FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Selasa, 19 Mac 2024
 

BAHAGIAN PENGURUSAN

 

 

PENGENALAN

Bahagian Pentadbiran merupakan salah satu bahagian di bawah Jabatan Pengurusan HSNZ. Bahagian ini diketuai oleh Penolong Pengarah (Pentadbiran) M41/44. Terdapat 6 unit yang berada di bawah bahagian ini yang menjalanakan fungsi-fungsi utama seperti berikut:

 

1)Unit Khidmat Pengurusan I – Menguruskan hal-hal seperti surat-menyurat, sistem fail, penyewaan premis, pengurusan majlis dan mesyuarat, tempahan tempat gunasama, urusan dan kemudahan pegawai seperti pas pekerja, permohonan telefon bimbit, permohonan ke luar negeri, dll.

2)Unit Khidmat Pengurusan II – Menguruskan hal-hal asrama, kuarters di HSNZ serta pengangkutan kenderaan gunasama.

3)Unit Perhubungan Awam – Menguruskan perkara berkaitan khidmat pelanggan, lawatan VIP, pengurusan media, media sosial, operator dan direktori telefon.

4)Unit Keselamatan – Memastikan kawalan keselamatan perlindungan HSNZ dari aspek fizikal, dokumen dan peribadi berada dalam keadaan optimum sepanjang masa seperti kawalan lalu lintas, parkir, kawalan kunci, kawalan CCTV, keselamatan bangunan dan prosedur pengurusan rahsia rasmi.

5)Unit Hal Ehwal Agama – Menyelaras aktiviti-aktiviti kerohanian dan hal ehwal Islam seperti pengurusan jenazah, khidmat nasihat, motivasi dan bimbingan kepada pesakit/ kakitangan, dll.

6)Perpustakaan – Mengurus perolehan bahan-bahan rujukan, mengkatalog bahan perpustakaan serta memberi perkhidmatan dalam proses peminjaman dan pemulangan buku/ jurnal.

VISI

Hospital Sultanah Nur Zahirah sebagai hospital yang memberi perkhidmatan cemerlang berteraskan persekitaran kerja mesra dan budaya yang menepati prinsip-prinsip kualiti.

MISI

Hospital Sultanah Nur Zahirah memberi perkhidmatan perubatan, penyayang, menyeluruh dan inovatif dengan menggunakan teknologi bersesuaian melalui profesionalisme, kerja berpasukan kepada semua pesakit di rantau ini dalam suasana kerja yang kondusif dan pembelajaran berterusan dengan mengambil kira kebudayaan dan keperluan setempat sejajar dengan polisi kesihatan negara.

OBJEKTIF

Jabatan Pengurusan bertanggungjawab memberi perkhidmatan sokongna yang profesional dan berkualiti kepada hospital dan pelanggannya bertetapan dengan sebuah organisasi yang profesional dan cemerlang.

Print

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121 
   

 

 

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

Statistik Pengunjung

3.png9.png7.png7.png9.png5.png0.png
Hari Ini :1038
Bulan Ini :27915