LATAR BELAKANG HSNZ

SEJARAH & PROFIL HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH (HSNZ) Kuala Terengganu • Pantai Batu Buruk

Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) terletak di daerah Kuala Terengganu di atas tapak seluas 21.09 hektar di persisiran Pantai Batu Buruk, dahulunya dikenali sebagai Hospital Kuala Terengganu. Kedudukannya strategik—berhadapan Stadium Negeri (Barat), bersebelahan Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Utara), Stadium Hoki & Kompleks Akuatik Negeri Terengganu (Selatan) dan hamparan Laut China Selatan (Timur). Penamaan semula diperkenankan dan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 Disember 2006 (11 Zulkaedah 1427H).

HSNZ merupakan

  • Negeri Hospital Negeri
  • Rujukan Hospital rujukan bagi Hospital Daerah & Klinik Kesihatan di seluruh Terengganu

Sejarah perkhidmatan & perkembangan HSNZ

TahunPerkembangan
1920 Hospital pertama memulakan perkhidmatan dengan 3 buah bangunan kayu.
1924 Perkhidmatan diperluaskan dengan pembinaan 5 buah bangunan baharu.
1983 Bangunan baharu 8 tingkat dibina secara projek “turnkey” dengan kos RM 92.4 juta.
2003 Kompleks Rawatan Harian siap dibina dengan kos RM 39.3 juta.

PROFIL HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

Ringkasan Profil
Keluasan 21.09 hektar
Jumlah wad 45
Jumlah katil 1,127 katil
Bilangan Klinik Pakar 23
Bilangan Dewan Bedah 20
Bilangan Bilik (Dewan) Bersalin 25
Pakar / Sub-pakar 58

Print