Forum Maya : Hidupkan Harapan, Positif Mendepani Cabaran

Sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia telah julung kali diadakan dengan jayanya pada 2003 oleh International Association for Suicide Prevention dan World Health Organization (WHO).
Sejak itu, inisiatif yang murni ini telah secara rasminya disambut pada 10 September setiap tahun. Tema pada tahun ini ialah “Bertindak Segera, Harapan Terbina”.
Justeru, kami menyeru anda semua untuk bertindak segera. Mari menjadi masyarakat dunia yang cakna dan prihatin dalam usaha demi mencapai matlamat yang sama, yakni mencegah fenomena bunuh diri sekaligus membina harapan bahawa masih ada yang peduli, masih ada yang sudi meniupkan bara semangat untuk bangkit kembali dan tetap teguh mendepani cabaran.
Mulakan usaha murni anda dengan menyertai Forum Maya : Hidupkan Harapan, Positif Mendepani Cabaran pada 12 September ini, pada jam 2.30-4.00pm di https://www.facebook.com/HSNZ.Psy
Kutiplah mutiara ilmu dari barisan ahli panel yang dijemput khas untuk memberikan kefahaman dan kesedaran agar kita mahu dan mampu menghulurkan tangan dan meringankan beban mereka yang diuji dengan pelbagai trauma kehidupan.
Sebarluaskan program ini kepada semua. Semoga usaha ini dapat menyuntik sikap ambil peduli kita, seterusnya menghapuskan stigma terhadap mereka yang terkesan.
#psikiatrikkm
#kitajagakita

Print