UNIT KESIHATAN AWAM

1.                  PENGENALAN

 

Unit Kesihatan Awam adalah salah satu unit dibawah direktorat sokongan klinikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Lokasi kedudukan di tingkat bawah Bangunan Utama , HSNZ. Diterajui oleh Timbalan Pengarah Klinikal II dengan kerjasama Pegawai Pengurusan & Profesional Gred UD 44/52/54 dan Pegawai Pelaksana Gred U 36/32/29/12.

 

2.

OBJEKTIF

 

 

2.1

Memastikan persekitaran hospital bebas dan terkawal dari sebarang punca jangkitan penyakit berjangkit serta menjadikan suasana yang selesa, ceria, dan selamat kepada pesakit, keluarga pesakit dan masyarakat.

2.2

Memastikan Jawatankuasa Bebas Denggi di HSNZ mengadakan pemeriksaan

secara berkala setiap minggu dan menjalankan kajian aedes mengikut zon yang

telah ditetapkan.

2.3 Memastikan 100% kes penyakit berjangkit dibuat notifikasi mengikut masa yang telah ditetapkan.
2.4 Memastikan semua premis makanan di HSNZ sentiasa bersih dan selamat serta tidak menjadi punca keracunan makanan.
2.5 Memastikan bekalan air di HSNZ mematuhi piawaian KKM ( water quality standard).
2.6 Menguatkuasakan Akta Kawalan Hasil Tembakau di HSNZ.
       

3.         SKOP PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


3.1.    Kesihatan Persekitaran

                        -           Kawalan Vektor

                        -           Pemantauan Khas

                        -           Kawalan Mutu Air

                        -           Keselamatan dan Kualiti Makanan

                        -           Perundangan dan Kawalan Hasil Tembakau

                        -           Kawalan Penyakit

                        -           Survelen

                        -           Notifikasi Penyakit Berjangkit

3.2    Daftar Kanser

3.3    Healthy Hospital

3.4    Program Sihat Cergas Cantik Hebat

3.5    Program Perdana Bebas Denggi Dan Pembasmian Tikus

3.6    Pengurusan Wabak

4.

Unit Kesihatan Awam memberi perkhidmatan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

 

                                         

 

Print