatan ini termasuk anggota perkhidmatannya ditadbir urus sepenuhnya oleh pentadbiran Pejabat Kesihatan Kuala Terengganu  dengan fasiliti utamanya dikekalkan di kawasan hospital. 

Setelah 12 tahun  di bawah pentadbiran pejabat kesihatan daerah, perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar kini diserah kembali kepada Pentadbiran Perubatan (HSNZ) mulai 18 Julai 2005 melalui surat  Bil (27) dlm.PKJ/100/13 bertarikh 7 Julai 2005. Penyerahan ini termasuk juga anggota perkhidmatan dan aset. Keputusan kerajaan ini melibatkan seluruh negara  setelah mengambil kira kepentingan anggota perkhidmatan, masyarakat dan juga negara.

 

OBJEKTIF

  •           Memberi rawatan yang tepat, berkesan dan selamat.
  •           Memberi perkhidmatan professional, mesra dan penyayang.
  •           Memenuhi kepuasan pelanggan berdasarkan piagam pelanggan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

A.      Klinik Pesakit Luar Am:

Klinik ini melaksanakan program perkhidmatan seperti berikut.

·         Merawat semua kes pesakit luar termasuk kes rujukan dari fasiliti lain, meliputi rawatan, siasatan makmal, farmasi dan sebagainya.

·         Membuat  saringan pelbagai penyakit meliputi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.

·         Merujuk kes ke disiplin kepakaran tertentu mengikut keutamaan dan keperluan.

·         Merawat kes-kes ulangan (penyakit kronik)  mengikut tarikh temujanji yang diberikan.

·         Menjalankan pemeriksaan kesihatan seperti permohonan kemasukan ke pelbagai intitusi pendidikan, pengesahan jawatan, tawaran perjawatan, permohonan menunaikan haji  dan sebagainya.

·         Melakukan prosedur kecil seperti suntikan, pengambilan sampel, dektrostik dan rawatan luka.

B.      Klinik Diabetis

·       Klinik Diabetis mula beroperasi pada Mac 2002 adalah program kesihatan awam. Klinik Diabetis telah diambil alih oleh pengurusan hospital sejajar dengan arahan penyerahan Jabatan Pesakit Luar kepada pengurusan HSNZ. Klinik ini mengendalikan secara khusus program-program yang telah ditetapkan mengikut protokol pengurusan diabetis. Antara programnya ialah pemantauan berkala dari segi perawatan kes-kes diabetis, ceramah, pemeriksaan kaki dan sebagainya. 

·       Perkhidmatan Fundus Camera yang dikendalikan oleh pembantu perubatan kesihatan dan Jururawat terlatih di jalankan mengikut temujanji. Pelanggan/pesakit adalah yang dirujuk dari MOPD, JPL, Unit Nephro, Wad Medikal , KK SeberangTakir dan KK Bukit Tunggal.

C.      Rawatan Hipertensi.

·       Rawatan Hipertensi telah diperkenalkan di HSNZ bagi mengurus dan merawat pesakit yang mengalami Hipertensi terus ke klinik khas tersebut. Ia sekaligus dapat memantau secara terus keadaan pesakit-pesakit Hipertensi sekitar daerah Kuala Terengganu secara berkala dan lebih efisyen. Keputusan Jabatan Persakit Luar membuat satu inovasi iaitu Kad Rawatan Khas (berkonsepkan Rawatan Diabetis) telah dilaksanakan mulai Mei 2007. Ia telah menampakkan kebaikannya dari segi pengurusan kad dan juga sistem carian/filling dengan lebih mudah, teratur dan cepat. 

D.      Klinik Berhenti  Merokok:

Klinik ini bermula Mac 2003. Ia lebih tertumpu kepada promosi, seperti mengingatkan orang awam tentang minggu tanpa tembakau dan mempelbagaikan kempen melalui poster-poster Kementerian Kesihatan Malaysia.

E.      Klinik Penjagaan Luka dan Penjagaan kaki:

·   Klinik ini memberi perawatan kepada pelanggan/pesakit yang dirujuk. Walaubagaimanapun, oleh kerana proses perawatan pesakit adalah melalui Jabatan Pesakit Luar, maka ia ditadbir-urus sepenuhnya di bawah jabatan tersebut.

