Hari Terapi Cara Kerja ( World Occupational Therapy Day)

Hari Terapi Cara Kerja ( World Occupational Therapy Day) disambut pada 27 Oktober setiap tahun untuk mempromosi dan meraikan profesion ini di seluruh dunia.
Program ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat awam dan staf hospital bahawa kurang upaya fizikal atau mental tidak akan membataskan kefungsian individu tersebut sekiranya menerima rawatan awal melalui terapi pemulihan yang ditawarkan.
Oleh itu, marilah bersama kita memeriahkan lagi sambutan HARI TERAPI CARA KERJA (WOTD) pada 22-25 Oktober 2023 bertempat di Anjung Budi , HSNZ

Print