Program Dental Day Sempena Minggu Kesedaran Kanser Mulut Tahun 2022

Program Dental Day Sempena Minggu Kesedaran Kanser Mulut Tahun 2022

7 - 10 November 2022

Sambutan Minggu Kanser Mulut pada tahun ini adalah bertemakan " Care 4 All ". Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan pada minggu ini seperti pertandingan mewarna, pemeriksaan pergigian dan pameran booth pendidikan kesihatan pergigian dari jabatan bedah mulut & maksilofasial, jabatan pergigian pediatrik dan unit patologi mulut & perubatan mulut.

Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

Untuk penyertaan FB live sempena Majlis Perasmian Minggu Kesedaran Kanser Mulut yang akan diadakan pada 10 November 2022 pada pukul 9 pagi, sila klik ke link berikut:

https://www.facebook.com/pergigianterengganu 

Semua warga kerja HSNZ dan orang awam dijemput ke booth pameran kesihatan pergigian pada 7 - 10/11/2022 bertempat di perkarangan klinik bedah mulut. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan.

#Minggukesedarankansermulut

#HSNZ

 

Print