BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
PENGENALAN
Bahagian Teknologi Maklumat merupakan bahagian sokongan kepada Jabatan Pengurusan sejak tahun 2006. Bahagian ini terbahagia kepada dua unit iaitu :-
i. Unit Pengurusan ICT
ii. Unit Teknikal dan Aplikasi
Unit Pengurusan ICT
· Merancang keperluan perkakasan dan perisian ICT di HSNZKT.
· Menguruskan pembelian toner di HSNZKT.
· Merancang bajet bagi keperluan perkakasan, perisian dan rangkaian ICT di HSNZKT.
· Melaksanakan Pelan Strategik ICT (ISP) yang telah diluluskan di peringkat kementerian, JKNT dan HSNZKT.
· Menyelaras dan memberi khidmat nasihat dari segi spesifikasi peralatan, perisian dan rangkaian komunikasi HSNZKT.
· Mengurus perolehan dan pengesahan spesifikasi sistem, peralatan komputer.
· Merangka program latihan kepada kakitangan HSNZKT.
· Memantau dan menilai prestasi pembekal yang membangunkan dan menyelenggarakan system aplikasi.
· Menyelaras polisi-polisi piawaian dan prosedur ICT.
Unit Teknikal dan Aplikasi
· Mengurus pangkalan data sistem-sistem aplikasi rangkaian di HSNZKT.
· Membuat pengaturcaraan dan membangunkan aplikasi sistem yang diperlukan di jabatan HSNZKT.
· Merancang, melaksanakan dan menyelenggara prasarana pengkomputeran dan rangkaian serta memberi kemudahan capaian internet kepada pegawai-pegawai HSNZKT.
· Bertanggungjawab dalam melaksanakan program keselamatan ICT serta memastikan pemantauan kepada Dasar Keselamatan ICT.
· Member khidmat bantuan dan sokongan teknikal terhadap masalah berkaitan ICT.
· Memastikan semua peralatan, perkakasan dan perisian diselenggarakan dengan sistematik dan efisyen.
· Berkemahiran menyelesaikan masalah IT sebagai first level support.
VISI/MISI/OBJEKTIF
· Memberi perkhidmatan pengurusan Teknologi Maklumat dan komunikasi yang terbaik, berkesan dan professional.
· Memberi maklumbalas segera terhadap sebarang aduan berkaitan IT.
· Memberi perkhidmatan pembaikian perkakasan ICT dengan cekap, cepat dan berkualiti.