BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

 carta without photoo

 

PENGENALAN

 

Bahagian Teknologi Maklumat ( BTM ) HSNZ adalah bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan infrastruktur dan perkhidmatan ICT untuk kelancaran pengoperasian harian HSNZ terutamanya berkaitan Hospital Information System (HIS)  dengan merancang, menyelaras, mengurus dan memantau setiap aktiviti serta program ICT di HSNZ Kuala Terengganu

 

Bahagian ini terbahagi kepada beberapa unit iaitu :-

i. Unit Pengurusan ICT

ii. Unit Aplikasi HIS

iii. Unit Teknikal dan Rangkaian

iv. Unit Aplikasi Dalaman

 

Unit Pengurusan ICT

1) Menguruskan pentadbiran dan halatuju bahagian
2) Merancang, mengurus dan menyelia perolehan ICT bagi menyokong pengoperasian sistem dan infrastruktur ICT
3) Mengurus, menyelia dan memantau penyediaan dokumentasi sebagai rujukan dan panduan berhubung ICT terutamanya polisi, garis panduan dan Standard Operating Procedure (SOP) ICT HSNZ.
4) Memantau Prestasi Perkhidmatan Konsesi keseluruhan
5) Merancang dan Melaksana Latihan/Bengkel/Kursus ICT

 

Unit Aplikasi HIS

 

1) Memantau dan Penyeliaan Aplikasi HIS
2) Memantau Prestasi Perkhidmatan Aplikasi Konsesi
3) Menyelaras Penambahbaikan dan Pembetulan Aplikasi HIS
4) Melaksana, Menyelaras dan memantau projek Integrasi HIS dan aplikasi luar
5) Mengurus pembayaran perkhidmatan konsesi berdasarkan prestasi

 

Unit Teknikal Dan Rangkaian

 

1) Memantau Prestasi Perkhidmatan teknikal Konsesi
2) Mengurus dan Menyelenggara aset ICT
3) Mengurus dan Menyelenggara Rangkaian Dan Keselamatan ICT
4) Memantau Operasi bilik Data
5) Mengurus dan Mengendalikan sistem e-mail Kerajaan.
6) Memberi khidmat Sokongan Teknikal Aplikasi KKM /Kerajaan

Unit Aplikasi Dalaman

1) Membangun dan Menyelenggara Aplikasi Dalaman
2) Menyelenggara Laman Web dan Media Sosial
3) Mengurus dan melaksanakan integrasi aplikasi dalaman dan kerajaan.
4) Membangun dan menyelenggara sistem bersepadu HSNZ

 

VISI/MISI/OBJEKTIF

 

· Memberi perkhidmatan pengurusan Teknologi Maklumat dan komunikasi yang terbaik, berkesan dan professional.

· Memberi maklumbalas segera terhadap sebarang aduan berkaitan IT.

· Memberi perkhidmatan pembaikian perkakasan ICT dengan cekap, cepat dan berkualiti.

Print