FAQ Soalan Lazim  |   HubungiKami  Hubungi Kami  |  Aduan  Aduan & Maklumbalas  |   PetaLaman  Peta Laman 

Sabtu, 20 Ogos 2022
 

BERITA UNTUK PENEMAN DAN PELAWAT DI HSNZ

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akan membenarkan peneman dan pelawat untuk menjaga atau melawat pesakit di wad-wad biasa (bukan Wad Covid) HSNZ berkuatkuasa mulai 02 Januari 2022.

Waktu melawat pesakit dalam wad-wad biasa adalah seperti berikut:-

HARI BEKERJA:

  • 12.00 tengahari hingga 2.00 petang
  • 5.00 petang hingga 7.00 malam

 

HUJUNG MINGGU DAN HARI KELEPASAN AM:

  • 11.00 pagi hingga 2.00 petang
  • 4.00 petang hingga 7.00 petang

 

POLISI PENEMAN DI WAD BIASA HSNZ

  1. Hanya SEORANG (1) peneman untuk pesakit berkeperluan khas dibenarkan meneman di wad biasa dengan syarat :-
    1. Ujian RTK/PCR dibuat dalam tempoh 72 jam di klinik swasta (jika ada) dan dibuktikan NEGATIF sebelum datang meneman.
    2. Menandatangani borang persetujuan/akujanji untuk meneman.

POLISI PELAWAT DI WAD BIASA HSNZ

  1. Hanya SEORANG (1) pelawat sahaja dibenarkan untuk setiap pesakit semasa waktu melawat dengan syarat :-
    1. Lengkap 2 dos vaksin Covid-19
    2. Berumur 18 – 60 tahun
    3. Bukan golongan berisiko tinggi
    4. Tidak bergejala
  2. Masa melawat hanyalah 10-15 minit sahaja

*DENGAN ADANYA KEBENARAN MENEMAN DAN MELAWAT INI, PERKHIDMATAN MENERIMA DAN MENGHANTAR MAKANAN KEPADA PESAKIT OLEH PENGAWAL KESELAMATAN AKAN DIHENTIKAN.

 

Print

ARKIB CME

WAKTU OPERASI

Kecemasan : 24 jam

Kafeteria : 8 pagi – 5.00 petang

Jabatan Rekod Perubatan :
Ahad - Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat : 1.00 t/hari - 2.00 petang)

HUBUNGI KAMI

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu
No Tel : 096212121
Faksimili: 09-6221820 / 09-6227139 
   

 

 

Statistik Pengunjung

3.png2.png0.png8.png4.png3.png5.png
Hari Ini :260
Bulan Ini :21702