PENGENALAN 

 

 

Projek Hospital Kluster Terengganu Utara (HKTU) merupakan gabungan dan integrasi hospital-hospital di Terengganu yang berfungsi sebagai satu entiti dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan.

HKTU melibatkan:

1.    Hospital Sultanah Nur Zahirah (lead hospital)

2.    Hospital Hulu Terengganu (non lead hospital)

3.    Hospital Besut (non lead hospital)

4.    Hospital Setiu (non lead hospital)

 

 

 

 

 

Footnote:

Hospital pakar ialah hospital yang mempunyai pegawai perubatan pakar sebagai pegawai tetap di hospital tersebut. Contoh: Hospital Sultanah Nur Zahirah

Hospital tanpa pakar ialah hospital yang tidak mempunyai pegawai perubatan pakar sebagai pegawai tetap di hospital tersebut. Contoh: Hospital Hulu Terengganu, Besut dan Setiu.

Perkhidmatan kesihatan berpakar ialah taraf perkhidmatan kesihatan bertaraf pakar di hospital tanpa pakar dengan pantauan dan penyeliaan oleh pakar.

Contoh: Hospital Hulu Terengganu, Besut dan Setiu di bawah program Hospital Kluster Terengganu Utara   

Lead hospital: Hospital utama yang mengetuai hospital lain dalam kluster. Lead hospital juga menyediakan perkhidmatan kesihatan berpakar ke hospital lain dalam kluster.

Contoh: Hospital Sultanah Nur Zahirah

Non lead hospital: Hospital tambahan (extension hospital) dari lead hospital dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan.

Contoh: Hospital Hulu Terengganu, Hospital Setiu, Hospital Besut

Print