UNIT PENYELIA HOSPITAL

Unit Penyelia Hospital

Pengenalan

Unit Penyelia Hospital merupakan salah satu kompenen dibawah Pengurusan Hospital. Unit ini berperanan dalam pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal untuk memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan selamat diberi kepada pesakit-pesakit oleh anggota dibawah jagaannya iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

Objektif

2.1. Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.

2.2. Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.

2.3. Merangka dan melaksanakan program latihan jangka pendek dan jangka panjang secara berterusan serta berkesan pada anggota dibawah jagaan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

3.1. Pengurusan Sumber Manusia.

3.2. Pentadbiran

3.3. Penyeliaan Klinikal

3.4. Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans Kecemasan

3.5. Pematuhan Akta dan peraturan

3.6. Pengurusan Latihan

3.7. Tugas Atas Panggilan

3.8.  Pengurusan Keselamatan Kebakaran

Jadual Perkhidmatan

Hari Ahad hingga Khamis

8.00 pagi – 5.00 petang

(Rehat 1.00 petang - 2.00 petang)

Hari Khamis

8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat 1.00 petang - 2.00 petang)

Hari Jumaat dan Sabtu

Tutup

Lokasi Unit

Tingkat bawah (berhampiran Lobi Utama), Bangunan Utama HSNZ

 

Carta Organisasi

UnitPenyelia Carta

 

Aktiviti Unit

Lihat disini

 

Print