·         Ianya diterajui oleh Ketua Jururawat U32, Jururawat KUP U32, dan Jururawat U29. Klinik ini merangkumi 2 katogeri perawatan iaitu  penjagaan Luka,Penjagaan Kaki dan pemakaian kasut yang sesuai. Objektif utama ialah bertujuan meningkatkan kualiti penjagaan kaki dan penjagaan luka dengan pencapaian keberhasilan rawatan yang lebih berkesan serta dapat member pendedahan, latihan dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek asas pemulihan luka kepada anggota kesihatan yang terlibat didalam pengurusan dan perawatan penjagaan luka.

F.       Promosi dan Kualiti

·  Jabatan Pesakit Luar juga terus giat mempromosi kesihatan melalui poster-poster kesihatan yang ditampal di sekitar ruangan menunggu dan tempat strategik. Banner-banner yang mempromosi kesihatan juga digantung disana-sini bagi mempromosi kesihatan secara berterusan. Jabatan Pesakit Luar juga akan mempromosikan hari-hari kesihatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada orang ramai.

JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK

Hari

Masa

Catatan

Ahad-Rabu

7.30 petang hingga 5.30 petang

5.30 petang hingga 9.30 malam

7.00 petang hingga 8.00 malam

Waktu pejabat

Selepas waktu pejabat

Rehat

Khamis

7.30 pagi hingga 4 petang

4 petang hingga 9.30 malam

7.00 petang hingga 8.00 malam

Waktu pejabat

Selepas waktu pejabat

Rehat

Jumaat

TUTUP

Sabtu

8 pagi hingga 12 tengahari

Selepas waktu pejabat

PETA LOKASI

SOP JABATAN

·         Semua pesakit yang datang akan didaftarkan di kaunter pendaftaran. Bagi kes-kes baru, kad baru akan dikeluarkan dan kes-kes ulangan kad sebelumnya akan digunakan.

·         Pemeriksaan akan dibuat oleh Pegawai Perubatan dan rawatan akan diberikan.

·         Jika perlu ujikaji makmal, x-ray dan lain-lain siasatan akan dibuat untuk pesakit.

·         Jika perlu pesakit akan dirujuk ke Jabatan Kecemasan, Klinik Pakar atau masuk ke wad untuk rawatan selanjutnya.

·         Pesakit yang perlu rawatan susulan akan diberi temujanji.

·         Pemeriksaan Kesihatan akan dibuat atas permohonan pelajar, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, jemaah haji dan kakitangan yang berumur 40 tahun keatas.

·         Laporan Perubatan akan disediakan jika dipohon oleh pesakit atau wakilnya melalui Pejabat Rekod.

·         Klinik Penjagaan Luka dan Penjagaan Kaki adalah bagi meningkatkan kualiti penjagaan kaki dan penjagaan luka diketuai oleh Ketua Jururawat U32 dan dibantu oleh Jururawat U32 dan U29, ia memberi perawatan kepada pesakit di Jabatan Pesakit Luar sendiri atau rujukan dari wad (pesakit dalam wad atau discaj dari wad), Klinik-klinik Pakar dan Klinik-klinik Kesihatan.


KEMPEN SEMASA

  •           Demam
  •         TB
  •          Denggi

AKTIVITI JABATAN

1.       Kursus jabatan yang akan dianjurkan pada 11/8/2015

2.       Gotong royong seara berkala 2 kali sebulan

3.       Mesyuarat Jabatan

4.       Majlis perpisahan

5.       Sambutan Hari Keluarga

6.       Perjumpaan Pagi / tazkirah antara Ketua Jabatan bersama staf 2kali sebulan

7.       Menyertai pertandingan seminar kawalan infeksi peringkat HSNZ dan JKNT

8.       Program bersama NGO dalam aktiviti kemasyarakatan

    

  

 

Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

3.png9.png7.png8.png1.png2.png1.png
Hari Ini :1209
Bulan Ini :28086