Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia bagi tahun 2023

 

❞𝑫𝒆𝒓𝒎𝒂 𝑫𝒂𝒓𝒂𝒉, 𝑫𝒆𝒓𝒎𝒂 𝑷𝒍𝒂𝒔𝒎𝒂, 𝑫𝒆𝒓𝒎𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒕𝒆𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏, 𝑫𝒆𝒎𝒊 𝑲𝒆𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑𝒂𝒏❞ Tema yang dibawa sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia bagi tahun 2023.
Bagi meraikan penderma darah dan penganjur kempen derma darah, Jabatan Perubatan Transfusi HSNZ akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Terengganu.
Jom sama-sama hadir dan meriahkan sambutan yang diadakan setahun sekali ini. Kami mengalu-alukan kehadiran anda pada hari Sabtu (22 Julai 2023) bertempat di Ruang Legar Aras 2, KTCC Mall. Program akan bermula seawal jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang.
Untuk maklumat lanjut berkenaan sambutan tersebut, anda boleh rujuk di facebook page Derma Darah Terengganu Kite


#jomdermadarah
#worldblooddonorday2023
#sambutanharipendermadarahsedunia2023
#dermadarahdermaplasmadermaberterusandemikehidupan

Print